DOSH Terengganu

DOSH Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DOSH Terengganu, Government Building, Aras 3, Wisma PERKESO, Jalan Air Jernih, Kuala.

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA)
Aras 3, Wisma Perkeso Jalan Air Jernih
20538 Kuala Terengganu
(T) 09-622 5288
(F) 09-6236654


Page Rasmi JKKP Terengganu

Selamat Menyambut Hari RAYA AIDILADHA 2026 kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang meraikannya. Semoga ibadah korban ...
27/05/2026

Selamat Menyambut Hari RAYA AIDILADHA 2026 kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang meraikannya.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi wasilah mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meraih ganjaran yang besar di sisi-Nya.

SELAMAT MAJU JAYA PUAN ROSNITA.Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap permulaan pasti ada pengakhiran.Hari ini, s...
25/05/2026

SELAMAT MAJU JAYA PUAN ROSNITA.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap permulaan pasti ada pengakhiran.

Hari ini, seluruh warga Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Terengganu dengan rasa berat hati tetapi penuh penghormatan, mengucapkan selamat berpisah dan selamat maju jaya kepada:

Puan Rosnita binti A D Abdul Jaleel (Pembantu Tadbir, JKKP Terengganu)

Terima Kasih Atas Segala Jasa
Sepanjang berkhidmat di JKKP Terengganu, beliau telah mempamerkan komitmen yang tinggi, dedikasi, serta kerjasama yang luar biasa dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran. Segala sumbangan, keringat, dan memori indah yang ditinggalkan amat bermakna buat kami semua.

"Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan."

Kami mendoakan agar Puan Rosnita sentiasa dipermudahkan urusan, diberikan kesihatan yang berpanjangan, dan terus cemerlang dalam kerjaya di tempat baharu nanti.

Terima kasih atas segala-galanya. Jasamu tetap dikenang!

Tahniah Dan Terima Kasih Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu!Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kep...
17/05/2026

Tahniah Dan Terima Kasih Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) serta seluruh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Terengganu atas ruang, peluang, dan kerjasama yang diberikan.

Pihak kami amat berbesar hati dapat mengendalikan Taklimat Pendaftaran Tempat Kerja Sistem MYKKP secara atas talian yang melibatkan seramai 20 orang wakil peserta tadi.

Inisiatif dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak JPNT dalam memastikan kesedaran serta pematuhan keselamatan di tempat kerja melalui sistem MYKKP ini amat dipuji.

Semoga taklimat yang diberikan hari ini dapat memberikan manfaat yang berimpak tinggi kepada semua pihak yang terlibat.

LATIHAN DALAMAN BERKAITAN PERATURAN CDM 2024 DAN SENARAI SEMAK OSHPAHari ini telah berlangsung sesi latihan dalaman berk...
17/05/2026

LATIHAN DALAMAN BERKAITAN PERATURAN CDM 2024 DAN SENARAI SEMAK OSHPA

Hari ini telah berlangsung sesi latihan dalaman berkaitan Peraturan CDM 2024 dan senarai semak OSHPA bagi memperkasakan pemahaman pegawai JKKP Terengganu untuk penguatkuasaan di tapak pembinaan.

Sesi ini dipengerusikan oleh Ts. Amree bin Ghazi, Timbalan Pengarah Operasi, JKKP Terengganu dan taklimat di sampaikan oleh Cik Siti Shahidatul Tasnaem binti Alias daripada Seksyen Kerja Bina, JKKP Terengganu.

Cik Siti Shahidatul Tasnaem menekankan bahawa semua pihak yang berkaitan dalam pelaksanaan sesuatu projek mempunyai tanggungjawab perundangan masing- masing termasuk pemaju, perunding dan kontraktor untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tapak bina.

SINERGI KESELAMATAN BERSAMA VELESTO ENERGY BERHAD!13 MEI 2026: JKKP Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke...
13/05/2026

SINERGI KESELAMATAN BERSAMA VELESTO ENERGY BERHAD!

13 MEI 2026: JKKP Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Velesto Energy Berhad di atas jemputan kepada JKKP sebagai Perasmi dan Unit Promosi sebagai pempamer sempena Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Velesto Energy Berhad).

Kami sangat berbesar hati kerana dapat bersama-sama menyokong inisiatif murni ini yang bertujuan untuk memperkukuh budaya keselamatan di peringkat industri minyak dan gas.

Berikut adalah butiran program tersebut:

πŸ“… Tarikh: 13 Mei 2026
πŸ•£ Masa: 8:30 pagi – 1:30 petang
πŸ“ Tempat: Velesto Energy Berhad, WH44, Pangkalan Bekalan Kemaman.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif mempromosikan OSH-SURE (Occupational Safety & Health Sustainability and Readiness Model). Langkah ini juga selari dengan aspirasi Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2030 (OSHMP30) dalam memperkasakan tadbir urus OSH dan meningkatkan kompetensi pihak industri.

Kehadiran JKKP Terengganu di program ini adalah bukti komitmen kami dalam memberi sokongan padu kepada pihak industri untuk memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat buat semua pekerja.

07/05/2026

TRAGEDI "HIROSHIMA SUNGAI BULOH".

7 Mei 2026: Hari ini 35 tahun yang lalu, berlaku tragedi letupan kilang mercun di Sungai Buloh, Selangor.

Kilang mercun Bright Sparklers terletak di kawasan perumahan berkepadatan tinggi di Kampung Baru Sungai Buloh. Segalanya musnah bermula jam 3.45 petang 7 Mei 1991 apabila satu kemalangan terjadi di bilik ujikaji kilang tersebut.

Dikatakan seorang ahli kimia Hong Kong menguji sejenis mercun yang sepatutnya melancar & meletup ke atas, namun ia tumbang lalu meledak ke arah tempat simpanan mercun yang siap dibungkus, mencetuskan letupan yang dahsyat.

10 minit kemudian, letupan ke-2 berlaku sebelum disusuli letupan ke-3 yang terkuat pada jam 4 petang yang boleh dirasainya hingga beberapa kilometer sebelum 20 lagi letupan susulan berlaku. Kilang lain & rumah di sekitarnya musnah & terbakar.

Lebih 50 anggota bomba bersama 8 jentera pemadam api dari Kem Tentera Sg. Buloh, balai bomba KL, Petaling Jaya, Damansara Utama & Shah Alam dikerah ke tempat kejadian untuk operasi memadam api, mencari & menyelamat mangsa.

Pasukan bomba berdepan cabaran apabila pili bomba jauh dari tempat kejadian, tekanan air p**a rendah & terpaksa menggunakan bekalan air sendiri & angin kencang memarakkan kebakaran. Selepas kurang lebih 2 jam, api dapat dipadamkan.

Operasi mencari & menyelamat yang berlanjutan beberapa hari menemukan 26 mayat & sekurang-kurangnya 83 orang cedera, kesan letupan dahsyat 200 tan belerang. Turut ditemukan lagi 30 tan bahan bakar yang disimpan di stor bawah tanah.

Kuatnya letupan kilang mercun tersebut hingga insiden itu digelar β€œHiroshima Sg. Buloh.” Susulan tragedi tersebut, siasatan mendapati kilang tersebut sebenarnya beroperasi secara haram sejak 1978 malah turut menggunakan pekerja bawah umur.

Tragedi tersebut membawa kepada pengharaman mercun & penutupan kilang-kilang mercun seluruh negara, terbentuknya unit HAZMAT pada 1992 serta wujudnya Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerja 1994.

Sumber: Utusan Malaysia, Cilisos, Arkib Negara Malaysia

07/05/2026

-[Perhatian]-

PERHATIAN OPERATOR & JURUTERA DANDANG STIM

Permohonan penggantian buku fizikal kepada Slip Perakuan Pendaftaran akan ditutup pada 1 Jun 2026.

Semua pemegang kekompetenan yang masih belum membuat penggantian hendaklah mengemukakan permohonan sebelum tarikh tersebut.

Tiada permohonan diterima selepas tarikh ini.

"Kesejahteraan Mental Pekerja dalam Dunia Digital".Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan...
05/05/2026

"Kesejahteraan Mental Pekerja dalam Dunia Digital".

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Terengganu atas jemputan ke Program Menelusuri 1 Mei 2026: Pekerja Kesuma Bangsa.

Program yang dianjurkan bersama Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) ini merupakan platform terbaik dalam memperkasakan kebajikan pekerja di negeri ini.

Pihak JKKP Terengganu amat berbesar hati dapat turut serta dalam
Sesi Bual Bicara & Perkongsian: Bertemakan "Kesejahteraan Mental Pekerja dalam Dunia Digital".

05/05/2026

ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π ππ„ππ˜π„π‘π“π€π€π πŽπ’π‡πŒπ πŸ‘πŸŽ

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mempelawa pihak industri dan organisasi untuk menyertai pelaksanaan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2026–2030 (OSHMP30) sebagai rakan strategik.

Inisiatif ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam membina persekitaran kerja yang selamat, sihat dan produktif selaras dengan agenda keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara.

πŸ“Œ Terbuka kepada pihak industri & organisasi
πŸ“Œ Penyertaan sebagai rakan strategik JKKP
πŸ“Œ Tertakluk kepada penilaian dan kelulusan

πŸ‘‰ Imbas kod QR pada poster untuk membuat permohonan

Bersama kita memperkasa budaya kerja selamat demi masa hadapan tenaga kerja Malaysia.

Address

Aras 3, Wisma PERKESO, Jalan Air Jernih
Kuala
20538

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096225288

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DOSH Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to DOSH Terengganu:

Share