21/12/2016
SISTEM PEJABAT UNTUK PEGAWAI MASJID KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
Satu perjumpaan khas antara pegawai agama seluruh daerah, pegawai tertinggi termasuk imam Besar dengan AJK PEMANTAU yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Agama negeri Terengganu yang telah diadakan pada:
Tarikh : 18.12.16
Masa : 10.15 hingga12.45 tgh.
Hari : Ahad
Tempat : bilik myst Aras 4 pejabat agama Terengganu.
Dalam perjumpaan tersebut majlis pada dasarnya telah bersetuju untuk melaksanakan kerja 6 hg 8 jam, 5 hari seminggu berada di masjid dengan kerja shif yang akan ditetapkan.
Yang kerja lebih masa 8 jam boleh buat tuntutan kerja lebih masa setelah mendapat pengesahan PAD daerah masing2
Percubaan selama 6 bulan ini hanya tertumpu kepada masjid yang mempunyai 3 imam dan 3 bilal sahaja.
( Tetap, Kontrak, Mubaligh, Sementara, Rawatib sahaja.) tidak termasuk imam bilal masjid mukim.
Sebelum pelaksanaan sepenuhnya berjalan, perjumpaan dengan semua pegawai masjid kerajaan akan diadakan bagi menjelaskan kepada semua imam dan bilal, cara perlaksanaan mengikut shif 6-8 jam 5 hari bertugas satu minggu.
Bagi masjid yang tiada kemudahan, pihak pejabat agama akan menyediakan satu bilik untuk pegawai masjid dan kelengkapan pejabat termasuk Aircon, laptop, punchcad dan lain2 lagi keperluan pejabat untuk merancang aktiviti mengimarshkan masjid.
Jika ada sebarang cadangan dan pandangan dari mana-mana ahli PEMANTAU sila kemukakan cadangan tersebut untuk penambahbaikan sistem pegawai masjid kerajaan ini.