Hutan Lipur Lata Payung, Setiu, Terengganu, Malaysia

Hutan Lipur Lata Payung, Setiu, Terengganu, Malaysia Hutan Lipur Lata Payung adalah lokasi perkelahan yang menarik di Setiu, Terengganu. Sila hargai alam Sila hargai alam sekitar yang indah ini. Call 609-6667 473

Jadilah manusia yang bertamadun.

Kita masak, kita makan..Syukur Alhamdulillah..
31/05/2022

Kita masak, kita makan..

Syukur Alhamdulillah..

09/05/2022

PERINGATAN : Jaga-jaga...

Kepala Air boleh datang secara tiba-tiba

(Video peringatan sahaja)

Semoga kalian semua di dalam Rahmat Allah. Bergembira di hari yang mulia iniSalam 1 Syawal 1443H
02/05/2022

Semoga kalian semua di dalam Rahmat Allah. Bergembira di hari yang mulia ini

Salam 1 Syawal 1443H

LIST HUTAN SIMPAN KEKAL (HSK) DI TERENGGANU YANG DITUTUPBERMULA DARI 1 NOVEMBER HINGGA 28 FEBRUARI 2022Sebab apa tutup? ...
03/11/2021

LIST HUTAN SIMPAN KEKAL (HSK) DI TERENGGANU YANG DITUTUP

BERMULA DARI 1 NOVEMBER HINGGA 28 FEBRUARI 2022

Sebab apa tutup? Sebab musim tengkujuh dah sampai....

TUTUP!Hutan Simpan Kekal di Terengganu ditutup sementara bermula 1 NovemberRAHAYU MUSTAFA | | 01 November 2021Semua tama...
01/11/2021

TUTUP!

Hutan Simpan Kekal di Terengganu ditutup sementara bermula 1 November

RAHAYU MUSTAFA | | 01 November 2021

Semua taman eko-rimba, laluan pendakian termasuk aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal di Terengganu ditutup sementara kepada orang ramai selama empat bulan bermula 1 November

KUALA TERENGGANU – Semua taman eko-rimba, laluan pendakian termasuk aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal di Terengganu ditutup sementara kepada orang ramai selama empat bulan bermula 1 November.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Roslan Rani berkata, notis penutupan itu dikeluarkan berikutan musim tengkujuh dan risiko berlaku kepala air yang boleh mengancam keselamatan pengunjung.

“Penutupan kawasan ini bermula 1 November hingga 28 Februari depan.

“Bermula hari ini, semua aktiviti bagi tujuan rekreasi, trekking, pacuan empat roda dan sebagainya di dalam Hutan Simpan Kekal adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, Roslan berharap orang ramai mematuhi arahan penutupan itu dan tidak melakukan aktiviti yang dilarang bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.

Artikel Penuh :

KUALA TERENGGANU – Semua taman eko-rimba, laluan pendakian termasuk aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal di Terengganu ditutup sementara kepada orang ramai selama empat bulan bermula 1 November. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Roslan Rani berkata, notis penutupan itu dikel...

Jangan buang sampah merata-rata!Ikut 3 panduan ini :-▪️Kalau ada tong sampah, buang ke dalam tong sampah yang disediakan...
31/10/2021

Jangan buang sampah merata-rata!

Ikut 3 panduan ini :-

▪️Kalau ada tong sampah, buang ke dalam tong sampah yang disediakan di kawasan berkenaan

▪️Kalau ada tong sampah tapi sudah penuh, maka usah longgok di tepi tong sampah itu. Masuk dalam plastik dan bawa keluar dari kawasan itu. Seterusnya buang ke dalam tong sampah di tempat lain

▪️Kalau tong sampah pun tiada dan tidak disediakan oleh pihak berkuasa, maka usah longgok atau tinggalkan sampah di tepi pokok, tepi sungai dll. Itu pemalas namanya. Rajin² lah sikit. Apa salahnya, masukkan sampah itu ke dalam beg plastik dan bawa keluar dari kawasan itu. Seterusnya buang ke dalam tong sampah di tempat lain

Jangan cemari alam sekitar! Usah mementingkan diri sendiri. Jadilah rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab

Jaga kebersihan
07/10/2021

Jaga kebersihan

Bukit and Gunung yang boleh di daki di Negeri Terengganu (WAJIB ADA PERMIT MASUK)JANGAN MAIN REDAH SAHAJA. MASUK HUTAN T...
30/09/2021

Bukit and Gunung yang boleh di daki di Negeri Terengganu (WAJIB ADA PERMIT MASUK)

JANGAN MAIN REDAH SAHAJA. MASUK HUTAN TANPA PERMIT KEBENARAN BOLEH MENGAKIBATKAN ANDA DIKENAKAN KOMPAUN, DIDENDA ATAU PENJARA

Info oleh http://InfoTerkini.watsap.me

GUNUNG

Semua gunung kena ada permit dan garis panduannya. (dan beberapa bukit tertentu) Kalau perlu menggunakan jurupandu atau guide ikut pada penganjur acara masing-masing.

Tahap kesukaran dan kesulitan mendaki kita bahagikan kepada dua bahagian:

A) Tak Mustahil Nak Didaki (dah)

1) Gunung Berembum (1108m) via Air Terjun Chemerong aka CBL, Hulu Dungun
2) Gunung Sarut (1229m), Setiu
3) Gunung Tebu (1039), Besut

*Ketiga-tiga gunung ni paling komersial, terkenal, dikenali, diperkatakan tiada tolok bandingnya dan selalu didaki di Terengganu Darul Iman ini.

B) Agak Mustahil Nak Didaki (hampir atau terlalu mustahil)

Bukan tak boleh didaki. Boleh tapi kena berbelanja besar, kena merancang lebih rapi dan acara tersebut memakan masa serta memerlukan kerahan tenaga dari masyarakat tertentu.

1) Bukit Susu Dara
2) Gunung Bongsu (658m), Kenyir
3) Gunung Chergau, Kenyir
4) Gunung Gajah Terom (1206m), Kenyir
5) Gunung Gagau (1376m), Kenyir
6) Gunung Kachang (1048m), Kenyir
7) Gunung Kambing (566m), Kenyir
8) Gunung Lawit (1519m), Kuala Berang
9) Gunung Padang (1314m), Hulu Terengganu
10) Gunung Mandi Angin (1460m), Dungun
11) Gunung Tembat (960m), Kenyir

Info oleh http://InfoTerkini.watsap.me

BUKIT

Makin lama makin banyak. Kadang-kadang tak terkejar. Ada yang tahap gunung, tapi nama bukit.

01) Bukit 275 aka 6.45 (275m), Kuala Nerus
02) Bukit Ajil (292m), Kuala Berang
03) Bukit Balik Hidung (130m), Kuala Berang
04) Bukit Batu Kapal (150m), Hulu Terengganu,
05) Bukit Batu Rakit (268m), Kuala Nerus
06) Bukit Bauk (472m), Dungun
07) Bukit Bendera (98m), Kemaman
08) Bukit Besar (156m) Kuala Terengganu
09) Bukit Bidong Darat (183m), Setiu
10) Bukit Bidong Laut, (293m), Pulau Bidong
11) Bukit Chendering (74m), Kuala Terengganu
12) Bukit Durian Tarus (538m), Hulu Terengganu
13) Bukit Do, (+-50m) Kuala Berang
14) Bukit Harimau Menangis (203m), Kemaman
15) Bukit Jalin, (132m), Kuala Berang
16) Bukit Jelutung (229m), Kuala Berang
17) Bukit Jong (349m), Kuala Nerus
18) Bukit Kabung (636m), Hulu Terengganu
19) Bukit Keluang (396m), Besut
20) Bukit Lubuk Batu (359m), Marang
21) Bukit Mak Dayang (?), Kemaman
22) Bukit Maras (329m), Kuala Nerus
23) Bukit Penjajat (105m), Kemaman
24) Bukit Taduk (224m), Kuala Berang
25) Bukit Tawang (620m), Hulu Terengganu
26) Bukit Temiang (328m), Marang
27) Bukit Tongkol (483m), Hulu Terengganu
28) Bukit Tok Gunung (765m), Hulu Terengganu
29) Bukit Tok Raja (720m), Hulu Terengganu
30) Bukit Tok Salai (160m), Kuala Nerus

Info oleh http://InfoTerkini.watsap.me

SEMUA SAMPAH JANGAN TINGGAL. SIMPAN DALAM PLASTIK DAN BAWA TURUN. JANGAN SESUKA HATI TINGGALKAN DIATAS GUNUNG, BUKIT ATAU TAPAK PERKHEMAHAN

Semoga kita dapat memanfaatkan info ini demi menikmati keindahan alam ciptaan Allah bersama-sama. Jaga kebersihan setiap masa walau di mana ada berada

Copy & paste

24/09/2021
UTAMAKAN KESELAMATAN ANDARisiko ada di mana-mana. Jika berlaku kemalangan, lemas dsbnya itu adalah tanggungjawab sendiri...
20/09/2021

UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA

Risiko ada di mana-mana. Jika berlaku kemalangan, lemas dsbnya itu adalah tanggungjawab sendiri

Dan.....

Jangan buang sampah merata-rata..

Address

Jalan Setiu
Kuala

Telephone

+6096667473

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hutan Lipur Lata Payung, Setiu, Terengganu, Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share