Pas Cawangan Kampung Padang

Pas Cawangan Kampung Padang Laman Rasmi Parti Islam Semalaysia (PAS) Cawangan Kampung Padang,Batu Buruk,Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman

Saya agak terkilan kerana tidak dapat untuk menghadiri kuliyah pagi jumaat oleh ayahanda Tuan Guru  pada pagi esok keran...
12/05/2016

Saya agak terkilan kerana tidak dapat untuk menghadiri kuliyah pagi jumaat oleh ayahanda Tuan Guru pada pagi esok kerana terikat dengan program-program di luar Terengganu. Walaupun sebelum ini banyak juga yang saya ketinggalan akan tetapi kuliyah pada esok pagi sangat istimewa berbanding yang lain.

Ayahanda Tuan Guru akan khatam kuliyah tafsirnya setelah 20 tahun berlalu. Ini adalah kali kedua selepas khatam pada kali pertama pada tahun 1996. Semasa khatam kali pertama saya masih lagi belajar di Yaman.

Majlis ilmu di Masjid Rusila bermula semenjak daripada moyang saya, almarhum Tuan Guru Hj Abdul Rahman yang membuka pondok setelah kembali menuntut ilmu dari Pattani. Setelah itu ianya diteruskan oleh anaknya almarhum Tuan Guru Hj Awang Muhammad iaitu ayah kepada Tuan Guru Hj Abdul Hadi. Pada tahun 1975 datuk saya meninggal dunia dan majlis ilmu ini diteruskan oleh ayahanda Tuan Guru sekembalinya dari Madinah dan Mesir pada tahun 1976 sehinggalah sekarang. ( Insyaallah saya akan menulis sejarah Masjid Rusila selepas ini ).

Ayahanda Tuan Guru sangat istiqamah dengan kuliyahnya dan tidak pernah meninggalkannya kecuali jika sekiranya ada tugas-tugas penting di luar negara. Hatta ketika pembentangan bajet di parlimen yang kebiasaannya dibuat pada hari jumaat; beliau tidak menghadirinya kerana mengutamakan kuliyah pagi jumaatnya. Saya berfikir barangkali dalam benaknya; lebih baik menyampaikan ilmu kepada orang kampung daripada hanya mendengar pembentangan daripada pemerintah. Walaupun begitu beliau mengikutinya secara live dan membuat catitan untuk sesi perbahasan berikutnya.

Tanggal 6 Sya'ban 1437 bersamaan 13 Mei 2016 akan menjadi kenangan yang sangat indah kepada sesiapa yang mengikuti kuliyah tafsirnya. Pada pengetahuan saya individu yang paling lama menuntut dan masih lagi hidup ialah Pak De Mud dari kampung Ru Dua. Beliau menadah kitab-kitab di Masjid Rusila sejak daripada zaman moyang saya almarhum Tuan Guru Hi Abdul Rahman lagi. Barangkali umurnya sekarang sudah melebihi 100 tahun.

Dua kali khatam selama 40 tahun merupakan satu perjalanan yang panjang akan tetapi ianya sangat singkat bagi sesiapa yang menghargai masanya. Mudah-mudahan Allah menerima amalan ayahanda dan memberikan kekuatan kepadanya untuk terus menyampaikan ilmu kepada masyarakat dan diberikan kekuatan untuk mendepani cabaran-cabaran mendatang.

# Doakan untuk saya menyiapkan himpunan lengkap tafsirnya nanti insyaallah.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
5 Sya'ban 1437 / 12 Mei 2016

24/03/2016
Molek bhase
01/03/2016

Molek bhase

Inilah jawapan Terengganu Daily atas jemputan kami peniaga2 basteng MBKT

PERANAN ABU TALIB TERHADAP NABI,PERANAN INDIA HINDU TERHADAP PASSatu lagi kisah yang nostalgik dan menarik untuk saya ko...
28/02/2016

PERANAN ABU TALIB TERHADAP NABI,
PERANAN INDIA HINDU TERHADAP PAS

Satu lagi kisah yang nostalgik dan menarik untuk saya kongsikan bersama. Peristiwa kecil, namun telah mempengaruhi method perjuangan sehingga hari ini. Ceritanya adalah berkenaan bagaimana PAS boleh dibenarkan menjadi sebuah 'parti' di bawah pemerintah British sebelum merdeka.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh bekas Yang Di Pertua PAS kedua, Dr Haji Abbas kepada Tuan Guru Ayah Chik. Menurut Ayah Chik, Dr Haji Abbas memberitahu sebelum British memberikan kemerdekaan buat Malaysia, mereka telah mengisytiharkan untuk diadakan pilihanraya di Tanah Melayu pada tahun 1955. PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951 p**a asalnya berdaftar sebagai sebuah NGO atas nama Persatuan Islam Se Tanah Melayu, bukan atas nama parti kerana tidak diizinkan oleh British. Dengan pengisytiharan tersebut, alim ulama berijtihad bahawa perlu menyertai pilihanraya ini.

Lalu jawatankuasa PAS yang dipimpin oleh Dr Hj Abbas memutuskan untuk mendaftarkan PAS sebagai sebuah parti bagi membolehkan untuk bertanding pilihanraya. Maka pergilah beliau dengan sepenuh tawakkal ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan untuk melaksanakan hal tersebut. Walaupun tahu hampir mustahil pertubuhan bernama Islam ini didaftarkan, beliau tidak menyerah begitu sahaja sebelum mencuba.

Nak dijadikan cerita, Pengarah Jabatan iaitu orang British kebetulan tidak ada di pejabat waktu itu. Yang ada hanyalah timbalannya sahaja, seorang India Hindu. Apabila berjumpa sesama mereka. Masing-masing terkejut. Sebenarnya mereka sudah pernah berjumpa dan kenal sebelum ini.

Timbalan Pengarah tersebut pernah menjadi tahanan Komunis suatu masa dahulu. Tetapi menggunakan pengaruh Dr Haji Abbas yang merupakan Pengarah Hospital Besar Kuala Terengganu, beliau berjaya masuk ke kem tahanan dan membebaskan India Hindu itu. Tidak sangka p**a orang tersebut dilantik British sebagai Timbalan Pengarah Jabatan.

Sebaik bertanya khabar, India tersebut bertanya tujuan Dr Haji Abbas datang. Jawab Dr Abas berterus terang, dia mahu menukar status PAS kepada sebuah parti.

Tanpa berfikir panjang, India tersebut terus menandatangani permohonan Dr Haji Abbas. Jasa baik Dr Abbas telah membuka hati orang bukan Islam untuk melicinkan gerakerja Islam. Maka luluslah PAS sebagai sebuah parti sejak hari itu.

Begitu hebat aturan tuhan! Tanpa siapa sangka, apabila Allah kehendakkan pertolonganNya kepada pejuang agamaNya, dengan apa cara sekalipun ia boleh berlaku. Di sebalik kejayaan parti bernama Islam ini menempuh arus-arus bahaya politik tanahair, rupanya terselit nama seorang India Hindu yang sangat berjasa. Tekad Dr Abbas menjalankan tuntutan jemaah dibayar pertolongan yang sangat menakjubkan!

Menurut Ayah Chik, tuhan tolong Islam ini dengan berbagai cara sebagaimana tuhan tolong Islam zaman Nabi dahulu. Perjuangan Nabi Muhammad SAW juga ditolong oleh Abu Talib, bapa saudaranya. Walaupun sehingga akhir hayat beliau tidak menerima hidayah, tetapi peranannya cukup besar untuk Islam.

Tambah Ayah Chik lagi, siapa sangka tuhan membantu Islam di zaman Nabi Musa, melalui tindakan Firaun sendiri. Niatnya untuk membunuh orang yang didakwa akan menjatuhkan kerajaannya, tuhan tukar menjadikan beliau sendiri yang membesarkan orang tersebut dari istananya.

Peristiwa sebegini sepatutnya menambah keyakinan kita terhadap janji tuhan. Jangan berhenti mengharap daripada Allah SWT. Semua pihak di atas dunia ini adalah milikNya termasuk pihak yang lawan perjuangan kita sekarang. Jika diinginiNya, tentu dia boleh buat apa sahaja dengan mereka semua.

Apalagi yang perlu kita persoalkan. Teruskanlah bekerja dan berusaha. Soal bila akan menang tak perlu dirisaukan kerana itu kerja tuhan. Kerja kita hanya cukupkan syarat untuk menang. Kelak bila tiba waktu Allah hendakinya, apa cara sekalipun pasti berlaku!

إن تكونوا تألمون،
فإنهم يألمون كما تألمون..
وترجون من الله ما لا يرجون....

(Alang Ibn Shukrimun)

11/02/2016

(Admin) : Memimpin solat jenazah Khadijah bt Embong di Kampung Bukit Baru, Pengkalan Berangan, Marang.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama sama hamba yang beriman.

10/02/2016

Berita Terkini Pelbagai Sumber

29/01/2016
27/01/2016

Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, sumber tidak dinamakan dilaporkan mendakwa bahawa wang itu datang daripada allahyarham Raja Abdullah, yang meninggal dunia tahun lalu.
Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) hari ini, dua kementerian negara itu enggan mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali semalam.
Kementerian-kementerian itu bagaimanapun dilaporkan berkata mereka tiada maklumat berhubung sumbangan itu, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Pegawai-pegawai kerajaan Saudi, ketika enggan mengulas secara khusus terhadap kenaytaan pendakwa, berkata kementerian luar dan kewangannya tiada maklumat berhubung pemberian sebegitu dan sumbangan diraja ke akaun peribadi pemimpin luar tidak mempunyai duluan.
“Wakil-wakil keluarga diraja tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mereka,” menurut laporan WSJ.
Dana lawan Ikhwan?
Sementara itu, memetik sumber, BBC juga mendakwa wang itu daripada Abdullah, bagi membantu Najib memang dalam pilihan raya umum 2013.
Media British itu melaporkan sumber mereka – yang berkedudukan tinggi dan enggan dikenali – mendakwa wang itu dikeluarkan daripada kewangan peribadi Abdullah dan simpanan-simpanan negara itu.
“Tujuan sumbangan itu mudah, kata sumber Saudi – untuk membantu Najib dan gabungannya menang pilihan raya, menggaji pasukan komunikasi yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa, menumpukan kepada wilayah-wilayah di Sarawak dan menaja program sosial melalui kempen parti.
“Tetapi kenapa Saudi ambil berat berkaitan pilihan raya di negara bukan Arab yang lebih 6,000km dari tempat mereka? Jawapannya, kata sumber, terletak terhadap kebimbangan peningkatan kuasa Ikhwanul Muslimin, yang mereka anggap pertubuhan pengganas.
“Saudi sebelum ini kesal dengan apa yang berlaku di Mesir, yang menyaksikan presiden Mohammed Morsi sibuk mengukuhkan penguasaan Ikhwan di negara itu,” menurut laporan itu.

Laporan itu menyebut, hubungan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat, termasuk PAS, menyaksikan pendiri-pendirinya dinspirasikan oleh Ikhwan.
Ia juga menyebut, terdapat kurang bukti menunjukkan Ikhwan mendapat sokongan sebegitu di Malaysia.
Semalam, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan salah laku yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Apandi antaranya menyebut, AS681 juta (RM2.08 bilion) disumbangkan kepada Najib daripada keluarga diraja Saudi tanpa apa-apa balasan.
Beliau juga berkata AS$620 (RM2.03 bilion) dip**angkan semula kerana tidak diguna pakai.
Sumbangan itu dibuat menjelang pilihan raya umum ke-13 dan semasa pemerintahan Abdullah.
Bagaimanapun, WSJ melaporkan penyiasat antarabangsa tidak percaya dengan versi ini.
“Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan agensi kerajaan lain luar Malaysia terus menyiasat pemindahan itu,” menurut laporan itu.
Laporan itu juga menyebut bekas penganalisis politik di Kedutaan Saudi di Washington berkata idea sumbangan sebanyak itu daripada kerabat Saudi ke akaun peribadi, dan bukan institusi kerajaan, hanya “suspek”.
Bagaimanapun, sumber Saudi BBC berkata tiada yang tidak kena dalam sumbangan itu.
Katanya, negara-negara seperti Jordan, Maghribi dan Sudah sudah mendapat manfaat ratusan juta dolar daripada dana kerabat diraja Saudi. – Malaysiakini
Please Share




Kongsi di Facebook
Kongsi

0






Kongsi di Twitter
Tweet

0






Kongsi di Google Plus
Kongsi

0


Tolong Komen & Share

26/01/2016
Jom
12/01/2016

Jom

Ayuh pemuda!...sama2 ke muktamar skjp lagi..
15/08/2014

Ayuh pemuda!...sama2 ke muktamar skjp lagi..

Address

Batu Buruk
Kuala
20400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pas Cawangan Kampung Padang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share