Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU)

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) Sebuah perbadanan yang mempunyai objektif untuk menjadi sebagai 'One Stop Agency' keusahawanan yang akan membantu menjana pembangunan keusahawanan negeri.

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) ialah sebuah perbadanan yang mempunyai objektif untuk menjadi sebagai 'One Stop Agency' keusahawanan yang akan membantu menjana pembangunan keusahawanan negeri khasnya dan negara amnya. Proses perlaksanaan objektif tersebut mensasarkan matlamat-matlamat berikut:

* Ke arah meningkatkan bilangan usahawan kelas menengah yang berwibawa ke tahap global.

*

Mempertingkat dan memperkembangkan jalinan keusahawanan dan keupayaan pengetahuan usahawan sedia ada.

* Menyediakan kemudahan prasarana pembangunan keusahawanan dalam usaha membantu peningkatan daya saing & daya maju usahawan tempatan.

* Mewujudkan pengurusan, budaya dan ruang korporat YPU yang menjadi tunggak kecemerlangan usahawan. Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu telah diperbadankan pada 31 Mac 1994 dibawah AKTA SYARIKAT 1965 sebagai sebuah syarikat "LIMITED BY GUARANTEE" (Jaminan Terhad). Ianya mula beroperasi pada 1 Julai 1994 dengan berorientasikan gabungan obligasi sosial dan keuntungan demi membawa manafaat kepada golongan usahawan.

Kerajaan Negeri Terengganu melalui YPU Terengganu telah bersetuju meluluskan moratorium selama tujuh bulan bermula Jun h...
14/06/2026

Kerajaan Negeri Terengganu melalui YPU Terengganu telah bersetuju meluluskan moratorium selama tujuh bulan bermula Jun hingga Disember 2026 kepada peminjam di bawah Skim Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS).

Namun demikian ianya tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh YPU.

Untuk maklumat lanjut mengenai moratorium TUGAS, usahawan boleh berhubung di talian +609 624 2424 atau terus ke pejabat YPU Terengganu.





Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di atas kejayaan penganjuran program ‘The Ap...
10/06/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di atas kejayaan penganjuran program ‘The Apprentice: Developing Tomorrow Business Leaders’.

Program yang berlangsung hari ini di Dewan Kolej Universiti Bestari ini turut melibatkan agensi-agensi lain termasuk YPU Terengganu bagi memberi taklimat kepada pelajar-pelajar tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Antara agensi lain yang turut terlibat adalah TEKUN dan BSN.

Penglibatan pelajar-pelajar ini adalah bertujuan memberikan mereka pendedahan awal tentang perniagaan.

Terima kasih dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada pihak SSM Terengganu atas penganjuran program ini.






📣 Program Literasi Kewangan bersama Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) - Khas untuk Usahawan YPU! ❓ Apa itu scam?❓ Rasa ...
09/06/2026

📣 Program Literasi Kewangan bersama Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) - Khas untuk Usahawan YPU!

❓ Apa itu scam?
❓ Rasa susah nak urus kewangan?
❓ Nak tahu alat untuk mendalami ilmu pendidikan kewangan?
❓ Tak tahu bagaimana nak merancang masa depan?

Program ini akan dijalankan menerusi perkongsian santai dan juga aktiviti daripada pelbagai agensi:

1. Bank Negara Malaysia (BNM)
2. ⁠⁠Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
3. ⁠Kump**an Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
4. ⁠Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
5. ⁠Industri Insurans dan Takaful (MTA, LIAM dan mySalam)

📌 Tarikh: 23 Jun 2026 (Selasa)
📌Masa: 2.30- 5.30 petang
📌 Lokasi: Dewan Konvensyen, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu

✳️Pendaftaran dan Goodies bag PERCUMA!
✳️Minum petang juga disediakan ☕

⏭️ Link pendaftaran👇

https://forms.gle/7meNyFoJfy55ADXx5

Jumpa anda di sana ✨

Ikuti media sosial FEN untuk tip pengurusan kewangan:
📍 Facebook FEN
Facebook: https://www.facebook.com/myfenetwork?mibextid=ZbWKwL

📍 Instagram FEN
Instagram: https://www.instagram.com/myfenetwork?igsh=MTdpcDg1a3hvYjN0eg

Dalam membantu usahawan-usahawan tempatan terutamanya kecil dan sederhana, satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara wak...
08/06/2026

Dalam membantu usahawan-usahawan tempatan terutamanya kecil dan sederhana, satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara wakil daripada persekutuan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan negeri, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu telah diadakan sebentar tadi.

Dalam MoU tersebut, SSM telah diwakilkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz dan disaksikan oleh Pengarah SSM Terengganu, Encik Md Rafiza Ab Derani manakala di pihak YPU p**a telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif YPU Terengganu, Puan Afnida Aini Alwi dan disaksikan oleh Pengurus Kanan Korporat YPU Terengganu, YM T Ahmad Shabirin Awalludin.

Tujuan lain MoU ini juga adalah bagi memantapkan hubungan dua hala antara kerajaan pusat dan negeri dalam memberi pendedahan kepentingan SSM kepada usahawan.

Selain itu, MoU ini bakal memberi kelebihan kepada usahawan terutamanya di Terengganu apabila lebih banyak program-program kerjasama akan dijalankan dalam membantu usahawan tempatan.

Tahniah diucapkan kepada SSM atas kejayaan penganjuran MoU yang telah dijalankan ini. Semoga dengan termetrainya MoU ini bakal terus melonjakkan nama SSM dan YPU Terengganu.






Tahniah dan Syabas diucapkan kepada peserta Program Usahawan Belia Sejahtera (U-BES) Program Khas Asnaf di bawah Yayasan...
07/06/2026

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada peserta Program Usahawan Belia Sejahtera (U-BES) Program Khas Asnaf di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) atas kejayaan cemerlang yang telah dicapai dalam pertandingan SUPER PITCH sempena Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera (KEUB) 2026 yang berlangsung pada 2 Jun 2026 di Terengganu Equestrian Resort.

Seramai sembilan (9) peserta U-BES melepasi saringan untuk pertandingan SUPER PICH.
Ucapan tahniah khusus ditujukan kepada:
• Puan Nur Sirdatu Asikin binti Zaid atas kejayaan merangkul Naib Juara Kategori Industri PMKSI.
• Encik Badrul Nizam bin Amir Rosli atas kejayaan memperoleh Tempat Ketiga Kategori Industri PMKSI dalam pertandingan SUPER PITCH.

Kejayaan ini membuktikan bahawa usahawan bimbingan Program U-BES berupaya bersaing secara kompetitif serta menampilkan potensi yang tinggi dalam bidang keusahawanan.

Pencapaian ini juga menjadi bukti keberkesanan program pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh YPU dalam melahirkan usahawan belia yang berdaya saing, berinovasi dan mampu berkembang ke peringkat yang lebih tinggi.

Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin kepada peserta-peserta U-BES yang lain untuk terus berusaha, meningkatkan prestasi perniagaan serta mencapai kecemerlangan dalam bidang keusahawanan.

Tahniah diucapkan kepada Universiti Teknologi MARA(UiTM) Terengganu di atas penganjuran Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumi...
03/06/2026

Tahniah diucapkan kepada Universiti Teknologi MARA(UiTM) Terengganu di atas penganjuran Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera (KEUB) 2026 yang berlangsung di Terengganu Equestrian Resort, semalam.

Dalam majlis yang telah dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Dato’ Rozi Mamat serta Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM, Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi ini turut disertai oleh pelajar-pelajar UiTM dari cawangan-cawangan lain.

YPU Terengganu amat berbesar hati apabila turut terlibat dalam satu Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UiTM dan YPU Terengganu.

YPU Terengganu telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Afnida Aini Alwi dan Pengurus Kanan Korporat, YM T Ahmad Shabirin Awalludin sebagai saksi manakala UiTM p**a diwakili oleh Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, Dr. Baktiar Musa dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya. Dr. Ts. Sarifah Fauziah Syed Deraman sebagai saksi.

MoU ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan 2 hala antara UiTM Terengganu dan YPU Terengganu disamping dapat berkongsi pendapat dan pandangan dari sudut inovasi yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar bagi kegunaan setempat khususnya dalam bidang keusahawanan.

Selain daripada MoU tersebut, pelbagai pengisian lain turut dijalankan sempena KEUB 2026 antaranya Super Pitch oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Datuk Sri Ibrahim Ahmad serta forum bertajuk Menilai Pelaksanaan Dasar dan Pemerkasaan Usahawan Bumiputera.

Sekali lagi YPU Terengganu mengucapkan tahniah kepada UiTM Terengganu di atas kejayaan pelaksanaan KEUB 2026.






SEMINAR BIJAK URUS AKAUN, JIMAT CUKAI PERNIAGAANJom Sertai kami seperti butiran berikut:🗓️ Tarikh: 16 JUN 2026 (SELASA)⏰...
03/06/2026

SEMINAR BIJAK URUS AKAUN, JIMAT CUKAI PERNIAGAAN

Jom Sertai kami seperti butiran berikut:

🗓️ Tarikh: 16 JUN 2026 (SELASA)
⏰ Masa: 8:30 pagi – 1.00 tengahari
📍Tempat: Dewan Konvensyen, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)

Pendaftaran boleh dibuat melalui imbas kod qr atau klik link google form https://docs.google.com/forms/d/1VqcukexiYBqilvS6UO38sM21DGq0hp_YIcOfqQsC7Sg/edit

Syed Nazir & Co
Pengurus Program:
1. Munirah - 017 2989836

Emel: [email protected]
Talian : 011 67703228

Tarikh Tutup Penyertaan: 14 JUN 2026 (AHAD)

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sul...
31/05/2026

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Sembah Takzim daripada Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh warga Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.

Daulat Tuanku

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M kepada seluruh muslimin dan muslimat seluruh negara. Semoga amal ibada...
26/05/2026

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M kepada seluruh muslimin dan muslimat seluruh negara.

Semoga amal ibadah kita dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. Amin

Ikhlas daripada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh warga kerja YPU Terengganu.






SELAMAT MENYAMBUT HARI ARAFAH 1447H/2026M“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucap...
25/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI ARAFAH 1447H/2026M

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah :

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT yang satu saja, tidak ada sekutu bagiNya, milikNya kekuasaan dan milikNya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu.” HR At-Tarmidzi

Selamat menyambut Hari Arafah kepada muslimin dan muslimat dari Pengerusi, Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh Warga Kerja Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.






Address

Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Padang Hiliran
Kuala
21100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096242424

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU):

Share