Pejabat Perikanan Negeri Perlis

Pejabat Perikanan Negeri Perlis Pejabat Perikanan Negeri Perlis,Lot 636, Jalan Kuala Perlis
02000 Kuala Perlis, Perlis
Web : http://www2.dof.gov.my/perlis

05/06/2026

🌊 Laut yang kita warisi hari ini adalah amanah untuk generasi akan datang.

Penangkapan ikan secara haram, tidak dilaporkan dan tidak dikawal selia (IUU Fishing) memberi kesan besar kepada sumber perikanan negara, keseimbangan ekosistem marin serta jaminan bekalan makanan rakyat.

Sepanjang tahun 2020 hingga 2025, sebanyak 546 kes Vesel Penangkapan Ikan Asing (VNA) telah berjaya ditahan hasil usaha berterusan agensi penguatkuasaan negara.

Sempena International Day for the Fight Against Illegal, Unreported and Unregulated Fishing (IUU Fishing) pada 5 Jun 2026, marilah kita bersama-sama menghargai dan menyokong usaha melindungi khazanah laut negara demi masa depan yang lebih lestari.

🐟 Laut terpelihara, rezeki terjamin.
🇲🇾 Khazanah negara, tanggungjawab bersama.







05/06/2026

🌊 MEMBANTERAS IUU FISHING: TANGGUNGJAWAB BERSAMA DEMI MASA DEPAN PERIKANAN NEGARA 🇲🇾

Aktiviti IUU Fishing (Illegal, Unreported and Unregulated Fishing) bukan sahaja melanggar undang-undang, malah memberi kesan besar kepada kelestarian sumber perikanan negara. Penangkapan ikan secara haram dan tidak terkawal boleh menyebabkan kemusnahan habitat marin, pengurangan stok ikan serta mengancam sekuriti makanan negara. Selain itu, hasil tangkapan yang diperoleh secara tidak sah mewujudkan persaingan ekonomi yang tidak adil kepada nelayan tempatan yang mematuhi peraturan dan bergantung kepada sumber laut sebagai punca rezeki mereka.

Jabatan Perikanan Malaysia bersama agensi penguatkuasaan melalui Sinergi Operasi NAGA terus komited membanteras pencerobohan vesel asing dan aktiviti perikanan haram di perairan negara. Namun, usaha ini memerlukan sokongan semua pihak. Jadilah mata dan telinga negara dengan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan di laut serta memilih produk perikanan daripada sumber yang sah dan lestari. Setiap tindakan hari ini adalah pelaburan untuk memastikan sumber perikanan negara terus terpelihara demi generasi akan datang. 🐟⚓🌏







22/05/2026

Tilapia Dagu Hitam (Sarotherodon melanotheron) merupakan spesies ikan invasif yang sangat agresif, cepat membiak dan mampu hidup dalam pelbagai habitat termasuk air tawar, paya bakau serta muara sungai. Kehadirannya boleh mengganggu keseimbangan ekosistem dengan menyaingi spesies ikan tempatan dari segi makanan, habitat dan ruang hidup sehingga menjejaskan biodiversiti serta sumber perikanan negara.

Sebagai masyarakat yang prihatin terhadap kelestarian alam, elakkan pelepasan spesies asing ke perairan umum dan laporkan kehadiran Tilapia Dagu Hitam kepada pihak berkuasa sekiranya dikesan. Bersama kita lindungi ekosistem akuatik dan khazanah perikanan negara untuk generasi akan datang.







Repost :🇲🇾 PROGRAM KOLABORASI KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN LAUT MALAYSIA BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM📌8-10 Mei ...
13/05/2026

Repost :

🇲🇾 PROGRAM KOLABORASI KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN LAUT MALAYSIA BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM

📌8-10 Mei 2026
📌Maritim Negeri Kedah & Perlis, Bukit Malut, Langkawi

Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis telah menyelaraskan Program Kolaborasi Operasi Bersepadu Laut bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Hishamuddin Fitri bin Abu Hasan, Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis manakala taklimat operasi disampaikan oleh Kapten (M) Zainuddin bin Mohd Zuki, Timbalan Pengarah Operasi Negeri Kedah & Perlis.

Antara objektif program ini antaranya ialah:
1) Melaksanakan rondaan terkoordinasi melibatkan aset-aset APMM, PPM dan DOF bagi melaksanakan aktiviti pengawasan dan pemantauan aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi serta pengubahsuaian tangki minyak

2) Membanteras jenayah tanpa sempadan termasuk pengusiran PATI

3) Membanteras pencerobohan haram aktiviti menangkap ikan dan sumber laut (IUU Fishing) dan Vesel Nelayan Asing (VNA)

4) Memastikan perairan Zon Maritim Malaysia (ZMM) selamat dan aman untuk komuniti Maritim






Kuala Perlis, Perlis, 07 Mei 2026 - KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN KUMPULAN SASAR "BAIK PULIH ENJIN SANGKUT" Kursus Pening...
08/05/2026

Kuala Perlis, Perlis, 07 Mei 2026 - KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN KUMPULAN SASAR "BAIK PULIH ENJIN SANGKUT"

Kursus Peningkatan Kemahiran Kumpulan Sasar "Baik Pulih Enjin Sangkut" selama dua (2) hari telah berjaya dilaksanakan bertempat di Dewan Semarak Kg Warna Warni, Kuala Perlis dengan penyertaan daripada ahli myKomuniti Perikanan Kg Warna Warni(myKP) serta nelayan pantai sekitar Kuala Perlis, Perlis.

Kursus ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang iaitu En. Mohamad Yusri bin Yusoff dan juga En. Mohammad Ziad Harith bin Ahmad. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan berkaitan penyelenggaraan enjin bot, kaedah mengenal pasti kerosakan asas enjin, aspek keselamatan penggunaan enjin serta teknik penjagaan enjin yang betul bagi memastikan operasi penangkapan ikan dapat dijalankan dengan lebih selamat dan efisien.

Majlis penutup kursus turut dirasmikan oleh Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Perlis, En. Muhammad Nur Ashry bin Bassari pada 07 Mei 2026. Pejabat Perikanan Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tenaga pengajar serta semua peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang kursus ini berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam aktiviti harian para nelayan.


Sungai Batu Pahat, Perlis, 24 April 2026 - Pertandingan Memasak “Cabaran Chef Akuakultur: Pesona Rasa Akuakultur” Berlan...
05/05/2026

Sungai Batu Pahat, Perlis, 24 April 2026 - Pertandingan Memasak “Cabaran Chef Akuakultur: Pesona Rasa Akuakultur” Berlangsung Dengan Jayanya!

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menjayakan Pertandingan Memasak Cabaran Chef Akuakultur: Pesona Rasa Akuakultur yang berlangsung dengan meriah sempena Program Perlis Agrofest 2026.

Pertandingan ini telah menampilkan kreativiti serta kemahiran luar biasa para peserta dalam menghasilkan hidangan berasaskan produk akuakultur Ikan Keli dan Pekasam Ikan Puyu yang bukan sahaja enak, malah berinovasi tinggi dan menarik perhatian para juri serta pengunjung.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta, wakil juri daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perlis (LPP) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda Negeri Perlis (MADA), urus setia serta pengunjung yang turut memeriahkan suasana sepanjang pertandingan berlangsung. Semoga program seperti ini dapat terus memperkasakan industri akuakultur serta mempromosikan kepelbagaian hasil perikanan tempatan.

Tahniah sekali lagi kepada para pemenang dan semua yang terlibat!


Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis, 26 April 2026- Program Pelepasan & Penyerahan Benih Ikan Sempena Titipan Kasih Agrofe...
05/05/2026

Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis, 26 April 2026- Program Pelepasan & Penyerahan Benih Ikan Sempena Titipan Kasih Agrofest 2026

Telah berlangsung dengan jayanya Program Pelepasan Benih Ikan Puyu sumbangan daripada Pejabat Perikanan Negeri Perlis dengan kerjasama Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra, Kedah di Kolam Memancing ABE, Batu Pahat, Perlis serta penyerahan benih Ikan Puyu kepada wakil Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup, Kangar, Perlis.

Program ini telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis sempena Program Titipan Kasih Festival Agrofest 2026 diiringi oleh En. Muhammad Nur Ashry bin Bassari, Pengarah Perikanan Negeri Perlis serta ketua-ketua jabatan sebagai usaha berterusan dalam menyokong pembangunan komuniti serta memperkukuh sektor akuakultur tempatan.

Inisiatif ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para penerima khususnya dalam meningkatkan sumber pendapatan serta menggalakkan aktiviti perikanan secara mampan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.



Sungai Batu Pahat,Perlis,  24-26 April 2026 - Program Perlis Agrofest 2026 telah berlangsung dengan jayanya dengan penye...
05/05/2026

Sungai Batu Pahat,Perlis, 24-26 April 2026 - Program Perlis Agrofest 2026 telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan yang amat menggalakkan daripada pelbagai agensi, usahawan serta masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program ini termasuk pameran akuakultur, jualan hasil perikanan, pertandingan memasak, serta aktiviti interaktif yang memberi manfaat kepada para pengunjung.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat terus memperkukuh sektor perikanan dan agro di negeri Perlis serta memberi impak positif kepada komuniti setempat.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong!

Jangan lupa temujanji kita bermula esok hari selama 3 hari di Program Perlis Agrofest 2026
23/04/2026

Jangan lupa temujanji kita bermula esok hari selama 3 hari di Program Perlis Agrofest 2026

1 HARI LAGI!
PERLIS AGROFEST 2026

📆 Tarikh: 24 April 2026 – 26 April 2026 (Jumaat – Ahad)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 Tempat: Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis

Debaran makin terasa… Perlis Agrofest 2026 bakal tiba!

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke acara Agropelancongan terbesar Negeri Perlis yang menghimpunkan pelbagai tarikan menarik, jualan produk tempatan, hasil pertanian segar hinggalah ke pameran agensi—semuanya ada di sini!

Inilah peluang terbaik buat rakyat Perlis untuk turun bersama-sama menyertai dan merasai acara yang penuh warna-warni, di samping menikmati kemeriahan suasana festival serta menyokong usahawan tempatan.

Rasai sendiri kemeriahan festival yang pasti meriah untuk seisi keluarga!

Jangan lepaskan peluang….

Mai pakat mai ghamai-ghamai… kita jumpa di sana!!





Jom seluruh warga Perlis dan sekitarnya, meriahkan Program Perlis Agrofest 2026 pada 24 hingga 26 April 2026 yang bertem...
19/04/2026

Jom seluruh warga Perlis dan sekitarnya, meriahkan Program Perlis Agrofest 2026 pada 24 hingga 26 April 2026 yang bertempat di Sungai Batu Pahat, Perlis.

Program Perlis Agrofest 2026, iaitu gabungan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan serta Festival Mangga Harumanis Perlis yang telah dijenamakan semula bagi memperkukuh promosi sektor pertanian dan agropelancongan negeri.

Acara terbesar Agropelancongan Negeri Perlis yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik yang menghiburkan sesuai untuk seisi keluarga. Daripada jualan produk tempatan, hasil pertanian segar hinggalah ke pameran agensi.

Festival penuh warna, rasa dan pengalaman menarik!

Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke khemah pameran Pejabat Perikanan Negeri Perlis, di mana anda akan disajikan dengan pelbagai aktiviti interaktif, pameran, uji rasa dan demonstrasi produk perikanan serta peluang menimba ilmu dunia perikanan secara santai dan menyeronokkan.

Mai ramai-ramai, pasti rugi kalau tak singgah!

Address

Kuala

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049851007

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perikanan Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Perikanan Negeri Perlis:

Share