Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu

Bersama Queen of The Court.. Maisarah Affandi.❀️Alhamdulillah, Terengganu Marvels berjaya mara ke final setelah menewask...
14/05/2026

Bersama Queen of The Court.. Maisarah Affandi.❀️

Alhamdulillah, Terengganu Marvels berjaya mara ke final setelah menewaskan Kedah Sunshine.

Doakan kejayaan Team Bola Jaring Terengganu.
Jumpa di Final esok.




Kredit: YB Hajah Zuraida Md Noor

Deretan kedai di tingkat atas Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mungkin tidak lagi semeriah era 1990-a...
14/05/2026

Deretan kedai di tingkat atas Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mungkin tidak lagi semeriah era 1990-an, namun kawasan itu masih menyimpan nilai nostalgia yang cukup dekat dengan warga bandar raya ini.

Baca artikel penuh πŸ‘‡

HADITH TIDAK BERKURANG HARTA SEBAB BERSEDEKAHSOALAN :Selalu saya dengar ustaz sebut harta kita tidak akan berkurang kala...
13/05/2026

HADITH TIDAK BERKURANG HARTA SEBAB BERSEDEKAH

SOALAN :

Selalu saya dengar ustaz sebut harta kita tidak akan berkurang kalau kita bersedekah.
Soalan saya adakah itu hadith atau perkataan ulamak?

JAWAPAN :

Apa yang saya sebut itu ialah hadith Nabi sollallahu alaihi wasallam.

Ada beberapa riwayat yang berlebih kurang lafaznya tetapi bersamaan maknanya.

Setengahnya hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

Ω…ΩŽΨ§ Ω†ΩŽΩ‚ΩŽΨ΅ΩŽΨͺΩ’ Ψ΅ΩŽΨ―ΩŽΩ‚ΩŽΨ©ΩŒ مِنْ Ω…ΩŽΨ§Ω„ΩΨŒ ΩˆΩŽΩ…ΩŽΨ§ زَادَ Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω ΨΉΩŽΨ¨Ω’Ψ―Ω‹Ψ§ Ψ¨ΩΨΉΩŽΩΩ’ΩˆΩ Ψ₯ΩΩ„Ω‘ΩŽΨ§ ΨΉΩΨ²Ω‘Ω‹Ψ§ΨŒ ΩˆΩŽΩ…ΩŽΨ§ Ψͺَوَاآَعَ أَحَدٌ Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω Ψ₯ΩΩ„Ω‘ΩŽΨ§ Ψ±ΩŽΩΩŽΨΉΩŽΩ‡Ω Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω

Artinya : β€œTiada mengurangkan oleh sedekah akan harta dan tiada menambah oleh Allah akan hamba yang memberi maaf melainkan akan kemuliaan dan tiada merendah diri oleh seseorang kerana Allah melainkan Allah akan mengankat darjatnya.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

Dan setengahnya hadith yang diriwayakan daripada β€˜Amr bin Sa’ad Al-Anmary r.a. daripada Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

Ω…ΩŽΨ§ Ω†ΩŽΩ‚ΩŽΨ΅ΩŽ Ω…ΩŽΨ§Ω„Ω عَبدٍ مِن Ψ΅ΩŽΨ―ΩŽΩ‚ΩŽΨ©Ω

Artinya : β€œTidak berkurang oleh harta seseorang dari kerana bersedekah.” (Hadith riwayat At-Tirmizi)

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Kredit:UAI

Kerajaan Terengganu memperkemas Skim Pinjaman Pembelian Motosikal di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) bagi membo...
13/05/2026

Kerajaan Terengganu memperkemas Skim Pinjaman Pembelian Motosikal di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) bagi membolehkan lebih ramai rakyat khususnya belia dan golongan B40 memiliki motosikal untuk bekerja, berniaga dan menjana pendapatan.

Baca artikel di bawah πŸ‘‡

Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan turun padang menyantuni para pemandu bas dan teksi dalam Program Santuni Pem...
13/05/2026

Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan turun padang menyantuni para pemandu bas dan teksi dalam Program Santuni Pemandu Bas dan Teksi yang berlangsung di Stesen Bas Kuala Terengganu.

Turut bersama saya ialah YB Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, dan Kesihatan Negeri Terengganu dalam menyantuni dan mendengar sendiri pandangan serta keperluan warga pemandu yang menjadi antara nadi penting perkhidmatan pengangkutan awam negeri ini.

Pertemuan ini memberi ruang untuk kami mendengar sendiri suara dan perkongsian mereka yang saban hari bertungkus-lumus mencari rezeki demi keluarga serta memastikan kelancaran perjalanan masyarakat.

Di sebalik tugas yang mencabar, para pemandu bas dan teksi inilah antara insan penting yang sentiasa berkhidmat tanpa mengira waktu, cuaca dan penat lelah.

Kami amat menghargai segala komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan oleh mereka semua. Semoga kebajikan golongan ini terus diberikan perhatian dan dipermudahkan segala urusan mencari rezeki.

Terima kasih atas kesempatan untuk bersama-sama pada malam ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat dan membawa manfaat kepada semua.



Kredit:YB Ustaz Ariffin Deraman

Terima kasih buat seluruh insan bergelar jururawat yang sentiasa tabah, cekal dan penuh kasih dalam menggalas amanah men...
12/05/2026

Terima kasih buat seluruh insan bergelar jururawat yang sentiasa tabah, cekal dan penuh kasih dalam menggalas amanah menjaga masyarakat. Semoga setiap pengorbanan dan jasa kalian diberkati serta dipermudahkan segala urusan.

Selamat Hari Jururawat 12 Mei 2026 πŸ’

Kredit:Muslimat DUN Buluh Gading

Penyatuan ummah bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan. Kredit: YAB MB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
12/05/2026

Penyatuan ummah bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan.

Kredit: YAB MB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

Dukacita dimaklumkan, dua beradik yang dilaporkan lemas di Sungai Jeram petang tadi telah ditemukan kira-kira jam 6 peta...
12/05/2026

Dukacita dimaklumkan, dua beradik yang dilaporkan lemas di Sungai Jeram petang tadi telah ditemukan kira-kira jam 6 petang.

Anakanda Almarhumah Nur Afiqah Shahirah Mohd Shawalluddin,15 Tahun dan adiknya, Almarhumah Nur Shahila Shahirah Azman,12 Tahun telah ditemui selepas operasi pencarian dijalankan oleh pihak berkuasa bersama penduduk kampung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, PDRM, RELA, Jabatan Amal Malaysia serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam operasi pencarian dan menyampaikan doa buat mangsa.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.



Kredit: YB Dato' Dr. Alias Razak

|| π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πŒπ”π’π‹πˆπŒπ€π“ 𝐃𝐔𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀 ||Minggu ini, Team Kebajikan Muslimat DUN Sura bersama Pegawai i-MiTS dan Ketua Mu...
12/05/2026

|| π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πŒπ”π’π‹πˆπŒπ€π“ 𝐃𝐔𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀 ||

Minggu ini, Team Kebajikan Muslimat DUN Sura bersama Pegawai i-MiTS dan Ketua Muslimat Dun Sura, Kak Ros berkesempatan menziarahi beberapa buah rumah di Cawangan Teluk Lipat yang diuji sakit dan susah.

Sedikit sumbangan telah disampaikan sebagai tanda prihatin dan sokongan. Kami mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan mereka serta mengurniakan kesembuhan kepada semua yang sedang sakit.



Kredit:Muslimat DUN Sura

Selamat Hari Jururawat buat seluruh warga jururawat yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan negara.Terima kasih at...
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat buat seluruh warga jururawat yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan negara.

Terima kasih atas pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan dalam menjaga pesakit tanpa mengira waktu dan keadaan.

Jasa kalian amat besar dan sentiasa dihargai. Semoga terus diberi kekuatan, kesihatan dan keberkatan dalam menjalankan amanah. 🀍

Kredit: YB HAJI HANAFIAH MAT

Address

No 33 Taman Sri Intan Jalan Sultan Omar
Kuala

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu:

Share