Jabatan Amal Malaysia Kuala Nerus

Jabatan Amal Malaysia Kuala Nerus Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Amal Malaysia Kuala Nerus, Kuala.

Kami adalah unit sukarelawan beruniform di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus yang memberi khidmat selain parti kepada kebajikan masyarakat setempat dan keselamatan awam tanpa mengira latar belakang dengan prinsip "beramal kerana Allah" βœŠπŸ»πŸ‡²πŸ‡Ύ

24/03/2026

jemputan Rumah Terbuka DUN Seberang Takir

Kami dengan amat berbesar hati ingin menjemput dan mempelawa semua lapisan masyarakat untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Seberang Takir 2025 seperti berikut:

πŸ“Tempat : Dewan Serbaguna Tok Jembal, Seberang Takir, Kuala Nerus
πŸ—“Tarikh : 08 Syawal 1447H | 28 Mac 2026 | Sabtu
πŸ•₯Masa : 11:00 pagi sampai habis

Pelbagai juadah menarik disediakan untuk dinikmati semua pengunjung.

.

24/03/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera πŸŒ™

Jemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Buluh Gading πŸŽ‰

πŸ“… 28 Mac 2026 (Sabtu)
⏰ 11.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Dataran Taman Rekreasi Kg. Teluk Pasu

Pelbagai juadah istimewa menanti anda! 🍽️
Semua dijemput hadir bersama keluarga.

Jumpa di sana! 🀝

Salam Aidilfitri daripada Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuala Nerus! πŸ’šβ€οΈMengail puyu di Teluk Pasu,Singgah berehat di Se...
24/03/2026

Salam Aidilfitri daripada Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuala Nerus! πŸ’šβ€οΈ

Mengail puyu di Teluk Pasu,
Singgah berehat di Seberang Takir,
Sebulan berlalu menahan nafsu,
Syawal dinanti senyuman terukir.

Membelah nyior di Kampung Duyong,
Keropok keping digoreng garing,
Di mana jua amal berkampung,
Menghulur khidmat bahu dipikul beriring.

Kami di saf kepimpinan dan seluruh anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuala Nerus menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf zahir & batin atas segala khilaf sepanjang kami menjalankan khidmat di lapangan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Berhati-hati di jalan raya, pandu cermat jiwa selamat. πŸš—πŸ’¨

Dari Tepoh ke Bukit Tunggal,
Singgah berehat di tepi muara,
Tugas digalas tiada yang tinggal,
Unit Amal ucapkan Selamat Hari Raya.


Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua anggota yang terlibat dalam tugasan keselamatan dan parkir pada program ...
02/03/2026

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua anggota yang terlibat dalam tugasan keselamatan dan parkir pada program iftar yang berlangsung pada Sabtu di Dewan Jubli Perak, Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus.

Komitmen, disiplin dan kerjasama yang ditunjukkan telah memastikan kelancaran pergerakan serta keselamatan sepanjang program. Semoga segala usaha dan pengorbanan masa kalian menjadi nilai pahala serta terus menjadi inspirasi dalam kerja-kerja kebajikan masyarakat.

Teruskan istiqamah dalam berkhidmat!

23/02/2026

πŸŒ•ISTIMEWA RAMADAN INIπŸŒ•

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆπ…π“π€π‘ & π’πŽπ€π‹ 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁 π…πˆππ‡ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŒπ”π‘π€πππˆ π”πŒπŒπ€π‡ π”π€πˆ

‼️JUALAN EKSKLUSIF & TERHAD
▫️DANA PENDIDIKAN PASTI KUALA NERUS

Bukan sekadar berbuka puasa!
βœ”οΈ Luang Masa Bersama Ustaz Azhar Idrus
βœ”οΈ Ikuti Majlis Ilmu Kupasan Fiqh
βœ”οΈ Rebut Pahala Infak Ramadan

Semua ini hanya dengan:-
πŸ’° RM100 SAHAJA!

πŸ“† 28 Februari 2026 | 10 Ramadan 1447H
πŸ—“οΈ Sabtu
⏰ 6:00 Petang
πŸ“ Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus

🌟 Penampilan Khas:
πŸŽ™οΈ Ustaz Azhar Idrus (UAI)
πŸŽ™οΈ Ustaz Hanif Jamaluddin (Ust. Hanif J)
πŸŽ™οΈ Ustaz Kamaruzaman Abdullah (Ust. K)

πŸ’– Sambil menjamu selera, kita juga menyumbang untuk masa depan generasi Islam!

πŸ“² Tempah Segera: 019-914 6713

Jangan tunggu saat akhir!

Jom pakat beli sekarang!

22/02/2026
22/02/2026
19/02/2026

β€œYa Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesakitan, sembuhkanlah ia dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan dengan kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan kesan lain" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mohon semua agar dapat melaksanakan solat sunat hajat dan mendoakan kesembuhan Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin.

Bagaimana rasa terawih malam ini?Bersungguh ke longlai??https://www.facebook.com/100064545228168/posts/1370668745094620/...
19/02/2026

Bagaimana rasa terawih malam ini?
Bersungguh ke longlai??

https://www.facebook.com/100064545228168/posts/1370668745094620/?app=fbl

Minum 2 Gelas Air Balang Masa Berbuka, Tiba-Tiba Badan Menggigil Dan Mata 'Koma' Nak Solat Maghrib. Ini Misteri 'Sugar Crash' Yang Anda Wajib Tahu!

Sengaja pusing Bazar Ramadan petang tadi semata-mata nak beli air katira ais dengan teh ais leleh. Bila azan Maghrib je, terus bantai minum dua gelas berturut-turut. Fuh, lega tekak!

Tapi perasan tak, lebih kurang 15 ke 30 minit lepas tu, anda tiba-tiba rasa sangat mengantuk (menguap tak berhenti), badan rasa melayang, tangan menggigil sikit, dan rasa 'malas' tahap dewa nak bangun ambil wuduk solat Maghrib?

Ini bukan sebab anda kenyang. Ini adalah amaran biologi yang badan anda sedang mengalami krisis SINDROM 'SUGAR CRASH' (Reactive Hypoglycemia)!

Mari kita bedah siasat apa yang berlaku dalam darah anda:

1. GULA MEROKET NAIK (SUGAR SPIKE)
Selepas 14 jam berpuasa, perut anda kosong dan sangat sensitif. Bila anda terus siram perut dengan air balang (yang mengandungi purata 5 hingga 8 sudu gula pasir setiap gelas!), perut akan menyerap gula cecair ini dengan sangat pantas. Bacaan gula dalam darah anda akan meroket naik secara mendadak!

2. PANKREAS TERKEJUT DAN BANJIR INSULIN
Otak kesan gula dah terlalu tinggi dan berbahaya. Otak terus arahkan organ Pankreas: "Kecemasan! Keluarkan Insulin banyak-banyak sekarang!"
Pankreas yang terkejut akan merembeskan hormon Insulin dalam kuantiti yang sangat besar (Insulin Surge) untuk 'memaksa' gula tadi masuk ke dalam sel badan.

3. GULA MENJUNAM JATUH (SUGAR CRASH)
Disebabkan kuantiti Insulin terlalu banyak, ia akan menyedut dan 'menyapu' bersih semua gula dalam darah anda dengan terlalu cepat. Kesannya? Darah anda akan kehilangan gula secara mengejut!
Bila otak dan otot tiba-tiba terputus bekalan gula, badan anda akan automatik jadi lemah longlai, mata jadi layu (mengantuk teruk), dan anda mula menggigil kelaparan semula. Inilah yang dipanggil 'Sugar Crash'.

S.O.P SELAMAT BERBUKA PUASA:
- MULA DENGAN AIR KOSONG: Basahkan tekak dengan 1 gelas air masak dahulu.
- KUNYAH 3 BIJI KURMA: Kurma ada serat (fiber). Serat ini bertindak sebagai 'brek' supaya gula semulajadi kurma diserap perlahan-lahan ke dalam darah. Tiada kejutan pankreas!
- AIR BALANG LEPAS MAKAN: Teringin sangat nak minum air manis? Boleh, tapi minum SELEPAS anda makan nasi atau lauk berat (sebab lauk ada protein/lemak yang akan perlahankan serapan gula air balang tu). Limit 1 gelas kecil sahaja!

Jangan biarkan air balang merompak tenaga solat Maghrib dan Terawih anda.

Selamat berpuasa semua! Semoga Ramadhan kali ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi juga menjadi platform untuk...
19/02/2026

Selamat berpuasa semua!

Semoga Ramadhan kali ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi juga menjadi platform untuk kita jadi "versi" diri yang lebih baik.

Harapan semoga kita semua sempat sampai ke garis penamat dengan penuh ketaqwaan, amin 🀲

Berbuka menu apa petang ni?? 🀭

Saya baru sahaja mencapai 2K pengikut! Terima kasih kerana terus menyokong. Saya tidak akan berjaya tanpa anda semua. πŸ™πŸ€—...
19/12/2025

Saya baru sahaja mencapai 2K pengikut! Terima kasih kerana terus menyokong. Saya tidak akan berjaya tanpa anda semua. πŸ™πŸ€—πŸŽ‰

Address

Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Malaysia Kuala Nerus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Amal Malaysia Kuala Nerus:

Share