Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu

Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu π—œπ—‘π—™π—’π—₯π— π—”π—¦π—œ π—žπ—˜π—•π—’π— π—•π—”π—”π—‘ π—¬π—”π—‘π—š π—§π—˜π—₯π—žπ—œπ—‘π—œ 𝗗𝗔π—₯π—œπ—£π—”π——π—” π—•π—”π—Ÿπ—”π—œ 𝗕𝗒𝗠𝗕𝗔 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨

Ringkasan Latihan: Persediaan Menangani Kebakaran Tanah GambutBBP Kuala Terengganu telah melaksanakan satu sesi latihan ...
22/04/2026

Ringkasan Latihan: Persediaan Menangani Kebakaran Tanah Gambut

BBP Kuala Terengganu telah melaksanakan satu sesi latihan pengukuhan selama satu hari yang memfokuskan kepada strategi dan persediaan menghadapi kebakaran tanah gambut. Objektif utama latihan ini adalah untuk meningkatkan tahap kecekapan anggota dalam menangani situasi kecemasan tersebut dengan lebih berkesan.

Sesi ini melibatkan 15 orang anggota dan dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman, PBK II Azan bin Sulaiman dari BBP Jalan Kota.

14/04/2026

Kits Inspection BBP KT Bil 3/2026 berlangsung dengan jayanya. Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Balai tepat pada jam 8.00 pagi. Turut disampaikan surat APC kepada PBK II Mohd Azhar bin Ahmad, PBK II Mohd Hafifizaihan bin Ismail, PBK II Mohd Rosdi bin Jusoh Dan PBK II Ramizul bin Ramly.

Tahniah diucapkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu kerana telah melaksanakan Taklimat Keselamatan Kebaka...
11/02/2026

Tahniah diucapkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu kerana telah melaksanakan Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Latihan Pengungsian Bangunan. Taklimat telah disampaikan oleh PBT I Yusmizan bin Yusof, Pegawai Operasi BBP KT. Peserta didedahkan tentang langkah awal pencegahan kebakaran dan pengenalan kepada sistem pepasangan Keselamatan di bangunan.

Sebelum taklimat bermula turut diadakan majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Azran Amin bin Mazlan, Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Terengganu. Hadir bersama TPgB II Thoyyibah Taib, Ketua Balai BBP Kuala Terengganu

4 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu telah mengadakan satu lawatan khas bagi penyediaan Pela...
26/01/2026

4 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu telah mengadakan satu lawatan khas bagi penyediaan Pelan Pra-Insiden (PIP) di Pusat Sains Terengganu, hari ini.
​Lawatan tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan, selain memastikan keselamatan pengunjung dan kakitangan di premis berkenaan sentiasa berada di tahap optimum. Lawatan telah diketuai oleh O

13/01/2026

Latihan Pengungsian & Demo Pemadam Api di SMK Padang Midin

13 Januari – Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu telah melaksanakan Latihan Pengungsian Bangunan dan Demonstrasi Alat Pemadam Api di SMK Padang Midin, Kuala Terengganu di bawah program Pemerkasaan STB.

Latihan melibatkan 1,300 murid, 108 guru dan Pasukan A BBP KT dengan kekuatan 10 anggota serta dua jentera (FRT & EMRS).

Aktiviti bertujuan memberi pendedahan awal langkah keselamatan kebakaran kepada warga sekolah. Diketuai oleh PBK I Muhammad Hafiz Bin Mohd Nor.




Program CSR Bomba bersama Dun Wakaf Mempelam Dan Pertubuhan Amal Perubahan Ibu Sina Malaysia.20 Disember 2025 - Sabtu, P...
20/12/2025

Program CSR Bomba bersama Dun Wakaf Mempelam Dan Pertubuhan Amal Perubahan Ibu Sina Malaysia.

20 Disember 2025 - Sabtu, Program Khatan Perdana Peringkat DUN Wakaf Mempelam yang diadakan pada hari ini di Pusat Khidmat Masyarakat, ADUN Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu serta kerjasama pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia.



BBP Kuala Terengganu merakamkan setinggi tinggi tahniah diucapkan kepada PgKB I Shahrin Yusmar Bin Mat Yusof, Timbalan P...
11/12/2025

BBP Kuala Terengganu merakamkan setinggi tinggi tahniah diucapkan kepada PgKB I Shahrin Yusmar Bin Mat Yusof, Timbalan Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu Atas Pengurniaan Darjah Kebesaran AHLI MAHKOTA SELANGOR (A.M.S)
Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.



02 DISEMBER 2025- SELASAPROGRAM KESEDARAN AWAM DI SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU BARIAH,KUALA TERENGGANUπŸ“ŒCeramah keselamatan ...
02/12/2025

02 DISEMBER 2025- SELASA

PROGRAM KESEDARAN AWAM DI SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU BARIAH,KUALA TERENGGANU

πŸ“ŒCeramah keselamatan kebakaran
πŸ“ŒDemonstrasi Alat Pemadam Api
πŸ“ŒPameran Jentera Bomba




PANDUAN KESELAMATAN DI MUSIM BANJIR
26/11/2025

PANDUAN KESELAMATAN DI MUSIM BANJIR






Kuala Terengganu,23 November 2025-Khidmat Khas Mengangkat mangsa Bengkak Kaki yang memerlukan rawatan Hospital di alamat...
23/11/2025

Kuala Terengganu,23 November 2025
-Khidmat Khas Mengangkat mangsa Bengkak Kaki yang memerlukan rawatan Hospital di alamat Kg Tok Pong, Kedai Buloh Kuala Terengganu.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Terengganu menerima panggilan dan Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dikerahkan ke lokasi. Pasukan tiba di tempat kejadian dan mengangkat mangsa menggunakan scoop stretcher ke ambulans seterusnya diserahkan kepada pihak KKM.



RUMAH DI BAHAGIAN DAPUR  MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KG. KUBANG BUJUKKUALA TERENGGANU, 19 November - Sebuah rumah di bahag...
19/11/2025

RUMAH DI BAHAGIAN DAPUR MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KG. KUBANG BUJUK

KUALA TERENGGANU, 19 November - Sebuah rumah di bahagian Dapur terbakar dalam kejadian di Jalan kubang Tepat, Kg Kubang Bujuk Kuala Terengganu pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Terengganu menerima panggilan dan seramai 13 Anggota Dari Bbp Kuala Terengganu dikerahkan ke lokasi bersama dua jentera Frt dan satu Water tanker.

Menurut Komander Operasi, PBK I Mohd Zuhan Bin Shafei Kebakaran memusnahkan rumah di bahagian dapur dan tiada mangsa dilaporkan dalam kemalangan ini.



Address

Jalan Kemajuan, Bukit Kecil
Kuala Terengganu
20648 TERENGGANU

Telephone

+6096234444

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share