Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu

Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu Laman ini merupakan Facebook Rasmi Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu.This is an Official Facebook of Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu.

AKTIVITI RIADAH PENGHUNI TSHKT DI TAMAN TASIK BANDAR KUALA NERUS     ๐Ÿ“…  11 Jun 2026  | Khamis โฑ   8.30am - 11.00am๐Ÿค  Tam...
11/06/2026

AKTIVITI RIADAH PENGHUNI TSHKT DI TAMAN TASIK BANDAR KUALA NERUS

๐Ÿ“… 11 Jun 2026 | Khamis
โฑ 8.30am - 11.00am
๐Ÿค Taman Tasik Bandar Kuala Nerus

Penghuni Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu telah menyertai program riadah yang diadakan di Taman Tasik Tasik Bandar Kuala Nerus. Program ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim antara penghuni dan kakitangan.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program, antaranya adalah sesi senamrobik. Selain itu, penghuni turut mengambil bahagian dalam aktiviti permainan berkumpulan yang menguji kerjasama antara penghuni dan kakitangan.

Di samping itu, aktiviti santai seperti berjalan-jalan di sekitar kawasan tasik, sesi bergambar dan interaksi sosial turut diadakan bagi memberikan pengalaman riadah yang menyeronokkan kepada penghuni.

Secara keseluruhannya, program riadah ini memberikan peluang kepada penghuni untuk beriadah, bersosial dan menikmati persekitaran luar yang kondusif, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan fizikal, emosi dan sosial mereka.

Majlis Hi-Tea Bizara Consulting Sdn Bhd bersama Penghuni Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu ๐Ÿ“…  22 Mei 2026 | Jumaat๐Ÿค  ...
03/06/2026

Majlis Hi-Tea Bizara Consulting Sdn Bhd bersama Penghuni Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu

๐Ÿ“… 22 Mei 2026 | Jumaat
๐Ÿค Dewan Penyayang Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu

Program Membina Budaya Kerja Harmoni๐Ÿ“…  20 Mei 2026  | Rabu๐Ÿค  Dewan Penyayang, Taman Sinar Harapan Kuala TerengganuSempen...
20/05/2026

Program Membina Budaya Kerja Harmoni

๐Ÿ“… 20 Mei 2026 | Rabu
๐Ÿค Dewan Penyayang, Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu

Sempena sambutan Hari Pekerja, telah diadakan Program Membina Budaya Kerja Harmoni yang bertujuan memupuk semangat kerjasama, komunikasi berkesan serta hubungan yang lebih positif dalam kalangan warga kerja.

Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan budaya kerja yang sihat, saling menghormati dan bekerjasama dalam memastikan suasana tempat kerja yang lebih kondusif serta produktif. Selain itu, ia juga mampu mengeratkan hubungan sesama pekerja serta memperkukuhkan semangat berpasukan.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha melahirkan warga kerja yang lebih cemerlang.

Sekalung Tahniah dan Selamat Datang diucapkan buat Encik Ismail bin Kasan atas lantikan sebagai Pengarah, Jabatan Kebaji...
20/05/2026

Sekalung Tahniah dan Selamat Datang diucapkan buat Encik Ismail bin Kasan atas lantikan sebagai Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu.

Sekalung Tahniah dan Selamat Datang diucapkan buat Encik Ismail bin Kasan atas lantikan sebagai Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu.

PKMD Kuala Terengganu
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Nerus
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Setiu
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Besut
Pkmd Marang
Pejabat Kebajikan Masyarakat Dungun
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman
Rumah Ehsan Dungun
Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu
Sekolah Tunas Bakti (p) Marang, Terengganu
Pusat Khidmat Setempat OKU Marang
Asrama Rusila Marang
Asrama Perkaya Marang

Program Santuni Komuniti anjuran Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu ๐Ÿ“…  19 Mei 2026 | Selas...
20/05/2026

Program Santuni Komuniti anjuran Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu

๐Ÿ“… 19 Mei 2026 | Selasa
๐Ÿค Dewan Penyayang, Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu

Program Jom Jadi Anak Soleh & Solehah anjuran Fakulti Pengajian Islam (Dakwah) UniSZA  ๐Ÿ“…  15 Mei 2026 - 16 Mei 2026 | Ju...
20/05/2026

Program Jom Jadi Anak Soleh & Solehah anjuran Fakulti Pengajian Islam (Dakwah) UniSZA

๐Ÿ“… 15 Mei 2026 - 16 Mei 2026 | Jumaat - Sabtu
๐Ÿค Dewan Penyayang, Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu See less

Program Misi : Cari Cita-cita Saya anjuran bersama diantara Fakulti Sains Sosial Gunaan  UniSZA & Taman Sinar Harapan Ku...
20/05/2026

Program Misi : Cari Cita-cita Saya anjuran bersama diantara Fakulti Sains Sosial Gunaan UniSZA & Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu

๐Ÿ“… 11 Mei 2026 | Isnin
๐Ÿค Dewan Penyayang, Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu

Program Lawatan Kerjasama diantara Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu dan Terengganu Timber Industri Training Centre (...
20/05/2026

Program Lawatan Kerjasama diantara Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu dan Terengganu Timber Industri Training Centre (TTITC)

PROGRAM BACAAN YASSIN DAN SAMBUTAN HARI JURURAWAT SERTA HARI GURU ANJURAN KELAB REKREASI DAN BAKTI TSHKT ๐Ÿ“…  14 Mei 2026 ...
15/05/2026

PROGRAM BACAAN YASSIN DAN SAMBUTAN HARI JURURAWAT SERTA HARI GURU ANJURAN KELAB REKREASI DAN BAKTI TSHKT

๐Ÿ“… 14 Mei 2026 | Khamis
๐Ÿค Dewan Penyayang, Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu

Kelab Rekreasi dan Bakti TSHKT telah mengadakan Program Bacaan Yasin serta Sambutan Hari Jururawat dan Hari Guru sebagai tanda penghargaan kepada jururawat dan guru, khususnya mereka yang mencurahkan bakti di institusi ini.

Turut hadir dalam program ini ialah Puan Mardhiah Bt Mohamed, Pengetua Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu merangkap Pengerusi Kelab Rekreasi dan Bakti TSHKT.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada para penyumbang bagi menjayakan program ini, khususnya Puan Sunthari Sun serta ahli-ahli kelab yang turut bersama-sama menjayakan program ini.

๐ŸŒธ SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA ๐ŸŒธ12 MEI 2026โ€œOur Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Livesโ€Setinggi-tinggi pengha...
11/05/2026

๐ŸŒธ SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA ๐ŸŒธ

12 MEI 2026

โ€œOur Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Livesโ€

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh jururawat dan terutamanya jururawat yang bertugas di Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu atas jasa, pengorbanan dan komitmen yang tidak ternilai dalam memberikan penjagaan, kasih sayang dan layanan terbaik kepada kanak-kanak oku di institusi ini.

Kecekalan, keprihatinan dan dedikasi anda dalam menjalankan amanah menjadi inspirasi kepada semua warga kerja dan masyarakat. Kehadiran anda bukan sahaja merawat, malah membawa harapan, semangat dan kehidupan yang lebih bermakna kepada penghuni.

Terima kasih kerana terus menjadi insan yang cekal, penyayang dan berdedikasi dalam setiap khidmat yang dicurahkan.

โ™ฅ๏ธ Sn. Emilia
โ™ฅ๏ธ Jm. Rafeah
โ™ฅ๏ธ Jm. Fazila

๐Ÿ’™ โ€œOur Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Livesโ€ ๐Ÿ’™

Address

Bukit Besar
Kuala
21100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu:

Share