PLANMalaysia Terengganu

PLANMalaysia Terengganu Akaun Rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu (PLANMalaysia Terengganu)

🌸 SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026 🌸PLANMalaysia Terengganu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh pen...
31/05/2026

🌸 SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026 🌸

PLANMalaysia Terengganu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut yang menyambutnya.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa sinar kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua. Marilah kita bersama-sama terus menyemai nilai hormat-menghormati, toleransi dan perpaduan demi membina masyarakat yang harmoni serta negeri yang makmur dan sejahtera.

Ikhlas daripada

PLANMalaysia Terengganu
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu




🌙 SALAM AIDILADHA 1447H | 2026M 🌙Dalam menghayati makna Aidiladha, marilah kita meneladani semangat pengorbanan Nabi Ibr...
26/05/2026

🌙 SALAM AIDILADHA 1447H | 2026M 🌙

Dalam menghayati makna Aidiladha, marilah kita meneladani semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. dengan memperkukuhkan iltizam untuk berbakti, berintegriti dan menyumbang kepada kemajuan masyarakat serta kesejahteraan negara.

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan niat yang tulus menjadi amal yang diterima dan membawa keberkatan kepada seluruh kehidupan kita.

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
(Semoga Allah menerima segala amalan kami dan amalan kamu.)

Ikhlas daripada seluruh warga PLANMalaysia Terengganu.




SALAM HARI ARAFAH 1447HIkhlas daripada seluruh warga PLANMalaysia Terengganu .Marilah kita menghayati kemuliaan Hari Ara...
25/05/2026

SALAM HARI ARAFAH 1447H

Ikhlas daripada seluruh warga PLANMalaysia Terengganu .

Marilah kita menghayati kemuliaan Hari Arafah dengan memperbanyakkan munajat, istighfar dan amalan kebajikan sebagai tanda kehambaan kepada Allah SWT.

Semoga Hari Arafah yang penuh keberkatan ini menjadi medan untuk memperkukuhkan keimanan, menyuburkan nilai integriti serta memperteguh semangat khidmat bakti demi agama, bangsa dan negara.

“Arafah: Puncak Munajat, Pengampunan dan Pengharapan.”

Selamat Menyambut Hari Arafah 1447H / 2026M.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan keberkatan kepada seluruh rakyat.




BENGKEL KAEDAH-KAEDAH CAJ PEMAJUAN (TERENGGANU) (PINDAAN) 2026KUALA TERENGGANU, 20 Mei 2026 (Rabu) : Jabatan Perancangan...
20/05/2026

BENGKEL KAEDAH-KAEDAH CAJ PEMAJUAN (TERENGGANU) (PINDAAN) 2026

KUALA TERENGGANU, 20 Mei 2026 (Rabu) : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu (PLANMalaysia Terengganu) telah mengadakan Bengkel Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan (Terengganu) (Pindaan) 2026 bertempat di Bilik Mawar 1 dan 2, Tingkat 6, Menara MBKT.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Asfazilah binti Samad, Timbalan Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia Terengganu, dan turut dihadiri Encik Norhisam bin Hussain, Penolong Pengarah Perancangan Pembangunan
(Unit Rekabentuk Bandar) dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Bengkel ini melibatkan Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BKSP), Bahagian Kerajaan Tempatan (SUBKT), Jabatan Perancang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Unit Setempat (OSC), Jabatan Undang-Undang dan Jabatan Penilaian PBT seluruh Negeri Terengganu.

Bengkel ini melibatkan sesi pembentangan daripada wakil PLANMalaysia Terengganu dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya berkaitan pelaksanaan serta kaedah pengiraan caj-caj pemajuan. Selain itu, turut diadakan sesi perbincangan penambahbaikan terhadap kaedah-kaedah caj pemajuan bagi memastikan pelaksanaan yang lebih efektif dan selaras dengan keperluan semasa.



PUTRAJAYA, 19 Mei 2026 - Lawatan teknikal daripada Delegasi Kerajaan Negeri Terengganu ke Malaysia Urban Observatory (MU...
19/05/2026

PUTRAJAYA, 19 Mei 2026 - Lawatan teknikal daripada Delegasi Kerajaan Negeri Terengganu ke Malaysia Urban Observatory (MUO), PLANMalaysia bagi membuka ruang kerjasama strategik ke arah pengukuhan integrasi data antara peringkat negeri, PBT dan platform di peringkat nasional.

Pelbagai potensi pengintegrasian data, pemantauan bandar pintar serta pengukuhan dashboard dan analitik bandar telah dibincangkan sebagai usaha memperkasa agenda Smart Terengganu secara lebih menyeluruh, bersepadu dan berpandukan data (data-driven governance).

Sesi ini turut dihadiri oleh YB Pengerusi dan YB Timbalan Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, wakil Bahagian Kerajaan Tempatan dan semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu serta Unit Pengurusan Bandar Pintar Negeri sebagai urus setia penyelarasan.

Kerjasama strategik menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem bandar pintar Negeri Terengganu yang lebih cekap, responsif dan mampan selaras dengan aspirasi Smart Terengganu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak PLANMalaysia , serta seluruh delegasi Kerajaan Negeri Terengganu dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi ini.




PUTRAJAYA, 19 Mei 2026 - PLANMalaysia Terengganu melalui Unit Pengurusan Bandar Pintar Negeri (UPBPN) telah mengadakan s...
19/05/2026

PUTRAJAYA, 19 Mei 2026 - PLANMalaysia Terengganu melalui Unit Pengurusan Bandar Pintar Negeri (UPBPN) telah mengadakan sesi penyelarasan bersama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi membincangkan pembangunan Garis Panduan Smart Masjid di bawah inisiatif Smart Terengganu 2040 sebagai rujukan kepada agensi-agensi di Negeri Terengganu.

Perbincangan ini mengambil kira usaha JAKIM yang kini berada di peringkat penyediaan Panduan Penyediaan Masjid Pintar di peringkat Persekutuan, bagi memastikan hala tuju, pendekatan serta pelaksanaan di peringkat negeri adalah selaras, bersepadu dan menepati aspirasi nasional.

Inisiatif ini juga selari dengan hala tuju Smart Terengganu dalam memperkukuh agenda pendigitalan dan pembangunan bandar pintar negeri melalui penerapan teknologi pintar, pengurusan fasiliti yang lebih efisien serta penyampaian perkhidmatan yang lebih mesra komuniti.

Diharapkan usaha ini dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem masjid yang lebih pintar, inklusif dan mampan demi kesejahteraan rakyat Negeri Terengganu dan secara tidak langsung menjalinkan kerjasama erat antara PLANMalaysia Terengganu bersama pihak JAKIM.

FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) BAGI PENYEDIAAN LAPORAN PEMANTAUAN PERANCANGAN FIZIKAL NEGERI TERENGGANU 2025 (LPPFNT 2025)...
13/05/2026

FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) BAGI PENYEDIAAN LAPORAN PEMANTAUAN PERANCANGAN FIZIKAL NEGERI TERENGGANU 2025 (LPPFNT 2025) BIL.3/2026

KUALA TERENGGANU, 13 Mei 2026 – Sesi Focus Group Discussion (FGD) bagi penyediaan Laporan Pemantauan Perancangan Fizikal Negeri Terengganu 2025 (LPPFNT 2025) Bil.3/2026 telah diadakan yang telah dipengerusikan oleh YBrs. TPr Dr. Abu Bakar bin Mat, Pengarah PLANMalaysia Terengganu.

Sesi ini melibatkan penyertaan wakil agensi Persekutuan dan Negeri bagi tujuan verifikasi data, penilaian pelaksanaan serta mendapatkan pandangan dan pengesyoran berkaitan Inisiatif Pelaksanaan (IP) dan Projek Berimpak Tinggi (HIP) yang dicadangkan.

Maklum balas dan input yang telah diterima akan dijadikan nilai tambah dalam memperkukuhkan penyediaan LPPFNT 2025 sebagai dokumen rujukan utama pemantauan pembangunan fizikal Negeri Terengganu yang lebih sistematik, holistik dan berkesan.



12/05/2026
AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 9001:2015 KUALA TERENGGANU, 11 & 12 Mei 2026 : Sesi Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 oleh pihak...
12/05/2026

AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 9001:2015

KUALA TERENGGANU, 11 & 12 Mei 2026 : Sesi Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 oleh pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd yang diketuai oleh Encik Muhammad Syazwan bin Mohd Ghazali, telah berlangsung selama dua (2) hari di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu (PLANMalaysia Terengganu).

Mesyuarat penutup Audit Pemantauan telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Asfazilah binti Samad, Timbalan Pengarah (Perancangan) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu (PLANMalaysia Terengganu). Mesyuarat ini juga turut melibatkan semua Pengurusan Atasan Jabatan, Ahli Jawatankuasa Kualiti Jabatan serta wakil-wakil bahagian terlibat.

Tiada sebarang Laporan Ketidakakuran (NCR) dan Peluang Penambahbaikan (OFI) dikeluarkan pada tahun ini.
Pihak jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. sepanjang sesi audit dijalankan.



HULU TERENGGANU, 11 Mei 2026 – PLANMalaysia Terengganu melalui Unit Pengurusan Bandar Pintar Negeri Terengganu (UPBPN) d...
11/05/2026

HULU TERENGGANU, 11 Mei 2026 – PLANMalaysia Terengganu melalui Unit Pengurusan Bandar Pintar Negeri Terengganu (UPBPN) dengan kerjasama Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) telah menganjurkan Program Sebaran Inisiatif Bandar Pintar kepada Komuniti bagi Daerah Hulu Terengganu.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai pelaksanaan Perancangan Bandar Pintar Berpaksikan Rakyat selaras dengan Dasar Smart Terengganu 2040. Pendekatan ini menekankan keseimbangan antara top-down approach dan bottom-up approach supaya pembangunan negeri lebih inklusif, menyeluruh dan responsif terhadap keperluan komuniti.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran dan ucapan perasmian penutup daripada Yang Berhormat Dato’ Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu.

Sekalung penghargaan kepada semua hadirin yang hadir, berkongsi pandangan serta idea demi memastikan bandar dan desa di Terengganu terus berkembang sebagai kawasan yang sejahtera dan berdaya huni khususnya bagi Daerah Hulu Terengganu.

Sesungguhnya, sekecil-kecil usaha yang digerakkan bersama mampu membawa impak yang besar kepada masa depan negeri.





Address

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Terengganu, Tingkat 3 Dan 4, Wisma Negeri
Kuala
20646

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Sunday 08:30 - 17:00

Telephone

+6096301214

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLANMalaysia Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PLANMalaysia Terengganu:

Share