29/05/2026
TUJUH KERETA TERBAKAR DALAM KEBAKARAN BENGKEL DI KG SUNGAI SEMBILANG
KUALA SELANGOR, 30 Mei – Tujuh buah kereta (scrap) musnah hampir 90 peratus dalam satu kejadian kebakaran bengkel berhampiran Masjid An-Naim, Kampung Sungai Sembilang, lewat malam tadi.
Bilik Kawalan Balai BBP Kuala Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 11.30 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai. Sementara anggota balai bantuan BBP Kapar hadir membantu memadam kebakaran.
Komander Operasi, PBK I Ismayudin bin Ibrahim, memaklumkan bahawa setibanya di lokasi pada jam 11.46 malam, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan tujuh buah kenderaan scrap yang terbakar hampir keseluruhannya.
Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan air daripada tangki pam jentera serta bantuan daripada anggota BBP Kapar. Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.