Kuala Selangor Indah Dan Bersejarah

Kuala Selangor Indah Dan Bersejarah Kuala Selangor ini dianggap bumi bertuah kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah

04/12/2014
Kepada anak-anak muda yang berbakat dan berminat menjadi sebahagian dari pasukan Red Giants, penglibatan anda amat dialu...
24/10/2014

Kepada anak-anak muda yang berbakat dan berminat menjadi sebahagian dari pasukan Red Giants, penglibatan anda amat dialu-alukan.

Y.A.M Tengku Bendahara Selangor - Almarhum Tengku Datuk Azman Shah Al-Haj Ibni Almarhun Sultan Hisham'uddin Alam Shah Al...
24/03/2014

Y.A.M Tengku Bendahara Selangor - Almarhum Tengku Datuk Azman Shah Al-Haj Ibni Almarhun Sultan Hisham'uddin Alam Shah Al-Haj,

Diputerakan di Klang, Selangor, pada 1 Jan 1931, mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Klang kemudian mendapatkan pendidika menengah di Martab Melayu Kuala Kangsar.

Menerima gelar daripada Paduka Ayahandanya sebagai Tengku Bendahara bersama kekanda dan adindanya iaitu :-

Y.A.M Tengku Abdul Aziz Shah - Raja Muda Selangor
Y.A.M Tengku Badli Shah - Tengku Laksamana Selangor - 13 May 1959,
Y.A.M. Tengku Ismail Shah - Tengku Panglima Besar - 13 May 1959, kemudian bergelar Tengku Besar Putra pada 28 Jun 1961.

Diberikan Amanah dan Tanggungjawab sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Selangor.

Bersurikan Tengku Thuraya binti Sultan Ibrahim IV pada 27 September 1950.

Mangkat pada 23 Mac 2014 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Gambar menunjukkan Tengku Azman Shah (kanan) sedang melihat contoh kilang di Klang. Di sebelah kiri ialah Pegawai Daerah Klang, Encik Johan bin Yassin.

feri Kuala Selangor sebelum terbinanya jambatan Kuala Selangor.
20/03/2014

feri Kuala Selangor sebelum terbinanya jambatan Kuala Selangor.

Setem Pemerintahan Sultan Selangor iaitu Paduka Sri Sultan Ala'uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa.Setem in...
13/01/2014

Setem Pemerintahan Sultan Selangor iaitu Paduka Sri Sultan Ala'uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa.
Setem ini dikeluarkan sekitar tahun 1936

Negeri Bersultan Rakyat Beraja,Kekal Subur Sepanjang Masa,Bukan Hanya Simbol Biasa,Raja Berperanan Menyatukan Warga,Raja...
06/01/2014

Negeri Bersultan Rakyat Beraja,
Kekal Subur Sepanjang Masa,
Bukan Hanya Simbol Biasa,
Raja Berperanan Menyatukan Warga,

Raja Dilihat Sebagai Dewata,
Raja Memerintah Adil dan Saksama
Diiktiraf Sebagai Ketua Agama.

KEDAULATAN NEGERI SELANGOR TERBUKTI DENGAN KEGAGAHAN PADUKA SRI SULTAN IBRAHIM SHAH YANG GAGAH PERKASA MERAMPAS PUSAT PE...
06/12/2013

KEDAULATAN NEGERI SELANGOR TERBUKTI DENGAN KEGAGAHAN PADUKA SRI SULTAN IBRAHIM SHAH YANG GAGAH PERKASA MERAMPAS PUSAT PEMERINTAHAN KESULTANAN SELANGOR DARI BELANDA.

Paduka Sri Sultan Selangor, Sultan Ibrahim Shah yang sangat terkenal dengan Gagah Perkasa telah berjaya merampas semula NEGERI SELANGOR dari tangan Belanda. Kejayaan baginda ini dicapai dengan mendapat bantuan bala tentera Bendahara Abdul Majid dari Pahang dan Raja Haji yang merupakan Yang Dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau-Lingga (1777 – 1784) yang jua merupakan bapa saudara kepada baginda.

Selangor mula dikuasai oleh Belanda pada bulan Ogos 1784. Kekalahan Sultan Selangor berpunca dari kekurangan bala tentera kerana tentera baginda telah ditugaskan membantu Raja Haji dalam peperangan mengusir penceroboh-penceroboh Belanda dari Empayar Johor – Riau. Pencerobohan Belanda di Empayar Johor – Riau telah melanggar perjanjian persahabatan di antara Raja Haji dengan pihak Belanda.

Sebagai membalas tindakan Belanda, Raja Haji telah membatalkan perjanjian tersebut dan membantu Sultan Selangor memerangi penempatan-penempatan Belanda di Melaka. Dalam peperangan ini Belanda mengalami banyak kekalahan dan terpaksa menghadapi kesulitan mendapatkan bekalan makanan. Walaubagaimanapun peperangan ini terpaksa dihentikan kerana kematian Raja Haji dan beberapa orang pahlawan Bugis yang lain pada 18 Jun 1784.

Sungguhpun demikian baginda tidak berputus asa untuk mendapatkan semula Selangor dari tangan Belanda. Dengan bantuan Bendahara Pahang baginda telah menyusun semula segala bala tentera untuk menentang Belanda. Baginda bersama mentuanya iaitu Bendahara Abdul Majid berjaya mengalahkan dan mengusir Belanda dari Selangor.

Dengan kejayaan ini maka tamatlah pengaruh Belanda di Selangor dan baginda berkuasa semula maka berkibarlah semula Bendera Negeri Selangor di atas Bukit Malawati. Tanpa Kemenangan Baginda mungkin tidak akan ada Kesultanan Selangor kini dari Benih Warisan baginda.

PROGRAM PROMOSI PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR
20/11/2013

PROGRAM PROMOSI PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR

ladang kelapa Kuala Selangor (Gambar 1930)
04/10/2013

ladang kelapa Kuala Selangor (Gambar 1930)

Address

Kuala
45000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kuala Selangor Indah Dan Bersejarah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share