Polis Daerah Kuala Terengganu

Polis Daerah Kuala Terengganu "POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"
Laman ini merupakan page Rasmi IPD Kuala Terengganu

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒAidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang...
26/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan demi memperoleh keredhaan Allah S.W.T. Semoga segala ibadah dan pengorbanan yang dilaksanakan diterima serta diberkati-Nya, di samping mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

YDH ACP Azli bin Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu bersama YBhg. Puan Tuan Noraizan binti Tuan Long, Pengerusi PERKEP IPD Kuala Terengganu, YDH Supt Wan Mohd Zaki bin Wan Ismail, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu bersama YBhg. Puan Norazreen binti Mohamed Noor, Naib Pengerusi PERKEP IPD Kuala Terengganu serta seluruh warga kerja Polis Daerah Kuala Terengganu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

Dalam kegembiraan menyambut Aidiladha, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan dengan mematuhi peraturan jalan raya, memandu secara berhemah serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Pastikan juga kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat serta sentiasa peka terhadap aspek keselamatan diri dan keluarga.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan buat semua.



SELAMAT MENYAMBUT HARI ARAFAH 1447HACP Azli bin Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu bersama Supt Wan Mohd Zak...
26/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI ARAFAH 1447H

ACP Azli bin Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu bersama Supt Wan Mohd Zaki bin Wan Ismail, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu serta seluruh warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Arafah 1447H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama merebut keberkatan hari yang penuh mulia ini dengan memperbanyakkan doa, zikir, istighfar, taubat serta amal ibadah sebagai tanda kehambaan kepada Allah S.W.T.

Semoga setiap doa yang dipanjatkan dikabulkan, setiap amalan diterima serta kita semua dikurniakan ketenangan hati, kesejahteraan hidup dan rahmat yang berpanjangan.





13/05/2026

Video Pilihan

Mesyuarat Permuafatan PDRM Kuala Terengganu Bersama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus


MESYUARAT PERMUAFAKATAN PDRM KUALA TERENGGANU BERSAMA PPD KUALA NERUS BIL. 1/2026Kuala Nerus, 13 Mei 2026 – Telah berlan...
13/05/2026

MESYUARAT PERMUAFAKATAN PDRM KUALA TERENGGANU BERSAMA PPD KUALA NERUS BIL. 1/2026

Kuala Nerus, 13 Mei 2026 – Telah berlangsung Mesyuarat Permuafakatan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Terengganu bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Nerus yang diadakan di Bilik Mesyuarat Aula Mestika, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli bin Mohd Noor bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Wan Mohd Zaki bin Wan Ismail, Ketua-Ketua Bahagian Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, pegawai-pegawai kanan PDRM Kuala Terengganu, pihak pengurusan PPD Kuala Nerus serta wakil pentadbir sekolah.

Penganjuran mesyuarat ini bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan dan disiplin pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, di samping memperkukuhkan pelaksanaan peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) serta mempererat hubungan strategik antara PDRM dan pihak pendidikan.

Selain itu, mesyuarat turut menjadi platform perkongsian maklumat berkaitan kes-kes semasa melibatkan pelajar, termasuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang ke arah merangka pendekatan pencegahan yang lebih efektif melalui pelaksanaan intervensi awal secara kolaboratif antara agensi.

Melalui permuafakatan ini, diharapkan jaringan kerjasama antara PDRM Kuala Terengganu dan PPD Kuala Nerus akan terus diperkukuhkan dalam usaha memastikan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan harmoni, seterusnya menyokong pembentukan sahsiah pelajar yang seimbang, berdisiplin dan holistik.

β€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiada”





πŸ₯‹πŸ”₯ KEJOHANAN KARATE PIALA KETUA POLIS TERENGGANU 2026 πŸ”₯πŸ₯‹Jom saksikan aksi penuh semangat, disiplin dan ketangkasan dalam...
07/05/2026

πŸ₯‹πŸ”₯ KEJOHANAN KARATE PIALA KETUA POLIS TERENGGANU 2026 πŸ”₯πŸ₯‹

Jom saksikan aksi penuh semangat, disiplin dan ketangkasan dalam Kejohanan Karate Piala Ketua Polis Terengganu 2026 yang menghimpunkan atlet-atlet karate yang berbakat. πŸ’ͺπŸΌπŸ†

πŸ“ Tempat: Dewan Seri Mayang, Aras 5, Mayang Mall

πŸ“… Tarikh: 12 Mei 2026 hingga 14 Mei 2026

Kejohanan ini dianjurkan bagi memupuk semangat kesukanan, disiplin serta mengeratkan hubungan antara peserta, komuniti dan agensi yang terlibat.
Ayuh hadir memeriahkan kejohanan dan berikan sokongan kepada para atlet yang bakal berentap merebut kejuaraan! πŸ‘ŠπŸΌπŸ”₯

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini khususnya rakan kerjasama strategik dan penaja.







KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KUALA TERENGGANU BERKENAAN PEMAKLUMAN LATIHAN POLIS DIRAJA MALAYSIA DI PULAU BIDONG.
05/05/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KUALA TERENGGANU BERKENAAN PEMAKLUMAN LATIHAN POLIS DIRAJA MALAYSIA DI PULAU BIDONG.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS BALAI CHENDERING DAN KETUA POLIS BALAI BATU RAKIT IPD KUALA TERENGGANUKuala Tereng...
04/05/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS BALAI CHENDERING DAN KETUA POLIS BALAI BATU RAKIT IPD KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu, 4 Mei 2026 – Telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Balai Chendering dan Ketua Polis Balai Batu Rakit, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu yang diadakan di Bilik Mesyuarat IPD Kuala Terengganu, pada pagi ini.

Bagi Balai Polis Chendering, penyerahan tugas telah dilaksanakan daripada KPB SM Abu Bakar bin Ahmad kepada SM Zulkefle bin Jusoh yang dilantik sebagai Ketua Polis Balai Chendering yang baharu.

Manakala bagi Balai Polis Batu Rakit, penyerahan tugas telah dilaksanakan daripada KPB SM Sheikh Mohamad Ali Aswad bin Shikh Mahamod kepada SM Noor Azman bin Arifin sebagai Ketua Polis Balai Batu Rakit yang baharu.

Majlis ini telah disaksikan oleh YDH ACP Azli bin Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu. Turut hadir ialah SUPT Wan Mohd Zaki bin Wan Ismail, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu bersama Ketua-Ketua Bahagian serta Ketua-Ketua Polis Balai IPD Kuala Terengganu.

Majlis ini juga diteruskan dengan penyampaian surat penghargaan kepada anggota yang menunjukkan prestasi cemerlang sebagai tanda pengiktirafan terhadap komitmen dan dedikasi dalam menjalankan tugas.

Majlis ini mencerminkan kesinambungan kepimpinan serta komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia dalam memastikan perkhidmatan kepolisan yang profesional, berintegriti dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat.

Seluruh warga IPD Kuala Terengganu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Balai yang dilantik serta mengucapkan selamat bertugas di tempat yang baharu kepada anggota yang bertukar, dan semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Address

Jalan Sultan Omar
Kuala Terengganu
20918

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share