Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Terengganu

  • Home
  • Malaysia
  • Kuala
  • Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Terengganu

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Terengganu Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Terengganu
(2)

HEBAHAN ‼️‼️‼️SILA AMBIL PERHATIAN WARGA SEKITAR TERENGGANU DAN SEMUA PENGUNJUNG YANG DATANG KE KUALA TERENGGANU !!!01 &...
28/04/2026

HEBAHAN ‼️‼️‼️

SILA AMBIL PERHATIAN WARGA SEKITAR TERENGGANU DAN SEMUA PENGUNJUNG YANG DATANG KE KUALA TERENGGANU !!!

01 & 02 BULAN LIMA TAHUN 2026

PENUTUPAN JALAN BAGI TARIKH DIATAS 👆🏽👆🏽👆🏽

LEBIH DETAIL SILA BACA 👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽

KERJASAMA ANDA SEMUA AMATLAH KAMI HARGAI



28/04/2026
RANCANG PERJALANAN ANDA 💫
27/04/2026

RANCANG PERJALANAN ANDA 💫

UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAEDAH BAYARAN SAMAN BAHARU YANG BERKUATKUASA 01 JANUARI 2026
22/04/2026

UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAEDAH BAYARAN SAMAN BAHARU YANG BERKUATKUASA 01 JANUARI 2026

17/04/2026
NOTIS PEMBERITAHUAN KEPADA ORANG RAMAIJabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) menyampaikan *NO...
06/04/2026

NOTIS PEMBERITAHUAN KEPADA ORANG RAMAI

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) menyampaikan *NOTIS PEMBERITAHUAN* kepada orang ramai bahawa memandu di bawah pengaruh alkohol adalah SATU KESALAHAN di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perbuatan ini merupakan kesalahan serius yang boleh mengakibatkan kemalangan serta membahayakan nyawa diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

JSPT KL sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan serta penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan keselamatan di jalan raya sentiasa terpelihara.

Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memandu dalam keadaan mabuk.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab dan tidak memandu selepas mengambil alkohol. Gunakan alternatif seperti pemandu gantian atau perkhidmatan e-hailing.

Ingatlah, pandu dengan selamat. Nyawa lebih berharga. 🚔




Memandu tanpa lesen di Malaysia adalah satu kesalahan serius di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini bukan sekadar sa...
06/04/2026

Memandu tanpa lesen di Malaysia adalah satu kesalahan serius di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini bukan sekadar saman biasa ia melibatkan risiko undang-undang dan kewangan yang besar, terutama jika berlaku kemalangan.

Kesalahan memandu tanpa lesen

Jika ditangkap:
• Boleh dikenakan denda sehingga RM2,000
• Atau penjara sehingga 6 bulan
• Atau kedua-duanya sekali
• Kenderaan juga boleh disita dalam situasi tertentu

Implikasi jika berlaku kemalangan

1. Insurans tidak cover
• Polisi insurans biasanya terbatal secara automatik
• Anda perlu tanggung semua kos:
• Baiki kereta sendiri
• Ganti rugi kereta/orang lain
• Kos hospital mangsa

2. Liabiliti undang-undang
• Boleh didakwa atas kecuaian atau kesalahan lebih berat
• Jika melibatkan kecederaan/kematian, kes boleh jadi serius (contoh: cuai hingga menyebabkan kematian)

3. Rekod jenayah & masa depan
• Rekod kesalahan boleh jejaskan:
• Permohonan kerja
• Pinjaman
• Reputasi diri

4. Tanggungjawab kepada pihak ketiga
• Jika orang lain cedera:
• Anda perlu bayar pampasan (boleh cecah puluhan atau ratusan ribu ringgit)

Kesimpulan

Memandu tanpa lesen mungkin nampak “biasa” bagi sesetengah orang, tapi risikonya sangat besar. Sekali berlaku kemalangan, kesannya boleh menghantui bertahun-tahun dari segi kewangan dan undang-undang.

TIADA KOMPROMI TERHADAP PEMANDU MABUK• Memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah adalah satu jenayah serius yang meng...
04/04/2026

TIADA KOMPROMI TERHADAP PEMANDU MABUK

• Memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah adalah satu jenayah serius yang mengancam nyawa. Anda bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah menjadi ancaman kepada semua pengguna jalan raya.

• Memandu dalam keadan mabuk boleh membawa kepada kematian, kecederaan parah, kecacatan kekal dan penderitaan seumur hidup kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain

• Tiada alasan. Tiada pengecualian. Penguatkuasaan akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang memandu dalam keadaan mabuk.

• Fikir sebelum memandu. Jika anda minum, jangan memandu.

• ⁠Ambil langkah bijak dengan menggunakan e-hailing atau mendapatkan pemandu alternatif.

• Ingat, satu kesilapan boleh menghancurkan masa depan anda dan meragut nyawa orang lain.

30/03/2026

🌐 www.terengganumarathon.com

✨ TERIMA KASIH! ✨
33,499 pelari telah mendaftar untuk Terengganu Marathon 2026 (TM26).
Sokongan anda semua memang luar biasa — Jumpa anda di Terengganu Marathon !

🎉 JOM MERIAHKAN TM26 RUNNING EXPO!
📍 Stadium Tertutup Gong Badak
📅 30 April – 2 Mei 2026

Datang dan nikmati:
🏃‍♂️ Pelbagai booth sukan & jenama terkenal
🔥 Promosi dan tawaran menarik sepanjang expo
🎤 Sesi perkongsian & ilmu berkaitan larian
👕 Pengambilan race kit untuk para peserta

🎈 Orang awam juga dijemput hadir!
Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama merasai kemeriahan expo TM26.

Sama ada anda pelari atau pengunjung, expo TM26 adalah tempat terbaik untuk run, explore & chill!

Jumpa anda di sana! 🙌




25/03/2026

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI POLIS KE-219

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Polis Ke-219 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta para veteran.

Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM, turut menzahirkan penghargaan di atas pengorbanan anggota polis yang sentiasa bersedia menjalankan tugas tanpa mengira masa dan keadaan demi keamanan serta kesejahteraan rakyat dan negara.

Sultan Ibrahim, bertitah pengorbanan warga PDRM yang sentiasa bersedia menjalankan tugas dalam apa jua keadaan, termasuk ketika musim perayaan dan situasi kecemasan, amat dihargai kerana mereka merupakan antara benteng utama keselamatan negara.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa melindungi seluruh warga pasukan polis dalam setiap tugas yang dilaksanakan.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda.



25/03/2026


Address

Jalan Sultan Omar
Kuala
20918

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share