Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Facebook Rasmi YPKT
Portal Rasmi -> http://www.ypkt.gov.my/
Visi : Memantapkan Kualiti Hidup Berkeluarga

Dirgahayu Tuanku  Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebaw...
01/06/2026

Dirgahayu Tuanku

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga Tuanku sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan.




Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026Sempena hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati makna ...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026

Sempena hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati makna pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang dizahirkan melalui ibadah korban serta kisah agung Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

Semoga Aidiladha ini mengukuhkan nilai ihsan, mempererat ukhuwah serta menyuburkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Dungun, 25 Mei 2026 – Program Kesejahteraan Warga Emas Peringkat Parlimen Dungun anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Te...
25/05/2026

Dungun, 25 Mei 2026 – Program Kesejahteraan Warga Emas Peringkat Parlimen Dungun anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah berjaya dilaksanakan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Dungun bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Program ini bertujuan memperkukuh kesejahteraan fizikal, mental dan sosial dalam kalangan warga emas melalui pendekatan kesihatan dan aktiviti komuniti yang berstruktur.

Antara pengisian utama termasuk saringan kesihatan serta sesi kesedaran penjagaan diri yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, YgBrs. Dr Nor Aqilah binti Mohd Ali, serta Pegawai Pergigian, YgBrs. Dr Aisyah Nadhirah binti Md Zaid.

Aktiviti turut diserikan dengan persembahan dan demonstrasi kesihatan oleh pasukan Tai Chi Tai Chi YPKT yang memberi tumpuan kepada latihan pergerakan lembut bagi meningkatkan fleksibiliti dan keseimbangan warga emas.

Turut hadir ialah Pengerusi PAWE Dungun, En. Abdullah bin Mustaffar serta Penyelia PAWE Dungun, Puan Siti Kasma Suliaty binti Othman. Manakala daripada YPKT, En. Wan Zakaria bin Wan Mamat, Pegawai YPKT Kawasan Dungun, Kakitangan YPKT Kawasan Dungun dan pasukan Tai Chi daripada Ibu Pejabat YPKT.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan pihak penganjur dalam memperkasa kesejahteraan komuniti warga emas melalui pendekatan holistik dan inklusif.

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI  YPKT bermula 26 Mei hingga 1 Jun 2026. Kami akan kembali beroperasi pada 2 Jun 2...
25/05/2026

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI YPKT bermula 26 Mei hingga 1 Jun 2026. Kami akan kembali beroperasi pada 2 Jun 2026.

🌙 HARI ARAFAH 1447H | REBUT PELUANG HARI TERBAIK UNTUK BERDOAHari Arafah merupakan antara hari paling mulia dalam Islam ...
25/05/2026

🌙 HARI ARAFAH 1447H | REBUT PELUANG HARI TERBAIK UNTUK BERDOA

Hari Arafah merupakan antara hari paling mulia dalam Islam yang jatuh pada 9 Zulhijjah. Pada hari ini, jutaan jemaah haji berhimpun di Padang Arafah untuk menunaikan ibadah wukuf, manakala umat Islam di seluruh dunia digalakkan memperbanyakkan doa, zikir dan amalan sunat.

Rasulullah SAW bersabda:
"Puasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya."
(Hadis Riwayat Muslim) �

🌿 Marilah bersama-sama menghidupkan Hari Arafah dengan: 🤲 memperbanyakkan doa
📖 membaca al-Quran
🕌 berzikir dan beristighfar
🍽️ berpuasa sunat bagi yang mampu
“Langit Arafah terbuka luas untuk doa-doa yang lama tersimpan.” ✨

21/05/2026
20 Mei 2025, KUALA TERENGGANU - Usaha menyantuni golongan ibu tunggal miskin diteruskan menerusi pelaksanaan Program Zia...
20/05/2026

20 Mei 2025, KUALA TERENGGANU - Usaha menyantuni golongan ibu tunggal miskin diteruskan menerusi pelaksanaan Program Ziarah Kasih Ibu Tunggal DUN Ladang yang dianjurkan melalui kerjasama antara Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ladang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Program tersebut melibatkan kunjungan ke 10 buah rumah ibu tunggal terpilih bagi menyampaikan sumbangan secara terus kepada penerima. Konvoi ziarah berkenaan diketuai oleh YB Hajah Zuraida Md Noor selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu merangkap ADUN Ladang.

Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Encik Wan Zulfazlee bin Wan Mustaffa, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga dan Komuniti YPKT; Cik Farrah Noor Faradhila binti M. Zuki, Pegawai YPKT Kawasan Kuala Terengganu dan Encik Abdul Halim bin Muda, Pegawai TNB Cawangan Kuala Terengganu.

Program berkenaan bukan sahaja membantu golongan sasar menerima bantuan secara langsung, malah menjadi medium memperkukuh hubungan silaturahim antara agensi, pemimpin dan masyarakat setempat.

20/05/2026
KEMAMAN, 19 Mei 2026 — Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu melalui Bahagian Pembangunan Keluarga & Komuniti YPKT tel...
19/05/2026

KEMAMAN, 19 Mei 2026 — Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu melalui Bahagian Pembangunan Keluarga & Komuniti YPKT telah mengadakan Program “Sehati Sejiwa” bagi Parlimen Kemaman bertempat di Dewan Seri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman dengan penyertaan masyarakat setempat dalam usaha memperkukuh kesejahteraan institusi keluarga.

Program tersebut memberi fokus kepada aspek komunikasi sihat, pengurusan konflik rumah tangga dan penerapan nilai kasih sayang dalam keluarga menerusi pengisian ceramah dan sesi perkongsian ilmu.

Antara pengisian utama program ialah slot pertama bertajuk “Mengatasi Cabaran, Memupuk Kasih Sayang” yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fauzy Abd Ghani, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak YPKT.

Selain itu, Slot 2 bertajuk “Kaunseling Dalam Rumah Tangga” telah disampaikan oleh Cik Salsabiila Harun, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga & Komuniti YPKT yang menyentuh kepentingan kaunseling dan komunikasi berkesan dalam membina keharmonian rumah tangga.

Melalui program ini, para peserta didedahkan dengan pendekatan yang lebih positif dalam menangani cabaran rumah tangga serta kepentingan membina hubungan kekeluargaan yang harmoni, bahagia dan sejahtera.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Wan Nurhidayatie Wan Muhamad, Pegawai YPKT Kawasan Kemaman.

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada seluruh peserta dalam membina keluarga yang harmoni, bahagia dan sakinah mawaddah warahmah.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

KUALA TERENGGANU, 18 Mei 2026 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) melalui Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Ka...
18/05/2026

KUALA TERENGGANU, 18 Mei 2026 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) melalui Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah mengadakan Bengkel Keselamatan dan Pertolongan Cemas TASKA Permata Keluarga Siri 2 di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Seramai 30 orang pendidik TASKA Permata Keluarga daripada lapan parlimen di negeri Terengganu telah menyertai bengkel tersebut bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan aspek keselamatan serta pengendalian kecemasan di TASKA.

Bengkel ini memberi pendedahan mengenai langkah pencegahan kemalangan, pengurusan risiko, prosedur keselamatan serta kaedah asas pertolongan cemas seperti CPR, rawatan luka, pengendalian kecederaan ringan dan tindakan semasa situasi kecemasan.

Pendekatan latihan secara amali dan simulasi turut dilaksanakan bagi membantu peserta memahami prosedur keselamatan dengan lebih jelas serta meningkatkan keyakinan untuk bertindak secara cepat, tepat dan berkesan dalam situasi sebenar.

Sesi bengkel dikendalikan oleh Dr. Nurfarhanni Binti Mohamad, Pegawai Perubatan dan Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu; Dr. Shahidatul Maisarah Binti Mohd Zaki, Pegawai Perubatan dan Kesihatan Jabatan Kesihatan Kuala Terengganu; serta PPP Muhamad Zainul bin Aminorabidin, Penolong Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu.

Turut bertindak sebagai fasilitator ialah PPP Muhamad Ridzuan bin Mohamad Razani, Penolong Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu.

Address

Jalan Sultan Omar
Kuala
20300

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00

Telephone

+6096249355

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share