12/05/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ก๐๐ซ๐ง๐๐๐ก๐๐๐ญ ๐ ๐๐ฅ๐ : ๐ ๐๐ ๐จ๐ฃ๐จ๐ ๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐๐ง๐จ๐ฆ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก๐๐ก ๐๐ก๐๐ ๐ ๐จ๐๐
DUNGUN, 11 Mei 2026 โ MARA Negeri Terengganu dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun telah menganjurkan Program NextGenBiz IPTA dan IPTS pada 11 Mei 2026 bertempat di UiTM Kampus Dungun.
Program NextGenBiz dianjurkan sebagai platform untuk melahirkan generasi usahawan muda yang berani, inovatif dan berdaya saing dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta mencorak masa hadapan negara.
Program ini telah disertai oleh 234 orang pelajar daripada UiTM Kampus Dungun, UiTM Kampus Bukit Besi dan Universiti College TATI (UCTATI). Penganjuran program ini turut menyokong aspirasi Pelan Strategik MARA (PSM) yang memberi penekanan kepada usaha memupuk serta memperkasa nilai keusahawanan di kalangan belia.
Kemeriahan program turut diserikan dengan Sesi Meet & Greet bersama Puan Mimi Mazlin binti Mohamad Yusof, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial MARA. Turut hadir Encik Mohd Farris bin Radzuan, Pengarah MARA Negeri Terengganu dan TS Dr. Norizan bt Ahmed, Koordinator Keusahawanan (Masmed) UiTMCT.
Program seumpama ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, di samping melahirkan generasi muda yang mampu mencipta peluang, berdikari serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi, masyarakat dan negara.