07/06/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐
Tarikh : 07 Jun 2026 (Ahad)
โฐ Masa : 9.30 pagi โ 5.00 petang
๐ Tempat : Dewan Wawasan, Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu
Alhamdulillah, Kursus Pengucapan Awam Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran YBrs. Puan Hasmila binti Abas, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang serta anggota Pertubuhan Peladang dari seluruh Negeri Terengganu.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Muhammad Faiz bin Mohd Kari bagi memohon keberkatan, kelancaran serta kejayaan sepanjang program berlangsung.
Program kemudiannya diteruskan dengan sesi Kursus Pengucapan Awam yang disampaikan oleh YBrs. En. Kamarul Arifin bin Shaari, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Tampin,Negeri Sembilan.Sesi ini memberikan pendedahan berkaitan teknik komunikasi berkesan, penyampaian ucapan yang yakin, penggunaan bahasa yang sesuai serta kaedah menarik perhatian audiens ketika berucap di khalayak ramai.
Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri peserta agar lebih berkesan dalam menyampaikan maklumat, mengendalikan majlis serta berinteraksi dengan masyarakat. Melalui perkongsian ilmu, latihan praktikal dan pengalaman yang dikongsikan oleh penceramah, para peserta memperoleh pengetahuan serta kemahiran yang dapat diaplikasikan dalam urusan kerja dan kehidupan seharian.
LPP Terengganu mengharapkan ilmu yang diperoleh menerusi kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi pemangkin kepada pembentukan komunikator yang lebih berkeyakinan, berwibawa dan berkesan pada masa hadapan.
#๐๐ฎ๐ฎ๐๐๐ฒ๐๐ถ๐ฎ
#๐๐ฃ๐ฃ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ
#๐๐ฃ๐ฃ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐ป๐
#๐๐ฃ๐ฃ๐ฐ๐๐ฎ๐ฟ๐บ๐ฒ๐ฟ๐
#๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด
#๐๐ฒ๐น๐๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด
#๐๐ฃ๐๐ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ
#๐ง๐ฒ๐ฎ๐บ๐๐ฃ๐๐
#๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ๐ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ถ
#๐๐๐ธ๐๐ฝ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ง๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ๐บ๐ถ๐ป
#๐๐ด๐ฟ๐ผ๐บ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ถ
#๐๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ๐บ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป๐บ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป๐๐ป๐๐๐ธ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ฑ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ป