Pas Cawangan Kg Sungai Plong

Pas Cawangan Kg Sungai Plong Pas Cawangan Kampung Sungai Plong, Sungai Buloh ditubuhkan pada tahun 2006.

Beginilah cara halal โ€˜sakauโ€™ duit rakyat semuanya untuk PULAU PINANG darul DAP. Kerajaan Terengganu minta hutang, keraja...
05/08/2026

Beginilah cara halal โ€˜sakauโ€™ duit rakyat semuanya untuk PULAU PINANG darul DAP. Kerajaan Terengganu minta hutang, kerajaan taknak bayar, duit rakyat Terengganu (royalti) taknak bagi, LPT3 pun banyak berdolak-dalih. DAP senyum-senyum saja nak minta upgrade jalan 2 lorong ke 4 lorong. Tunggulah masa nanti XPM.

Saya telah menyerahkan sendiri sepucuk surat permohonan kepada Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, bagi memohon agar lima projek pembangunan bernilai hampir RM1 bilion, serta cadangan mewujudkan Zon Kewangan Khas (ZKK) di Ampang Jajar, dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam Belanjawan Persekutuan yang akan datang.

Saya mengemukakan cadangan tersebut ketika mengadakan pertemuan dengan YAB Perdana Menteri pada 20 Julai. Saya berharap beliau dapat mempertimbangkannya dengan sewajarnya agar projek-projek ini dapat diluluskan demi merealisasikan hasrat menjadikan Butterworth sebagai bandar raya antarabangsa kedua di Pulau Pinang, sekali gus meningkatkan daya saing kawasan ini dan wilayah utara secara keseluruhannya.

Dalam pertemuan tersebut, YAB Perdana Menteri turut menyatakan bahawa pembangunan wilayah utara perlu terus diberi perhatian dan beliau berpandangan positif terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, projek-projek yang akan diluluskan hanya akan diketahui apabila Belanjawan Persekutuan dibentangkan kelak.

Antara projek yang saya cadangkan ialah:

(A) Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT001 daripada dua lorong kepada empat lorong melibatkan kos RM825 juta.

(B) Pembinaan Klinik Kesihatan Butterworth yang baharu dengan anggaran kos RM130 juta.

(C) Peruntukan sebanyak RM4.405 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf Jalan Persekutuan, serta RM500,000 untuk menaik taraf jalan di belakang SJK(C) Kwang Hwa.

(D) Kelulusan penubuhan Zon Kewangan Khas (ZKK) di Ampang Jajar, melibatkan kawasan Parlimen Bagan dan Permatang Pauh.

(E) Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Taman Kerapu bernilai RM8 juta di kawasan Parlimen Bagan, Seberang Perai Utara.

Kesemua projek ini mempunyai kepentingan strategik bukan sahaja kepada Pulau Pinang, malah kepada seluruh wilayah utara. Pelaksanaannya akan meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan, memperkukuh keselamatan pengguna jalan raya, mempertingkatkan kemudahan kesihatan awam serta merancakkan pelaburan dan aktiviti ekonomi.

Daripada semua cadangan tersebut, projek yang paling penting ialah penubuhan Zon Kewangan Khas (ZKK) di Ampang Jajar. Sekiranya berjaya direalisasikan, zon ini dijangka mampu menarik pelaburan melebihi RM5 bilion dan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Butterworth untuk jangka panjang.

Pada masa ini, pelbagai projek pembangunan berskala besar yang sedang dilaksanakan dan dirancang di Butterworth dianggarkan bernilai kira-kira RM7.5 bilion. Sekiranya lima projek baharu bernilai hampir RM1 bilion ini turut diluluskan, ditambah p**a dengan potensi pelaburan daripada Zon Kewangan Khas, saya yakin Butterworth akan melangkah ke satu fasa pembangunan yang baharu dan lebih pesat.

Matlamat utama saya bukan sekadar mengejar angka pelaburan atau nilai projek yang besar. Yang lebih penting ialah memastikan pembangunan ini mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, menarik pelaburan berkualiti serta membolehkan lebih ramai anak muda terus membina kerjaya dan masa depan mereka di tanah air sendiri, khususnya di Butterworth dan kawasan utara.

04/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐…๐Ž๐‘๐”๐Œ ๐’๐€๐๐“๐€๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œ๐‘ด๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’‘๐’‚ ๐‘ฐ๐’”๐’– ๐‘ท๐’†๐’๐’…๐’Š๐’…๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ต๐’†๐’ˆ๐’‚๐’“๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ผ๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐‘ฒ๐’Š๐’•๐’‚?โ€

๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง, ๐ฆ๐š๐ซ๐ข๐ฅ๐š๐ก ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š-๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐๐ข๐ซ๐ข ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐š๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ฉ๐š๐ฌ ๐ž๐ซ๐ญ๐ข ๐ค๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ฉ๐ž๐ค๐ญ๐ข๐Ÿ ๐ฉ๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง, ๐ฉ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š๐š๐ง ๐ฃ๐š๐ญ๐ข ๐๐ข๐ซ๐ข ๐๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ฉ๐š๐ง ๐ง๐ž๐ ๐š๐ซ๐š.๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŽ™ ๐๐š๐ง๐ž๐ฅ ๐‰๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ญ๐š๐ง
๐˜๐ ๐๐ซ๐จ๐Ÿ. ๐ƒ๐ซ. ๐‡๐š๐ข๐ฆ ๐‡๐ข๐ฅ๐ฆ๐š๐ง ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก

๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ• ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ)
๐Ÿ•ค ๐Œ๐š๐ฌ๐š: 9.30 Malam
๐Ÿ“ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: Dewan Ar-Raudhah, SRITI Saujana Utama, Sungai Buloh

๐Ÿค ๐€๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐š๐ง:
๐๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐จ๐ก (๐๐Š๐’๐)
๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ฅ๐ข๐ฆ๐š๐ญ ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐จ๐ก

โ€œMerdeka bukan sekadar mengibar bendera, tetapi membina jiwa, ilmu dan masa depan bangsa.โ€

๐Ÿ“ข ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐š๐ง ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ฉ๐ž๐ซ๐œ๐ฎ๐ฆ๐š. ๐’๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐๐ข๐ฃ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ญ ๐ก๐š๐๐ข๐ซ.

Alhamdulillah. Boleh bernafas sedikit. Kita kasi tekan lagi Air Selangor.
03/08/2026

Alhamdulillah. Boleh bernafas sedikit. Kita kasi tekan lagi Air Selangor.

25/07/2026

KENYATAAN MEDIA

DHPP: JANGAN MANIPULASI UCAPAN YAB MENTERI BESAR KEDAH, JANGAN GUGAT KEHARMONIAN RAKYAT

Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) mengambil maklum mengenai polemik yang timbul susulan ucapan YAB Menteri Besar Kedah berhubung ungkapan โ€œCina ada China, India ada Indiaโ€ yang kini dipetik dan ditafsirkan di luar konteks sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat.

DHPP ingin menegaskan bahawa ucapan tersebut tidak seharusnya dimanip**asi seolah-olah YAB Menteri Besar merujuk kepada masyarakat Cina dan India yang merupakan rakyat Malaysia.

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, kita semua memahami bahawa rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain. Masyarakat Cina dan India di Malaysia adalah sebahagian daripada rakyat negara ini dan mempunyai hak yang sama untuk hidup, bekerja dan menyumbang kepada pembangunan negeri serta negara.

Oleh itu, DHPP menyeru semua pihak agar tidak mengambil kesempatan daripada isu ini dengan memutarbelitkan kenyataan atau mengeluarkan ucapan daripada konteks sebenar. Sebarang perbezaan pandangan hendaklah dibincangkan secara matang dan berlandaskan fakta, bukannya dijadikan bahan untuk mencetuskan sentimen perkauman dan perpecahan.

DHPP juga berpandangan bahawa tindakan mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat atau mengambil tindakan hanya berdasarkan petikan kenyataan yang telah ditafsirkan secara tertentu perlu dipertimbangkan dengan penuh tanggungjawab. Kita tidak seharusnya membiarkan perbezaan politik menjadi punca kepada usaha menggugat keharmonian masyarakat.

Sebagai DHPP, kami sentiasa komited untuk memperkukuhkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama. Kami percaya bahawa Malaysia adalah milik bersama semua rakyatnya, tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Kami menyeru agar semua pihak menghentikan budaya memanip**asi kenyataan demi kepentingan politik sempit. Marilah kita bersama-sama menjaga keharmonian, menghormati perbezaan dan meletakkan kepentingan rakyat Malaysia sebagai keutamaan.

Jangan kerana perbezaan politik, keharmonian rakyat menjadi taruhan.

Kumaresan BK
Ketua
Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat

Calon-calon Perikatan Nasional bagi mengahadapi PRN Negeri Sembilan. InsyaAllah akan menjadi YB pada 1 Ogos 2026 nanti.
16/07/2026

Calon-calon Perikatan Nasional bagi mengahadapi PRN Negeri Sembilan. InsyaAllah akan menjadi YB pada 1 Ogos 2026 nanti.

14/07/2026
Alhamdulillahโ€ฆMeriah kendurian di Markas Jalan Sebalik pada malam ini. 250 kilo Raja buah, Durian dibawa dari Raub, cemp...
14/07/2026

Alhamdulillahโ€ฆ

Meriah kendurian di Markas Jalan Sebalik pada malam ini. 250 kilo Raja buah, Durian dibawa dari Raub, cempedak goreng dari Utara, tidak ketinggalan buah dokong dan rambutan pelengkap kenduri buah-buahan tempatan.

Terima kasih YB Datoโ€™ Ab Halim Tamuri atas kehadiran pada malam ni walaupun untuk sebentar. Semoga ukhwah yang terjalin antara komuniti Sg Plong diberkati Ilahi.

โ€œSejarah turut mengajar bahawa kejatuhan Andalusia bukan berpunca daripada kelemahan tamadunnya, tetapi akibat perpecaha...
13/07/2026

โ€œSejarah turut mengajar bahawa kejatuhan Andalusia bukan berpunca daripada kelemahan tamadunnya, tetapi akibat perpecahan dalam kalangan umat Islam sehingga membuka ruang kepada musuh menguasai negeri mereka. Peristiwa ini hendaklah dijadikan iktibar agar perpaduan sentiasa dipelihara dan kepentingan yang lebih besar didahulukan.โ€

Tan Sri Datoโ€™ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Pas

Alhamdulillah. Telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Sungai Buloh kali ke-32 di dewan MPKS Saujana Utama. T...
11/07/2026

Alhamdulillah. Telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Sungai Buloh kali ke-32 di dewan MPKS Saujana Utama. Tanggungjawab sebagai perwakilan Cawangan Sungai Plong telah dilunaskan.

Antara intipati Perasmi oleh Yang Berbahagia Ustaz Azhar Yahya, Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan ialah mengambil iktibar perjalanan hijrah Nabi Muhammad SAW yang disokong oleh majoriti pemuda, maka tidak dapat tidak pemuda mesti dibentuk dengan fikrah yang jelas kerana pemuda adalah penentu masa depan negara.

Address

Jalan Sebalik, Kg Sg Plong
Kuala
47000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pas Cawangan Kg Sungai Plong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share