Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu Info Unit Perhubungan Awam JKDM Terengganu

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga semanga...
26/05/2026

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga semangat pengorbanan ini terus menyatukan ukhuwah serta memperkukuhkan nilai kasih sayang dan kebersamaan dalam masyarakat.

Semoga setiap pengorbanan dan amal ibadah kita diterima serta dikurniakan keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan buat semua.

โ€œSesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.โ€

Di kesempatan yang penuh barakah ini, kami mengucapkan:
Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada
Tuan Hasbollah bin Din, Pengarah Kastam Negeri Terengganu dan seluruh warga JKDM Terengganu.




ยฉ 2026 Cawangan Pengurusan Latihan & Korporat | JKDM Terengganu

๐ŸŒ™ ๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐€๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ก ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐ŸŒ™Hari Arafah merupakan hari penuh keberkatan, keampunan dan rahmat buat seluruh umat Islam. Ma...
25/05/2026

๐ŸŒ™ ๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐€๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ก ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐ŸŒ™

Hari Arafah merupakan hari penuh keberkatan, keampunan dan rahmat buat seluruh umat Islam. Marilah kita memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta amalan kebaikan semoga segala amal diterima dan dipermudahkan segala urusan.

โ€œSebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.โ€
โ€” Hadis Riwayat Tirmizi

Semoga kita semua dikurniakan keampunan, ketenangan jiwa dan keberkatan hidup di dunia serta akhirat.

Ikhlas daripada
Tuan Hasbollah bin Din, Pengarah Kastam Negeri Terengganu dan seluruh warga JKDM Terengganu.




ยฉ 2026 Cawangan Pengurusan Latihan & Korporat | JKDM Terengganu

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐„๐Œ๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐†๐€๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„ ๐‡๐€๐ƒ๐€๐๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€ ๐๐„๐Œ๐€๐๐†๐Š๐” ๐‘๐€๐‰๐€ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”KUALA TERENGGANU, 18 MEI 2026 โ€” YBhg. Datoโ€™ Ha...
18/05/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐„๐Œ๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐†๐€๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„ ๐‡๐€๐ƒ๐€๐๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€ ๐๐„๐Œ๐€๐๐†๐Š๐” ๐‘๐€๐‰๐€ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”

KUALA TERENGGANU, 18 MEI 2026 โ€” YBhg. Datoโ€™ Haji Amran bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam telah mendapat perkenan menerima mengadap daripada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu.

Majlis Sembah Mengadap ini juga turut diiringi oleh Tuan Hasbollah bin Din selaku Pengarah Kastam Negeri, PKPK I Tuan Mohd Fauzi bin Ismail, Puan Kamilah binti Ali, PPK Muhammad Firdaus bin Hussain dan P*K Zubaidah binti Omar Law.




ยฉ 2026 Cawangan Pengurusan Latihan & Korporat | JKDM Terengganu

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—๐—จ๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ง๐—”๐—  ๐—ž๐—˜ ๐—๐—ž๐——๐—  ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”KUALA TERENGGANU, 17 Mei 2026 โ€“ YBhg. Datoโ€™ Haji Amran bin Haji...
18/05/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—๐—จ๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ง๐—”๐—  ๐—ž๐—˜ ๐—๐—ž๐——๐—  ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”

KUALA TERENGGANU, 17 Mei 2026 โ€“ YBhg. Datoโ€™ Haji Amran bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam telah mengadakan lawatan mengejut ke JKDM Terengganu bagi meninjau sendiri operasi harian serta tahap kesiapsiagaan warga kerja di lapangan.

Lawatan tersebut bertujuan memastikan penyampaian perkhidmatan dan pelaksanaan tugasan penguatkuasaan berjalan lancar serta mematuhi standard operasi yang ditetapkan jabatan.

Lawatan ini turut memberi ruang kepada beliau untuk berinteraksi bersama pegawai dan anggota selain menilai aspek pengurusan, penguatkuasaan serta kemudahan di premis jabatan.

Dalam sesi bersama pegawai dan anggota, beliau turut menekankan aspek disiplin, integriti serta komitmen berterusan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi memperkukuh imej serta kredibiliti Jabatan Kastam Diraja Malaysia.




ยฉ 2026 Cawangan Pengurusan Latihan & Korporat | JKDM Terengganu

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐†Tahniah dan selamat datang ke JKDM Terengganu. Semoga kehadiran tuan membawa semangat dan keceme...
13/05/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐†

Tahniah dan selamat datang ke JKDM Terengganu. Semoga kehadiran tuan membawa semangat dan kecemerlangan baharu.

Ikhlas daripada
Tuan Hasbollah bin Din, Pengarah Kastam Negeri Terengganu dan seluruh warga JKDM Terengganu.




ยฉ 2026 Cawangan Pengurusan Latihan & Korporat | JKDM Terengganu

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Selamat Menyambut Hari Ibu kepada seluruh insan bergelar ibu yang sentiasa menjadi sumber kasih say...
10/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Selamat Menyambut Hari Ibu kepada seluruh insan bergelar ibu yang sentiasa menjadi sumber kasih sayang, kekuatan dan inspirasi dalam kehidupan.

Semoga Allah sentiasa mengurniakan ibu kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan dan rezeki yang melimpah. Tiada hadiah yang mampu membalas segala jasa ibu, namun kasih dan penghargaan kami untuk ibu akan sentiasa kekal hingga ke akhir hayat.

Bertepatan dengan tema โ€œSeteguh KASIH Ibuโ€, marilah kita bersama menghargai jasa dan pengorbanan setiap ibu yang sentiasa mendidik, membimbing dan mencurahkan kasih tanpa syarat.

Ikhlas daripada
Tuan Hasbollah bin Din, Pengarah Kastam Negeri Terengganu dan seluruh warga JKDM Terengganu.




ยฉ 2026 Cawangan Pengurusan Latihan & Korporat | JKDM Terengganu

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€Usaha anda mencerminkan kecemerlangan. Teruskan berbakti dengan penuh dedikasi.Teruskan melangkah ma...
30/04/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€

Usaha anda mencerminkan kecemerlangan. Teruskan berbakti dengan penuh dedikasi.

Teruskan melangkah maju dengan semangat dan iltizam yang tinggi.

"PEKERJA MADANI KESUMA BANGSA"

Ikhlas daripada
Tuan Hasbollah bin Din,
Pengarah Kastam Negeri Terengganu
dan seluruh warga JKDM Terengganu.




ยฉ 2026 Cawangan Pengurusan Latihan & Korporat | JKDM Terengganu

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ (๐๐„๐๐†๐”๐€๐“๐Š๐”๐€๐’๐€๐€๐/๐๐„๐Œ๐€๐“๐”๐‡๐€๐) ๐Š๐„ ๐‰๐Š๐ƒ๐Œ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”KUALA TERENGGANU, 27 APRIL 202...
29/04/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ (๐๐„๐๐†๐”๐€๐“๐Š๐”๐€๐’๐€๐€๐/๐๐„๐Œ๐€๐“๐”๐‡๐€๐) ๐Š๐„ ๐‰๐Š๐ƒ๐Œ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”

KUALA TERENGGANU, 27 APRIL 2026 โ€“ Puan Almirulita binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) telah mengadakan lawatan kerja ke JKDM Terengganu. Dalam lawatan tersebut, beliau turut mempengerusikan Taklimat Pemantauan Prestasi Bahagian Penguatkuasaan Terengganu yang berlangsung di Wisma Kastam Terengganu.

Seterusnya, beliau mengunjungi Stor Penguatkuasaan di Panji Alam, Kuala Terengganu bagi meninjau sendiri keadaan fasiliti penyimpanan, tahap keselamatan serta pengurusan barang kes yang dirampas oleh pihak penguatkuasaan.

Lawatan ini bertujuan memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi, di samping mengenal pasti keperluan penambahbaikan dalam aspek logistik dan pentadbiran stor.

Beliau juga berkesempatan berinteraksi dengan pegawai dan anggota di lapangan bagi mendengar pandangan serta cabaran yang dihadapi, sekali gus memberikan suntikan semangat kepada warga JKDM Terengganu untuk terus meningkatkan prestasi dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab.





ยฉ 2026 Cawangan Pengurusan Latihan & Korporat | JKDM Terengganu

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”!Merafak sembah serta setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan...
25/04/2026

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”!

Merafak sembah serta setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Terengganu pada 26 April 2026 bersamaan 08 Zulkaedah 1447H.

Semoga Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang melanjutkan usia Tuanku dan melimpahkan rahmat kepada Tuanku sekeluarga serta seluruh Negeri Terengganu hendakNya.

Sembah takzim daripada Pengarah Kastam Negeri serta seluruh warga JKDM Terengganu.





ยฉ 2026 Cawangan Pengurusan Latihan & Korporat | JKDM Terengganu

๐’๐˜๐€๐๐€๐’ & ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐“๐”๐€๐ ๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ.๐…๐€๐ƒ๐ˆ๐‹ ๐๐ˆ๐ ๐Œ๐”๐‡๐€๐Œ๐€๐ƒ ๐˜๐”๐๐”๐’ ๐€๐“๐€๐’ ๐Š๐„๐๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐“KUALA TERENGGANU, 23 APRIL 2026 โ€“ Majlis thumbpr...
23/04/2026

๐’๐˜๐€๐๐€๐’ & ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐“๐”๐€๐ ๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ.๐…๐€๐ƒ๐ˆ๐‹ ๐๐ˆ๐ ๐Œ๐”๐‡๐€๐Œ๐€๐ƒ ๐˜๐”๐๐”๐’ ๐€๐“๐€๐’ ๐Š๐„๐๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐“

KUALA TERENGGANU, 23 APRIL 2026 โ€“ Majlis thumbprint terakhir Tuan Mohd. Fadil bin Muhamad Yunus di JKDM Terengganu diadakan sebelum beliau melaporkan diri di tempat baharu pada 27 April 2026 sebagai Timbalan Pengarah Kastam, Cawangan Narkotik, Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat.

Sepanjang 18 tahun perkhidmatan di JKDM Terengganu, beliau telah menunjukkan komitmen tinggi serta melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

Pemergian beliau amat dirasai dan merupakan satu kehilangan besar kepada seluruh warga JKDM Terengganu. Walau bagaimanapun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Pihak jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, bimbingan serta kepimpinan yang telah dicurahkan.

Selamat maju jaya di tempat baharu dan tahniah atas kenaikan pangkat.




ยฉ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง & ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ | ๐‰๐Š๐ƒ๐Œ ๐“๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ฎ

Address

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu, Wisma Kastam
Kuala
20300KUALATERENGGANU

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096204251

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu:

Share