Pejabat Penerangan Daerah Kuala Selangor

Pejabat Penerangan Daerah Kuala Selangor Pejabat Penerangan Daerah Kuala Selangor

29/05/2026

🚨 Jangan sebar, jangan kongsi 🚨

Menyebarkan kandungan lucah adalah kesalahan di bawah Akta Komunikasi & Multimedia. ❌

Tindakan tegas boleh dikenakan terhadap pesalah. ⚖️




29/05/2026
29/05/2026
29/05/2026
29/05/2026
29/05/2026
29/05/2026

📢 Pelarasan Harga Runcit Petroleum
28 Mei - 3 Jun 2026

Harga runcit Diesel di Semenanjung Malaysia serta harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi dan RON97 bagi minggu ini diturunkan berikutan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa minggu terdahulu.

Namun begitu, penurunan ini tidak menandakan tekanan pasaran petroleum global telah reda kerana ketidaktentuan pasaran susulan konflik di Asia Barat yang berlarutan lebih 12 minggu masih berterusan.

Penetapan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 28 Mei 2026 hingga 3 Jun 2026 adalah :

⛽ RON97 ⬇️ 20 sen pada → RM4.65 seliter
⛽ RON95 tanpa subsidi ⬇️ 15 sen pada → RM3.92 seliter
⛽ RON95 bersubsidi (BUDI95) ➡️ kekal RM1.99 seliter
⛽ Petrol bersubsidi (SKPS) ➡️ kekal pada RM2.05 seliter
🚛 Diesel Semenanjung Malaysia ⬇️ 10 sen pada RM4.87 seliter
🚛 Diesel Bersubsidi (SKDS) ➡️ kekal pada RM2.15 seliter
🚛 Diesel Sabah, Sarawak & Labuan ➡️ kekal pada RM2.15 seliter

Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

29/05/2026

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 148 ekor lembu sempena ibadah korban Hari Raya Aidiladha tahun ini untuk diagihkan kepada rakyat di seluruh Johor.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kurniaan itu mencerminkan kasih sayang, keprihatinan serta kedekatan Institusi Diraja Johor yang sentiasa mengutamakan kebajikan Bangsa Johor.

Berita penuh di https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2562097

29/05/2026

Sewaktu panggilan telefon dengan rakan sejawat saya dari Pakistan, Shehbaz Sharif, kami berbincang mengenai pelbagai perkembangan serantau dan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Pakistan yang sekian lama terjalin erat.

Saya turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada beliau serta rakyat Pakistan, dengan harapan semoga semangat pengorbanan dan persaudaraan terus memperkukuh keamanan dan kesejahteraan ummah.

Kami menyentuh perkembangan positif rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat, termasuk perbincangan berkaitan pembukaan semula Selat Hormuz yang amat penting kepada kestabilan perdagangan dan keselamatan serantau lantas saya menyatakan penghargaan Malaysia akan peranan Pakistan dalam usaha pengantaraan berterusan serta kesediaannya menjadi tuan rumah bagi rundingan seterusnya.

Dalam hubungan ini, Malaysia kekal berpendirian bahawa segala pertikaian perlu diselesaikan melalui dialog, diplomasi dan pendekatan damai demi menjamin kestabilan rantau Asia Barat.

Kami juga berbincang mengenai kepentingan masyarakat antarabangsa bersuara dan mengambil langkah tegas untuk menghentikan keganasan dan kekejaman Israel terhadap orang awam di Gaza dan Lebanon.

Insya-Allah, hubungan Malaysia dan Pakistan akan terus diperkukuh berlandaskan semangat persahabatan, saling menghormati dan komitmen bersama terhadap keamanan serta kemakmuran sejagat.



Address

No 16 & 18, Jalan Semarak, Bandar Malawati
Kuala
45000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60332891644

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penerangan Daerah Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Penerangan Daerah Kuala Selangor:

Share