16/08/2026
Info Kes Malaria ME 32/2026
Satu Kes didaftarkan Pada ME 32
Dungun 1 kes
Kumulatif kes Malaria sebanyak 26 kes bagi tahun 2026
Situasi Semasa Kes Malaria Negeri Terengganu Sehingga ME 32/2026
Sehingga ME 32/ 2026, sebanyak 26 kes dilaporkan berbanding sebanyak 12 kes bagi tempoh yang sama bagi tahun 2025 menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 116.7%.
Langkah pencegahan perlu diambil serius bagi mengelakkan jangkitan malaria.
Sebagai langkah pencegahan terutama bagi penduduk di kawasan hutan dan pinggir hutan, mereka dinasihatkan agar memakai pakaian yang melindungi keseluruhan badan daripada gigitan nyamuk, menggunakan ubat penghalau nyamuk dan mengelak berada di luar rumah pada waktu malam.
Orang ramai juga perlu segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gejala malaria seperti demam, sejuk menggigil, berpeluh dan lemah tubuh badan.