Pejabat Projek Zon Timur, PLANMalaysia

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM SERTA TAKLIMAT DAN LIBAT URUS DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN S...
01/09/2026

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM SERTA TAKLIMAT DAN LIBAT URUS DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN SEMULA) BAGI ZON 4 : DAERAH KUANTAN

KUANTAN | 1 September 2026 - Taklimat dan Libat Urus Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) Zon 4 : Daerah Kuantan untuk Program Publisiti Dan Penyertaan Awam telah diadakan di Dewan Seminar Lestari, Aras 2, Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan. Seramai 60 orang peserta telah terlibat sama program ini yang terdiri daripada semua wakil agensi dan jabatan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah serta semua wakil Ketua Jabatan Majlis Bandaraya Kuantan.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Ahmad Faiez bin Mohammed, Pegawai Perancangan Bandar dan Desa, Pejabat Projek Zon Timur berhubung kandungan keseluruhan dokumen RSN. Turut diadakan pameran bahan publisiti melibatkan semakan dokumen RSN dan panel pameran sebagai medium hebahan kepada orang awam.

Semoga program dan libat urus yang dijalankan dapat merealisasikan misi ‘Pahang 1st : Menuju Negeri Makmur dan Lestari 2040’ dan matlamat sebagai ‘Pahang sebagai Negeri Maju, Makmur dan Berdaya Tahan Berteraskan Kemampanan Ekonomi, Kelestarian Alam Sekitar dan Kesejahteraan Sosial serta Pembangunan Inklusif Menjelang 2040’.

Semakan Dalam Talian :

Laman Web Rasmi PLANMalaysia (e-Publisiti)
https://www.planmalaysia.gov.my/epublisiti/home

Laman Web Rasmi PLANMalaysia Pahang
https://planmalaysia.pahang.gov.my

TPr Alias Rameli
TPr Norjafni Zainuddin
PLANMalaysia
PLANMalaysia Pahang





Deraih Deme...Moh Ke Jerantut...
01/09/2026

Deraih Deme...
Moh Ke Jerantut...

PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM BAGI DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH JERANTUT, PAHANG 2040 (PENGGANTIAN) | DERAIH DEME…MOH KE JERANTUT

Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Jerantut, Pahang 2040 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi kawasan Majlis Daerah Jerantut. Ianya disediakan di bawah peruntukan Seksyen 16, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Daerah Jerantut 2020 yang telah tamat tempoh perancangannya.

Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan bermula 1 September sehingga 30 September 2026 selama satu (1) bulan yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di kawasan Majlis Daerah Jerantut yang terkandung di dalam dokumen darf RT.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran dan pemeriksaan laporan yang akan diadakan sebagaimana berikut:

PAMERAN TETAP
Tarikh : 1 September 2026 hingga 30 September 2026
Hari dan Masa : Isnin – Jumaat (9.00 pagi – 4.30 petang)
Lokasi Pemeriksaan :
- Lobi Majlis Daerah Jerantut
- ⁠Lobi Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut
- ⁠Tingkat 4, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang ​​​ (PLANMalaysia Pahang)

Semakan Dalam Talian:

1. https://www.planmalaysia.gov.my/epublisiti/home
2. https://www.mdjerantut.gov.my
3. https://planmalaysia.pahang.gov.my/

TPr Alias Rameli
PLANMalaysia
PLANMalaysia Pahang
MAJLIS DAERAH JERANTUT (MDJERANTUT)



🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾31 Ogos 2026 | Malaysia Madani: Kesejahteraan DinikmatiSempena sambutan Har...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

31 Ogos 2026 | Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69, Pejabat Projek Zon Timur, PLANMalaysia ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian dan patriotisme, serta terus menyumbang kepada pembangunan negara yang mampan demi kesejahteraan bersama.

Merdeka bukan sekadar kebebasan, tetapi amanah untuk terus membina Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan bersatu.

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan Ke-69!
Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati.







PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM SERTA TAKLIMAT DAN LIBAT URUS DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN S...
28/08/2026

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM SERTA TAKLIMAT DAN LIBAT URUS DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN SEMULA) BAGI ZON 3 : DAERAH TEMERLOH, MARAN DAN JERANTUT

TEMERLOH | 27 OGOS 2026 - Jelajah Taklimat dan Libat Urus Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) diteruskan bagi Zon 3 : Daerah Temerloh, Maran dan Jerantut untuk Program Publisiti Dan Penyertaan Awam. Taklimat ini telah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Perbandaran Temerloh Pahang melibatkan penyertaan seramai 70 orang peserta terdiri daripada semua wakil agensi dan jabatan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah serta semua wakil Pihak Berkuasa Tempatan melibatkan Zon 3 yang berkaitan.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Ahmad Fauzi bin Haji Yusoff, Pengurus Projek Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) berhubung kandungan keseluruhan dokumen RSN. Turut diadakan pameran bahan publisiti melibatkan semakan dokumen RSN dan panel pameran sebagai medium hebahan kepada orang awam.

Semoga program dan libat urus yang dijalankan dapat merealisasikan misi ‘Pahang 1st : Menuju Negeri Makmur dan Lestari 2040’ dan matlamat sebagai ‘Pahang sebagai Negeri Maju, Makmur dan Berdaya Tahan Berteraskan Kemampanan Ekonomi, Kelestarian Alam Sekitar dan Kesejahteraan Sosial serta Pembangunan Inklusif Menjelang 2040’.

Semakan Dalam Talian :

Laman Web Rasmi PLANMalaysia (e-Publisiti)
https://www.planmalaysia.gov.my/epublisiti/home

Laman Web Rasmi PLANMalaysia Pahang
https://planmalaysia.pahang.gov.my

TPr Alias Rameli
TPr Norjafni Zainuddin
PLANMalaysia
PLANMalaysia Pahang





🎙️ WAWANCARA RADIO KPKT SEMPENA PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN...
27/08/2026

🎙️ WAWANCARA RADIO KPKT SEMPENA PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN SEMULA)

PUTRAJAYA | 27 OGOS 2026 : Telah berlangsung sesi wawancara radio KPKT sempena hebahan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bersama YBrs TPr Norjafni bin Zainuddin, Pengarah Pejabat Projek Zon Timur, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

Antara perkongsian utama kandungan Draf RSN ini meliputi penemuan-penemuan utama dan sasaran pembangunan 2040, konsep pembangunan Negeri Pahang, cadangan dasar-dasar yang digariskan selari dengan RMK-13, RFN5, DPN3 dan lain-lain dasar di peringkat negara, wilayah,negeri dan daerah serta projek-projek ikomik yang telah dirancang untuk merancakkan lagi pembangunan di Negeri Pahang.

Bersama kita merealisasikan misi ‘Pahang 1st : Menuju Negeri Makmur dan Lestari 2040’ dan matlamat sebagai ‘Pahang sebagai Negeri Maju, Makmur dan Berdaya Tahan Berteraskan Kemampanan Ekonomi, Kelestarian Alam Sekitar dan Kesejahteraan Sosial serta Pembangunan Inklusif Menjelang 2040’.

Semakan Dalam Talian :

Laman Web Rasmi PLANMalaysia (e-Publisiti)
https://www.planmalaysia.gov.my/epublisiti/home

Laman Web Rasmi PLANMalaysia Pahang
https://planmalaysia.pahang.gov.my
PLANMalaysia
PLANMalaysia Pahang





27/08/2026

Nantikan... Akan datang... Program Publisiti dan Penyertaan Awam, Draf RT Daerah Jerantut, Pahang 2040 (Penggantian)





27/08/2026

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM:DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN SEMULA)

🎙SEGMEN KEPOCHI KPKT🎙

Pernahkah anda terfikir bagaimana rupa dan wajah Negeri Pahang menjelang tahun 2040 nanti?

Perancangan negeri sebenarnya jauh melebihi pelan lukisan dan pembinaan lebuh raya semata-mata. Ia menyentuh hala tuju perumahan, peluang pekerjaan baharu, pemeliharaan alam sekitar, serta kualiti hidup harian yang memberi impak langsung kepada kita dan generasi akan datang!

Jom kita sembang santai bagi mengupas hala tuju pembangunan, projek ‘game changer’ berimpak tinggi, serta peranan anda dalam menyuarakan pandangan demi merealisasikan Pahang yang makmur, lestari, dan berdaya tahan bersama panel jemputan:

📌 TPr Norjafni bin Zainuddin
Pengarah
Pejabat Projek Zon Timur
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
(PLANMalaysia)

🎙️Penyampai: Anaz

Ketetapan adalah seperti berikut:

Tarikh:
27 Ogos 2026 (Khamis)

Masa:
10:30 Pagi

Dengar melalui:
🔖https://radio.kpkt.gov.my
atau
🔖Aplikasi Radio KPKT (muat turun di Google Play)
atau
🔖Aplikasi Radio Garden (muat turun di Apps Store)

Tonton secara langsung menerusi:
🎥 Facebook LIVE Radio KPKT
[🔗 https://www.facebook.com/radiokpkt/]

Ikuti kami:
🔖 Instagram: radio_kpkt
🔖 Facebook: Radio KPKT
🔖 TikTok: Radio KPKT





Jom sama-sama kita dapatkan info Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) di Radio KPKT bersama dengan...
27/08/2026

Jom sama-sama kita dapatkan info Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) di Radio KPKT bersama dengan Yang Berbahagia TPr Norjafni bin Zainuddin, Pengarah Pejabat Projek Zon Timur, PLANMalaysia

KUALA TERENGGANU, 26 Ogos 2026 - Diperkenalkan Ikon Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Tempatan D...
26/08/2026

KUALA TERENGGANU, 26 Ogos 2026 - Diperkenalkan Ikon Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Tempatan Daerah Jerantut, Pahang 2040 yang diberi nama 'KILAU'.

KILAU akan menjadi ikon utama Program Publisiti ini dan akan menjadi 'sticker' di dalam aplikasi WhatsApp.

Peluncuran ikon di PPZR disempurnakan oleh TPr Norjafni bin Zainuddin, Pengarah Pejabat Projek Zon Timur. Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan bermula pada 1 September 2026 hingga 30 September 2026.





Address

Aras 4, Wisma PERKESO, Jalan Air Jernih
Kuala
20538

Telephone

+6096267388

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Projek Zon Timur, PLANMalaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share