Terengganu State Museum

Terengganu State Museum Antara muzium terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai 9 galeri hebat untuk diterokai.Lawati dan hayati sendiri satu pengalaman berharga bersama keluarga

πŒπ”π™πˆπ”πŒ 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆, π–π€π‘πˆπ’π€π 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 πŒπ„ππƒπ„πŠπ€π“!Program 'Outreach' Muzium Negeri Terengganu kembali menyemarakkan usaha men...
09/09/2026

πŒπ”π™πˆπ”πŒ 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆, π–π€π‘πˆπ’π€π 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 πŒπ„ππƒπ„πŠπ€π“!

Program 'Outreach' Muzium Negeri Terengganu kembali menyemarakkan usaha mendekatkan muzium dengan generasi muda melalui pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif, santai dan menyeronokkan!

Bersempena Program Karnival Pusat Sumber Ulul Azmi & Program Karnival Kita 2026 di SK Kuala Dungun, Muzium Negeri Terengganu hadir membawa khazanah sejarah dan warisan lebih dekat kepada para murid.

Antara pengisian menarik yang diketengahkan ialah:

Pameran Jejak Ulama Terengganu, mengenali tokoh-tokoh Islam dan sumbangan mereka kepada perkembangan ilmu serta masyarakat.

Puzzle Warisan, susun, kenali dan terokai warisan kita.

Crossword & Word Search, cabar minda sambil mengenali sejarah dan budaya Terengganu.

Kuiz Interaktif Muzium, uji pengetahuan, kumpul mata dan lihat sejauh mana anda mengenali khazanah negeri sendiri!

Misi Detektif Muzium, selesaikan petunjuk, cari jawapan dan bongkar kisah di sebalik warisan.

Program sebegini membuktikan bahawa muzium bukan sekadar tempat menyimpan artifak, tetapi merupakan ruang untuk belajar, meneroka, bermain, bertanya dan menghayati sejarah secara dekat.

Kerana sejarah akan lebih bermakna apabila ia dialami, bukan sekadar dibaca.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAHSetinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima atas limpah perkenan dan pengur...
07/09/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima atas limpah perkenan dan pengurniaan anugerah sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

Sesungguhnya, setiap pengurniaan ini adalah lambang penghargaan atas jasa, bakti dan khidmat yang dicurahkan demi agama, bangsa dan negeri tercinta.

Semoga anugerah yang diterima menjadi sumber inspirasi untuk terus menabur bakti, menyemai jasa dan mengukir kecemerlangan, demi kemakmuran serta kesejahteraan negeri Terengganu Darul Iman.

Menjunjung kasih Tuanku.

π“π€π–π€π‘πˆπŠπ‡ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 π™π€πˆππ€π‹ π€ππˆπƒπˆπ 𝐈𝐈𝐈Saksikan sejarah yang hidup di pentas.Nantikan.....
06/09/2026

π“π€π–π€π‘πˆπŠπ‡ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 π™π€πˆππ€π‹ π€ππˆπƒπˆπ 𝐈𝐈𝐈
Saksikan sejarah yang hidup di pentas.

Nantikan.....

TEMUI USTAZ AZHAR IDRUS DI MUZIUM NEGERI TERENGGANU! Ayuh luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dalam Bual Bica...
02/09/2026

TEMUI USTAZ AZHAR IDRUS DI MUZIUM NEGERI TERENGGANU!

Ayuh luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dalam Bual Bicara Warisan bersama Ustaz Azhar Idrus dan moderator Ustaz Kamaruzaman.

πŸ“… 3 September 2026 (Khamis)
⏰ 9.00 malam
πŸ“ Parkir Muzium Negeri Terengganu

Jangan datang sorang diri!!!
Ajak jiran tetangga, saudara-mara dan sahabat handai untuk sama-sama memeriahkan malam penuh ilmu dan perkongsian ini.

GALERI DIBUKA DARI 9 PAGI - 10 MALAMSelamat Menyambut Hari Merdeka!
31/08/2026

GALERI DIBUKA DARI 9 PAGI - 10 MALAM

Selamat Menyambut Hari Merdeka!

MALAM INI, GALERI DIBUKA HINGGA 10 MALAM!Hari ini, esok & lusa β€” kita lanjutkan waktu operasi hingga jam 10.00 malam!Bay...
30/08/2026

MALAM INI, GALERI DIBUKA HINGGA 10 MALAM!

Hari ini, esok & lusa β€” kita lanjutkan waktu operasi hingga jam 10.00 malam!

Bayangkan pengalaman menikmati koleksi dan suasana galeri di bawah cahaya malam β€” sesuatu yang jarang-jarang dapat anda rasai. ✨

Dan malam ini lebih istimewa… IKLIM akan menemui anda!

Bukan sekadar berkunjung ke galeri, tetapi merasai pengalaman malam yang penuh suasana, muzik dan kenangan, sambil kita bersama-sama menyambut ambang Merdeka. πŸ‡²πŸ‡Ύ

30 & 31 Ogos | 1 September 2026
Galeri dibuka sehingga 10.00 malam

Jangan tunggu esok. Jangan biarkan orang lain ceritakan pengalaman ini kepada anda. Datang dan rasainya sendiri malam ini!

Antara muzium yang terbesar di asia tenggara..
28/08/2026

Antara muzium yang terbesar di asia tenggara..

MENCARI PELAJAR YANG BERANI MENYAHUT CABARAN!!!Kini penyertaan telah dibuka, daftar segera kerana tempat adalah terhad.....
23/08/2026

MENCARI PELAJAR YANG BERANI MENYAHUT CABARAN!!!

Kini penyertaan telah dibuka, daftar segera kerana tempat adalah terhad..

Penyertaan dibuka kepada pelajar sekolah menengah seluruh negeri Terengganu..

Hubungi nombor tertera pada poster untuk pendaftaran

KUNJUNGAN AKADEMIK KE MUZIUM NEGERI TERENGGANUMuzium Negeri Terengganu berbesar hati menerima kunjungan 13 orang peserta...
19/08/2026

KUNJUNGAN AKADEMIK KE MUZIUM NEGERI TERENGGANU

Muzium Negeri Terengganu berbesar hati menerima kunjungan 13 orang peserta termasuk pensyarah dan pelajar daripada program Master of Sustainable Landscape Management (MSLM), Batch 7, Semester 3 (Short Semester), Sesi Akademik 2025/2026, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 19 Ogos 2026.

Menariknya, kunjungan ini turut disertai 3 orang pelajar dari negara China, menjadikan lawatan ini bukan sahaja sebagai pengisian akademik, malah membuka ruang pertukaran pengetahuan dan pengalaman berkaitan landskap, warisan serta pemeliharaan alam dan budaya.

Lawatan ke Muzium Negeri Terengganu merupakan sebahagian daripada site visit mereka di Terengganu yang turut melibatkan beberapa lokasi lain seperti Pasar Payang, Taman Tamadun Islam, Pulau Redang dan Setiu Wetlands.

Terima kasih kepada pihak UPM atas kunjungan dan semoga kita bertemu kembali.

Address

Bukit Losong
Kuala
20566

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096321200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terengganu State Museum posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Terengganu State Museum:

Shortcuts

Share