Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu

Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu • Melahirkan insan Soleh yang beriman, beramal dan berketerampilan

01/06/2026
🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙Seluruh warga Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladh...
26/05/2026

🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙

Seluruh warga Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi lambang ketaatan, keikhlasan serta pengorbanan yang diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Aidiladha mengajar kita erti kesabaran, kasih sayang dan kepentingan berkongsi rezeki bersama insan yang memerlukan.

“Semoga pengorbanan kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT.”

✨ Taqabbalallahu minna wa minkum ✨

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu


اِحْذَرُوا الْفِيلَةَ فِي يَوْمِ عَرَفَة(Iḥẓarū al-Fīyalah fī Yawmi ‘Arafah)"Waspadalah terhadap ‘gajah-gajah’ pada Hari...
26/05/2026

اِحْذَرُوا الْفِيلَةَ فِي يَوْمِ عَرَفَة
(Iḥẓarū al-Fīyalah fī Yawmi ‘Arafah)
"Waspadalah terhadap ‘gajah-gajah’ pada Hari ‘Arafah."

Sempena menyambut Hari ‘Arafah yang penuh keberkatan — lebih istimewa apabila negeri Terengganu mengisytiharkan 9 Zulhijjah sebagai cuti umum, demi memuliakan hari yang agung ini serta memberi ruang kepada rakyat untuk menghidupkannya dengan amal soleh — marilah kita merenungi sebuah ungkapan hikmah Arab yang sarat makna:

اِحْذَرُوا الْفِيلَةَ فِي يَوْمِ عَرَفَة
"Waspadalah terhadap ‘gajah-gajah’ pada Hari ‘Arafah’."

Ungkapan ini membawa maksud yang mendalam:

Janganlah perkara-perkara yang memukau, mengasyikkan dan melalaikan mengalih perhatian kita daripada sesuatu yang paling utama pada waktu yang paling berharga.

Dikisahkan bahawa suatu hari, Imam Malik رحمه الله sedang menyampaikan pengajian di Masjid Nabawi. Para pelajarnya duduk mengelilingi beliau dengan penuh khusyuk dan tekun. Tiba-tiba kedengaran suara seseorang berteriak:

"Seekor gajah besar telah tiba di Madinah!"

Ketika itu, penduduk Madinah belum pernah melihat gajah kerana haiwan tersebut bukan daripada lingkungan mereka. Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak, para pelajar segera meninggalkan majlis ilmu untuk menyaksikan gajah tersebut.

Namun, hanya seorang yang tetap duduk tidak berganjak — Yahya bin Yahya al-Laythi.

Lalu Imam Malik bertanya:

"Mengapa kamu tidak keluar melihat gajah itu, sedangkan di negerimu juga tiada gajah?"

Yahya menjawab dengan penuh hikmah:

"Sesungguhnya aku datang merantau untuk bertemu Imam Malik, bukan untuk melihat gajah."

Jawapan yang ringkas, tetapi besar maknanya.

Imam Malik amat menghargai kebijaksanaan dan keteguhan pendiriannya, lalu memuliakannya dengan gelaran:

"Orang paling bijaksana dari Andalusia."

Akhirnya, riwayat beliau terhadap Al-Muwatta’ menjadi antara riwayat paling masyhur dan dijadikan rujukan utama sepanjang sejarah.

Apakah pengajarannya buat kita pada Hari ‘Arafah?

Hari ‘Arafah ialah antara hari paling agung dalam setahun; hari yang dipenuhi rahmat, keampunan dan pengharapan agar doa-doa diangkat serta dimakbulkan.

Namun, setiap zaman memiliki “gajah-gajahnya” yang tersendiri.

Pada hari ini, “gajah-gajah” itu mungkin berupa:

• Media sosial, internet dan arus trend yang melalaikan.
• Hiburan berlebihan yang mencuri masa dan kelalaian.
• Pertelingkahan sia-sia, gosip, perdebatan kosong serta perkara yang tidak mendatangkan manfaat.
• Kesibukan dunia yang kecil, tetapi merampas perhatian daripada sesuatu yang jauh lebih besar.

Jangan sampai kita menjadi seperti mereka yang meninggalkan majlis ilmu demi melihat gajah — sedangkan kita meninggalkan saat-saat mustajab demi perkara yang tidak membawa manfaat.

Kesimp**annya:

Berhati-hatilah agar “gajah-gajah dunia” tidak merampas detik-detik paling bernilai dalam setahun, sehingga kita terlalai daripada berdoa, berzikir, beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Semoga Hari ‘Arafah kali ini menjadi titik kembalinya hati, penyucian jiwa dan pembuka pintu rahmat buat kita semua.

Selamat Menyambut Hari ‘Arafah 1447H

Pengarah JPINT
9 Zulhijjah 1447H

🌙 Hari Arafah 1447H 🌙Hari Arafah bukan sekadar detik wukuf di Padang Arafah, bahkan menjadi peluang terbaik buat seluruh...
25/05/2026

🌙 Hari Arafah 1447H 🌙

Hari Arafah bukan sekadar detik wukuf di Padang Arafah, bahkan menjadi peluang terbaik buat seluruh umat Islam untuk memperbanyakkan doa, zikir, taubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT:

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagi kamu, dan telah Aku redai Islam sebagai agamamu.”
(Surah Al-Ma’idah: 3)

Marilah kita merebut kelebihan Hari Arafah dengan memperbanyakkan amalan soleh serta memperkukuhkan ukhuwah dan tarbiah dalam kehidupan seharian.

✨ Semoga setiap doa yang dipanjatkan diangkat dan diperkenankan oleh Allah SWT. ✨

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu


MESYUARAT PENGURUSAN JABATAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI TERENGGANU (JPINT) BIL. 2 TAHUN 2026🗓️ Tarikh: 25 Mei 2026 (ISNIN)🕙...
25/05/2026

MESYUARAT PENGURUSAN JABATAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI TERENGGANU (JPINT) BIL. 2 TAHUN 2026

🗓️ Tarikh: 25 Mei 2026 (ISNIN)
🕙 Masa: 9.00 Pagi
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 4 JHEAT

📌 AGENDA MESYUARAT:
1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara Berbangkit
4. Pembentangan Laporan daripada Setiap Bahagian
5. Hal-Hal Lain
6. Penutup

Antara perkara yang dibincangkan adalah menyentuh berkenaan;

1. Mematuhi prosedur kewangan amat penting bagi memastikan tadbir urus organisasi yang telus, berintegriti dan berakauntabiliti.

2. Pengurusan dan pembangunan pelajar di Pusat Tafaqquh Fi al-Din

3. Cadangan penawaran subjek Prinsip Perakaunan dan Matematik Tambahan di SMIDI Besut

4. Merangka penubuhan Jawatankuasa Penilaian Kurikulum Negeri bagi mendapatkan pengiktirafan rasmi Sijil Syahadah MTQT dan Sijil SIDI

5. Keberkesanan bimbingan UPJK dan Bahagian Akademik telah membuahkan hasil dengan peningkatan kualiti pengurusan panitia

6. Pengurusan institusi pendidikan juga diperkukuh dengan proses pendaftaran rasmi empat buah SRIDI (Kota Putera, Permaisuri, PB, dan Kuala Berang)

🔴 IKLAN PENGAMBILAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG9 SECARA "CONTRACT OF SERVICE" DI BAWAH JABATAN PENDIDIKAN IS...
24/05/2026

🔴 IKLAN PENGAMBILAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG9 SECARA "CONTRACT OF SERVICE" DI BAWAH JABATAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI TERENGGANU (JPINT) TAHUN 2026🔴

Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempelawa calon yang berkelayakan dan berminat yang telah menamatkan pengajian dan telah memperoleh keputusan senat universiti pada tarikh tutup hebahan ini untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara "Contract Of Service" di Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT)

Bagi urusan permohonan, sila layari:
https://www.facebook.com/JabatanPendidikanIslamNegeriTerengganu

https://jheat.terengganu.gov.my/
TARIKH PERMOHONAN DIBUKA:
25 Mei 2026 (Isnin) hingga 07 Jun 2026 (Ahad) Jam 12 tengah hari.

🏆 TAHNIAH PARA JUARA MASMAT 2026 Siri 1🏆Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu (MASMAT) ...
22/05/2026

🏆 TAHNIAH PARA JUARA MASMAT 2026 Siri 1🏆

Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu (MASMAT) 2026 Siri 1 telah melabuhkan tirainya dengan penuh semangat kesukanan, disiplin serta persaingan sihat antara sekolah-sekolah menengah agama seluruh negeri Terengganu.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan yang berjaya muncul sebagai juara bagi acara yang dipertandingkan:

🥇 Ping-Pong Lelaki
🏓 SMA Al-Falah

🥇 Ping-Pong Perempuan
🏓 SMA (A) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA)

🥇 Badminton Perempuan
🏸 SMA Mahmudiah

Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar sekolah agama bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mampu menyerlah dalam bidang sukan dengan semangat juang, disiplin dan daya saing yang tinggi.

📢 Jangan lupa nantikan MASMAT 2026 Siri 2 yang akan berlangsung pada 11 hingga 13 Jun 2026 bertempat di:

📍 SMIDI Besut
📍 SMA Ittifakiah
📍 SMA Maarif

Pastinya lebih banyak aksi menarik, persaingan hebat dan semangat kesukanan bakal disaksikan!

✨ “Berilmu. Berinovasi. Beradab.” ✨



TAKLIMAT GARIS PANDUAN KESELAMATAN SEKOLAHSatu Taklimat Garis Panduan Keselamatan Sekolah telah berjaya dilaksanakan sec...
21/05/2026

TAKLIMAT GARIS PANDUAN KESELAMATAN SEKOLAH

Satu Taklimat Garis Panduan Keselamatan Sekolah telah berjaya dilaksanakan secara atas talian dengan penglibatan pihak pengurusan dan warga sekolah bagi memperkukuhkan aspek keselamatan di sekolah-sekolah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT).

Program ini bertujuan memberi kefahaman berkaitan garis panduan keselamatan sekolah, memastikan pelaksanaan aspek keselamatan berjalan secara teratur dan berkesan, meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan keselamatan serta mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan sejahtera meliputi kawasan sekolah, asrama serta pengendalian kes disiplin murid.

Taklimat telah disampaikan oleh pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan dianjurkan oleh Pengurusan Sekolah, Bahagian Operasi JPINT.

Semoga usaha ini dapat memperkukuhkan budaya keselamatan serta melahirkan persekitaran pendidikan yang harmoni, selamat dan diberkati.


MESYUARAT PENYELARASAN BERKAITAN CADANGAN KEMASUKAN MURID BERUMUR 6 TAHUN KE TAHUN 1 SRIDI BAGI SESI 2027Satu Mesyuarat ...
21/05/2026

MESYUARAT PENYELARASAN BERKAITAN CADANGAN KEMASUKAN MURID BERUMUR 6 TAHUN KE TAHUN 1 SRIDI BAGI SESI 2027

Satu Mesyuarat Penyelarasan Berkaitan Cadangan Kemasukan Murid Berumur 6 Tahun ke Tahun 1 Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) bagi sesi 2027 telah diadakan dengan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Ahmad Shah bin Muhamed, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan.

Mesyuarat ini melibatkan kehadiran Pengarah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT), Penolong Setiausaha Kerajaan Unit Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, pegawai-pegawai daripada JPINT serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).

Perbincangan tertumpu kepada persiapan, keperluan serta aspek pelaksanaan yang perlu diberi perhatian sebelum menerima kemasukan murid seawal usia 6 tahun ke SRIDI bermula sesi 2027.

Semoga segala perancangan dan usaha yang dilaksanakan ini dapat memperkukuhkan sistem pendidikan Islam di Terengganu serta memberi manfaat besar kepada anak-anak dan generasi masa hadapan.


🏓 SEDANG BERLANGSUNG 🏸Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu (MASMAT) 2026 kini sedang b...
21/05/2026

🏓 SEDANG BERLANGSUNG 🏸

Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu (MASMAT) 2026 kini sedang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat melibatkan sekolah-sekolah menengah agama seluruh negeri Terengganu.

Antara acara yang berlangsung hari ini ialah pertandingan Ping-Pong Lelaki, Ping-Pong Perempuan dan Badminton Perempuan yang menyaksikan persaingan sengit serta semangat kesukanan tinggi dalam kalangan para peserta.

📍 Lokasi pertandingan:
🏓 Ping-Pong Perempuan
📌 Dewan SMA Khairiah

🏓 Ping-Pong Lelaki
📌 Dewan SMA Sultan Zainal Abidin Ladang

🏸 Badminton Perempuan
📌 Dewan Badminton SBS One, Gong Kapas
📌 Dewan Badminton Dr Sulaiman

🗓️ Tarikh: 21 – 22 Mei 2026

⏰ Peringkat kump**an berlangsung bermula jam 10.00 pagi pada 21 Mei 2026, diikuti aksi suku akhir pada jam 8.00 malam.

🔥 Perlawanan separuh akhir dan akhir p**a diteruskan pada 22 Mei 2026 bermula jam 8.00 pagi.

Semoga kejohanan ini menjadi medan melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah aktif dalam bidang sukan selaras dengan aspirasi “Berilmu. Berinovasi. Beradab.”




Address

Kuala

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 16:30

Telephone

+6096252525

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu:

Share