Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat

Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat, Government Organization, BAHAGIAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU TINGKAT 2, WISMA DARUL IMAN, Kuala.

PERANAN BPTM

* Merancang Dasar Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Oleh Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri.
* Memberi Bantuan Khidmat Perundingan Untuk Pembangunan Sistem Dan Perolehan Perkakasan Dan Perisian Bagi Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri.
* Menyelaras Dan Mengawasi Secara Menyeluruh Atas Penggunaan Komputer Dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri.
* Menyelaras Aktiviti

Penyimpanan Data Atau Maklumat Oleh Semua Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri.
* Mengawal Operasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Berjalan Dengan Berkesan.

Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Warga Kerja Wisma Darul Iman bagi Bulan Januari hi...
05/05/2026

Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Warga Kerja Wisma Darul Iman bagi Bulan Januari hingga April tahun 2026 telah diadakan pada 3 Mei 2026. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Azmi Bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Wan Nurul Siti Aishah Binti Wan Nasruddin daripada Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (BPTM) penerima anugerah pekerja cemerlang bagi bulan April 2026. Terima kasih kepada semua warga Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis pada kali ini.

Gambar Sumber: Media SUK Korporat

Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar telah menyempurnakan perasmian Majlis Pelanca...
30/04/2026

Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar telah menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Kiosk Layan Diri Terengganu Pay pada 29 april 2026. Majlis ini telah berlangsung di Damai Lounge, Pejabat Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman.

Turut hadir pada majlis tersebut, YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham selaku Setiausaha Kerajaan Terengganu serta YB Haji Nurkhuzaini bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau.

Terengganu Pay ini merupakan salah satu usaha bagi memperkukuhkan pendigitalan di samping dapat memudahkan perkhidmatan negeri bagi memastikan urusan rakyat lebih pantas dan cekap. Inovasi kiosk layan diri ini membuktikan komitmen kerajaan dalam meningkatkan akses teknologi selari dengan arus perdana transformasi digital masa kini.

Tahniah dan terima kasih kepada semua warga Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat yang terlibat secara langsung bagi memeriahkan lagi majlis pada kali ini.

Gambar Sumber: Media SUK Korporat

Majlis Tautan Kasih & Jalinan Mesra Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat telah diadakan pada 16 April 2026 di Tingkat...
16/04/2026

Majlis Tautan Kasih & Jalinan Mesra Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat telah diadakan pada 16 April 2026 di Tingkat 2, Wisma Darul Iman.

Majlis ini diadakan untuk meraikan persaraan Encik Rasid Bin Muda bagi mengenang jasa beliau sepanjang berkhidmat di jabatan ini. Terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis pada kali ini.

10/04/2026

⏳3 hari lagi!
Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Negeri Terengganu bakal berlangsung pada 13–18 April 2026 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.

21/03/2026
21/03/2026
Kelab Wisma Darul Iman melalui Biro Keagamaan dan Kerohanian dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera ...
18/03/2026

Kelab Wisma Darul Iman melalui Biro Keagamaan dan Kerohanian dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Wisma Darul Iman yang melibatkan 10 kelab. Majlis tersebut telah diadakan pada 18 Mac 2026 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman .

Di majlis berkenaan turut diadakan serahan cenderahati penyertaan kepada wakil kelab.Terima kasih diatas kehadiran warga Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (Kelab Virus) dalam memeriahkan lagi majlis pada kali ini.

Majlis Khatam Al-Quran Kelab Virus telah diadakan pada 16 Mac 2026 di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa III . Seramai 19 ahli...
18/03/2026

Majlis Khatam Al-Quran Kelab Virus telah diadakan pada 16 Mac 2026 di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa III . Seramai 19 ahli Kelab Virus telah mengambil peluang menghidupkan bulan Ramadan pada kali ini dengan menamatkan bacaan tadarus Al -Quran di Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat.

Di majlis berkenaan turut diadakan Sumbangan Berbuka Puasa & Sumbangan Hari Raya. Terima kasih diatas kehadiran warga Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat dalam memeriahkan lagi majlis berkenaan.

25/02/2026

Sesi tinjauan dan uji cuba Kiosk TPay bersama Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau Terengganu , YB Haji Mohd Nurkhuzaini Bin Ab. Rahman

Sesi tinjauan dan uji cuba Kiosk TPay telah berlangsung pada hari ini di lobi Wisma Darul Iman bersama Pengerusi Jawatan...
25/02/2026

Sesi tinjauan dan uji cuba Kiosk TPay telah berlangsung pada hari ini di lobi Wisma Darul Iman bersama Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu, YB Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman.

Turut hadir mengiringi ialah Setiausaha Bahagian (Pembangunan Teknologi Maklumat) serta barisan urus setia dan pasukan teknikal yang terlibat secara langsung dalam pembangunan dan pelaksanaan Kiosk TPay.

Sebagai langkah memperluas penggunaan pembayaran digital dalam perkhidmatan kerajaan, Kiosk TPay kini turut ditempatkan di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu bagi memudahkan orang awam melaksanakan transaksi secara lebih pantas, selamat dan efisien.

Sehingga kini terdapat beberapa perkhidmatan bayaran yang boleh dilaksanakan melalui Kiosk TPay antaranya Cukai Tanah, Bayaran Fidyah kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Bayaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Terengganu, Bayaran urusan perkahwinan melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dan Sumbangan Masjid di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) serta Sumbangan kepada Tabung Darul Iman.

https://tpay.terengganu.gov.my


Address

BAHAGIAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU TINGKAT 2, WISMA DARUL IMAN
Kuala
20000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096231957

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat:

Share