Dun Terengganu Kite

Dun Terengganu Kite Page Rasmi Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu

Lensa sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul ﷺ Peringkat Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu..اللهم صل على سيدنا مح...
27/08/2026

Lensa sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul ﷺ Peringkat Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu..

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم ﷺ



“TerengganuMajuBerkatSejahtera”

TAKLIMAT PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN REKOD DAN ARKIB ELEKTRONIK NEGERI TERENGGANU (TERA)Alhamdulillah, hari ini warga k...
29/07/2026

TAKLIMAT PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN REKOD DAN ARKIB ELEKTRONIK NEGERI TERENGGANU (TERA)

Alhamdulillah, hari ini warga kerja Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu telah menghadiri Taklimat Penggunaan Sistem Pengurusan Rekod dan Arkib Elektronik Negeri Terengganu (TERA) yang berlangsung di Pusat Latihan ICT, Paya Keladi.

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada kakitangan mengenai pelaksanaan dan penggunaan sistem TERA sebagai platform rasmi pengurusan surat-menyurat serta rekod jabatan secara digital.

Semoga ilmu dan pendedahan yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuhkan pengurusan rekod yang lebih sistematik, cekap dan berintegriti, selaras dengan usaha pendigitalan perkhidmatan awam Negeri Terengganu.



“TerengganuMajuBerkatSejahtera”

Lensa sekitar Majlis Lambai Kasih & Perpisahan serta Sambutan Hari Jadi Warga Kerja Pejabat Dewan Undangan Negeri Tereng...
28/07/2026

Lensa sekitar Majlis Lambai Kasih & Perpisahan serta Sambutan Hari Jadi Warga Kerja Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Alhamdulillah, Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu (KEKWA) terus komited menghargai setiap warga kerja melalui penganjuran Majlis Lambai Kasih & Perpisahan serta Sambutan Hari Jadi bagi kakitangan yang dilahirkan dari Januari hingga Julai.

Majlis ini menjadi tanda penghargaan atas segala komitmen, dedikasi dan pengorbanan seluruh warga kerja dalam menjayakan agenda serta kecemerlangan jabatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada:

• Puan Sabarina Binti Shamsuddin
• Encik Mohamad Ruzuki Bin Harun
• Encik Mohd Yassin Bin Embong

Terima kasih atas segala jasa, bakti dan khidmat yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga, dipermudahkan segala urusan serta dilimpahi rahmat dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.

Ikhlas daripada seluruh Warga Kerja
Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu.



“TerengganuMajuBerkatSejahtera”

28/07/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 & 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐈𝐒𝐀𝐇𝐀𝐍

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada:

Puan Sabarina Binti Shamsuddin
Encik Mohamad Ruzuki Bin Harun
Encik Mohd Yassin Bin Embong

Terima kasih atas segala jasa, bakti, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga, dipermudahkan segala urusan serta terus dikurniakan keberkatan dan kejayaan dalam setiap langkah kehidupan.

Selamat Berkhidmat di Tempat Baru dan Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya.
Jasamu dikenang, baktimu disanjung.

Ucapan Ikhlas daripada Seluruh Warga Kerja
Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu.



“Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera”

28/07/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐑𝐈𝐍𝐀

Alhamdulillah, Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Penghargaan Lambaian Kasih sempena persaraan Puan Sabarina Binti Shamsuddin sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, bakti dan pengorbanan beliau sepanjang hampir 34 tahun dalam perkhidmatan awam.

Terima kasih atas segala komitmen, dedikasi dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat. Segala jasa dan pengorbanan akan sentiasa dikenang serta menjadi sebahagian daripada sejarah Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta memberkati setiap langkah di alam persaraan.

Selamat Bersara, Puan Sabarina Binti Shamsuddin.

Ucapan Ikhlas daripada Seluruh Warga Kerja
Dewan Undangan Negeri Terengganu.



“Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera”

28/07/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐑U𝐙𝐔𝐊𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐔𝐍

Alhamdulillah, Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Penghargaan Lambaian Kasih sempena persaraan Encik Mohamad RUzuki Bin Harun, atau lebih mesra dikenali sebagai “Abang Panas”, sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, bakti dan pengorbanan beliau sepanjang hampir 35 tahun dalam perkhidmatan awam.

Terima kasih atas segala komitmen, dedikasi dan keikhlasan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat. Sikap mesra, bertanggungjawab dan sentiasa ringan tulang membantu menjadikan beliau seorang insan yang amat dihormati serta disenangi oleh seluruh warga kerja.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga serta melimpahkan rahmat dan keberkatan dalam menempuh alam persaraan.

Selamat Bersara, Encik Mohamad Ruzuki Bin Harun @ Abang Panas.

Ucapan Ikhlas daripada Seluruh Warga Kerja
Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu.



“Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera”

28/07/2026

MAJLIS PERPISAHAN DAN PERTUKARAN JABATAN

Buat Encik Mohd Yassin bin Embong
Pembantu Khidmat Am

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Terima kasih atas segala jasa, bakti, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu bermula 15 Disember 2022 hingga 23 Julai 2026.

Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah serta terus cemerlang dalam menjalankan amanah di tempat baharu.

Selamat maju jaya dan terus sukses.

“Jasamu dikenang, budimu disanjung.”

Ikhlas daripada
Warga Kerja Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu



“TerengganuMajuBerkatSejahtera

KUNJUNGAN HORMAT SUHAKAM KE DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANUSuruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menga...
13/07/2026

KUNJUNGAN HORMAT SUHAKAM KE DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Dewan Undangan Negeri Terengganu yang disambut oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah, bersama Yang Mulia Dr. Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Ibrahim, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Kunjungan hormat ini diadakan bersempena Taklimat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu, yang bertujuan memperkukuh kefahaman berkaitan peranan, fungsi serta perkembangan hak asasi manusia di Malaysia, di samping mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara SUHAKAM dan Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Haji Khazan bin Che Mat, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu.Yang Berbahagia Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md. Yunus, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mohamad Al-Adib Samuri, Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM. Yang Berusaha Puan Altaf Deviyati Ismail, Setiausaha SUHAKAM. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu. Yang Berhormat Ketua BBC Dewan Undangan Negeri Terengganu. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Semoga kunjungan hormat serta sesi taklimat ini menjadi platform yang bermakna dalam memperkukuh jalinan kerjasama, memperluaskan perkongsian ilmu dan pengalaman, serta meningkatkan kefahaman mengenai hak asasi manusia dalam usaha memperkasa tadbir urus yang berintegriti, berakauntabiliti dan berteraskan keluhuran Perlembagaan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan Negeri Terengganu.



“TerengganuMajuBerkatSejahtera”

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU YANG KELIMA BELASMESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT. Lensa sekitar Ucapan Utam...
13/07/2026

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU YANG KELIMA BELAS

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT.

Lensa sekitar Ucapan Utama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang Kelima Belas, Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat.

Semoga persidangan kali ini menjadi wadah memperkukuh tadbir urus yang berintegriti, memperkasa kebajikan rakyat dan memacu kemajuan negeri demi Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.

13/07/2026

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI KELIMA BELAS

Address

Wisma Darul Iman
Kuala

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dun Terengganu Kite posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dun Terengganu Kite:

Shortcuts

Share