Terengganu FM

Terengganu FM KLIK UNTUK BERSAHABAT DENGAN KAMI
http://linkbio.co/TERENGGANUfm
(5)

05/06/2026
Innalillahi hi wa inna ilaihirojiun... Dukacita dimaklumkan, bahawa pengasas Terengganu Songket dan Tokoh Kraf Negara 20...
05/06/2026

Innalillahi hi wa inna ilaihirojiun...

Dukacita dimaklumkan, bahawa pengasas Terengganu Songket dan Tokoh Kraf Negara 2002, Allahyarhamah Puan Hjh Zainab, telah kembali ke rahmatullah.

Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepadaNya kita kembali. Al-Fatihah.

Terengganu FM

05/06/2026
05/06/2026

17 Kes Malaria Import Direkodkan di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 5 Jun- Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan sebanyak 17 kes malaria direkodkan di negeri ini bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, namun kesemua jangkitan tersebut adalah kes import.

JKNT dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada jumlah itu, 13 kes melibatkan malaria manusia manakala empat lagi merupakan malaria zoonotik.

Bagi kes malaria manusia, 11 kes melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan dua kes lagi membabitkan Pendatang Asing Dengan Izin (PADI).

Menurut JKNT, siasatan epidemiologi mendapati semua pesakit mendapat jangkitan ketika berada di luar negara sebelum memasuki Terengganu. Kesemua kes telah dikenal pasti, dirawat dan transmisi jangkitan diputuskan, sekali gus memastikan status sifar malaria manusia tempatan di negeri ini terus dikekalkan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tularnya satu surat edaran bertarikh 3 Jun 2026 di media sosial yang berkaitan kesiapsiagaan pengesanan awal kes malaria dalam kalangan warga asing di negeri ini.

JKNT menjelaskan surat berkenaan merupakan edaran dalaman kepada semua fasiliti kesihatan di Terengganu bagi meningkatkan tahap kewaspadaan petugas kesihatan susulan peningkatan kes malaria import yang dikesan sejak Mei lalu.

Bagi mengawal risiko penularan, pelbagai langkah telah dilaksanakan termasuk pengesanan kontak, aktiviti survelan kes, kawalan vektor di lokaliti terlibat.

JKNT turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

05/06/2026
📻 BIS ON AIR Jangan lupa bersama kami petang ini dalam Bis On Air.Ikuti perkongsian menarik mengenai peluang kursus umra...
05/06/2026

📻 BIS ON AIR

Jangan lupa bersama kami petang ini dalam Bis On Air.

Ikuti perkongsian menarik mengenai peluang kursus umrah mobile

🗓 Jumaat, 5 Jun 2026
🕠 5.30 Petang

Setia bersama kami di udara atau strim melalui RTMKlik! 🎙️

Penerbit : Farah Fauzi

88.7Mhz - Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus, Hulu Terengganu
96.2Mhz - Besut dan Setiu
97.7Mhz - Dungun
90.7Mhz - Kemaman

📻 SILANG BUDAYA | 6 JUN 2026Bahasa sapaan pengikat kasih sayang Tanda akrab hubungan kekeluargaanSilang budaya Terenggan...
05/06/2026

📻 SILANG BUDAYA | 6 JUN 2026

Bahasa sapaan pengikat kasih sayang
Tanda akrab hubungan kekeluargaan
Silang budaya Terengganufm dan Aifm akan kongsikan
Hari sabtu 3.00 petang waktu siaran.

🎭 Bahasa Sapaan: Gelaran dan panggilan dalam keluarga.

Antara Aifm vs TERENGGANU fm

🗓 SABTU, 6 JUN 2026
⏰ 3.00 Petang
📻 Terengganu FM
📱 Ikuti juga menerusi RTMKlik

Penerbit : SUKRI ISMAIL

88.7Mhz - Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus, Hulu Terengganu
96.2Mhz - Besut dan Setiu
97.7Mhz - Dungun
90.7Mhz - Kemaman

05/06/2026

RANCANGAN ADDEENUL KHOLIS

05/06/2026

Address

Jabatan Penyiaran Negeri
Kuala Terengganu
20914

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096222200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terengganu FM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share