Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu

05/06/2026
ONE HOUR MALAYSIAN CLEAN UP DAN AKTIVTI CARI DAN MUSNAH AEDES COMBI KAMPUNG PENGKALAN SETAR DAN COMBI KAMPUNG WAKAF MEMP...
05/06/2026

ONE HOUR MALAYSIAN CLEAN UP DAN AKTIVTI CARI DAN MUSNAH AEDES COMBI KAMPUNG PENGKALAN SETAR DAN COMBI KAMPUNG WAKAF MEMPELAM

TARIKH: 5 Jun 2026
TEMPAT: Kampung Pengkalan Setar dan Kampung Wakaf Mempelam

Lokaliti COMBI telah melakukan aktiviti aktiviti cari & musnah tempat pembiakan aedes pada 5 Jun 2026, Jumaat sebagai inisiatif sebagai pencegahan kes denggi di lokaliti tersebut.

Promoter My Champion COMBI telah mengedarkan plastik sampah kepada semua penduduk kampung untuk menjalankan GORO di sekitar kawasan kediaman masing - masing. Hebahan gotong royong juga dijalankan sehari sebelum gotong royong dijalankan untuk makluman kepada penduduk sekitar kampung aktiviti yang yang akan dijalankan. Aktiviti pendidikan kesihatan juga di jalankan seperti hebahan denggi di sekitar kampung. Sampah-sampah yang dikutip akan dikumpulkan untuk dibuang.

Terima kasih diucapkan kepada penduduk dan sukarelawan COMBI yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini.

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026,10 Dzulhijah 1447HIkhlas daripadaDr Mohd Hanief Bin AhmadPegawai Kesihatan DaerahPejaba...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026,10 Dzulhijah 1447H

Ikhlas daripada
Dr Mohd Hanief Bin Ahmad
Pegawai Kesihatan Daerah
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu

Psychological First Aid (PFA) Menyantuni Keluarga Mangsa Kemalangan Jalan RayaTarikh Lawatan: 24/05/2026Penglibatan: Tea...
24/05/2026

Psychological First Aid (PFA) Menyantuni Keluarga Mangsa Kemalangan Jalan Raya

Tarikh Lawatan: 24/05/2026
Penglibatan: Team NCD dan Team PFA KKMANIR dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat

Lawatan ini dijalankan bagi memberi sokongan psikososial kepada keluarga mangsa kemalangan jalan raya yang berlaku di Terengganu pada hari Rabu yang lepas.

Semasa lawatan dijalankan, ahli keluarga dilihat berada dalam keadaan tenang,namun masih sedih dan terkesan dengan kejadian yang berlaku. Keluarga juga kelihatan keletihan dari segi emosi dan fizikal berikutan urusan berkaitan mangsa dan kunjungan orang ramai.

Walau bagaimanapun, keluarga masih mendapat sokongan daripada ahli keluarga terdekat dan orang ramai yang hadir membantu sepanjang tempoh selepas kejadian.

Intervensi PFA Yang Dijalankan:
I) Memberi ruang kepada ahli keluarga untuk berkongsi dan meluahkan perasaan berkaitan kejadian.

II) Memberikan sokongan emosi secara aktif melalui pendekatan mendengar dengan empati dan tanpa penghakiman.

III)Membantu keluarga menenangkan emosi serta memberi peneguhan bahawa reaksi kesedihan dan kejutan yang dialami adalah reaksi normal selepas peristiwa traumatik.

IV)Memberi maklumat berkaitan bantuan psikososial lanjut sekiranya keluarga memerlukan sokongan tambahan.

Semoga dengan lawatan ini diharap dapat membantu keluarga menstabilkan emosi, memberi ruang meluahkan perasaan serta mengenalpasti keperluan semasa keluarga.

✨ PROGRAM PHARMACY INTEGRATED COMMUNITY CARE (PICC) SESI 1 TAHUN 2026 ✨Alhamdulillah, Program PICC Sesi 1 Tahun 2026 tel...
22/05/2026

✨ PROGRAM PHARMACY INTEGRATED COMMUNITY CARE (PICC) SESI 1 TAHUN 2026 ✨

Alhamdulillah, Program PICC Sesi 1 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 21 Mei 2026 bertempat di Dewan Serbaguna RPMM Cerong Binjai hasil anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama JPKK, JPKK(P) Kampung Aur dan gabungan bersama NGO The Third Force.

πŸ‘ Seramai kira-kira 20 orang peserta telah hadir dan memeriahkan program kali ini dengan penuh semangat dan kerjasama yang amat memberangsangkan.

πŸ“Œ Program dimulakan dengan saringan kesihatan oleh Unit NCD Daerah sebelum diteruskan dengan aktiviti senaman chairobik bersama Unit Fisioterapi yang menceriakan suasana pagi.

🩺 Dalam sesi 1 ini, peserta telah diberikan penerangan berkenaan Modul Pengenalan Kepada Diabetes dan Pengambilan Ubat-ubatan Diabetes. Ceramah santai diselang-selikan dengan perbincangan dalam kump**an telah diketuai oleh Puan Zainab binti Abdullah dan dibantu oleh pegawai-pegawai farmasi dari KK Manir dan Chendering.
Para peserta juga telah menyertai aktiviti role-play yang dilaksanakan di dalam kump**an masing-masing.

🎁 Semua aktiviti mendapat sambutan yang sangat baik dan para peserta memberikan kerjasama yang tinggi sepanjang program berlangsung. Penyampaian hadiah untuk 6 peserta yang paling aktif turut disampaikan hasil sumbangan Duta Kenali Ubat merangkap Penyelaras The Third Force Chendering, Puan Norhayati binti Daud.

⏰ Program telah berakhir pada jam 11.00 pagi dengan harapan agar semua peserta mendapat ilmu dan manfaat yang berguna untuk membantu dalam pengawalan penyakit Diabetes .

πŸ“… Jumpa lagi pada PICC Sesi 2 yang akan diadakan pada 25 Jun 2026! πŸ™Œ

AKTIVITI CARI DAN MUSNAH AEDES COMBI KAMPUNG TANJUNG KEDAI BULUH DAN KAMPUNG SURAU BARUTARIKH: 22 Mei 2026Unit Promosi K...
22/05/2026

AKTIVITI CARI DAN MUSNAH AEDES COMBI KAMPUNG TANJUNG KEDAI BULUH DAN KAMPUNG SURAU BARU

TARIKH: 22 Mei 2026
Unit Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan Aktiviti Cari dan Musnah Aedes di lokaliti COMBI pada 9 Mei 2026, Jumaat sebagai langkah pencegahan kes denggi.

Sukarelawan Mychampion COMBI telah mengedarkan plastik sampah kepada sukarelawan dan penduduk kampung untuk menjalankan GORO di sekitar kediaman masing - masing. Hebahan gotong royong juga dijalankan sehari sebelum gotong royong dijalankan untuk makluman kepada penduduk sekitar kampung mengenai gotong royong yang akan dijalankan . Aktiviti pendidikan kesihatan juga di jalankan seperti hebahan denggi di sekitar kampung. Sampah-sampah yang telah dikumpulkan akan dikutip dan dibuang.

Terima kasih diucapkan kepada penduduk kampung dan sukarelawan COMBI yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini.

Tahniah Cik Nor Alyaa Binti Zainuddin, Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Manir.
19/05/2026

Tahniah Cik Nor Alyaa Binti Zainuddin, Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Manir.

Pada 14 Mei 2026 dan 18 Mei 2026, Team BLS PKDKT telah berjaya menjalankan Bengkel Keselamatan Taska dan Asas Pertolonga...
18/05/2026

Pada 14 Mei 2026 dan 18 Mei 2026, Team BLS PKDKT telah berjaya menjalankan Bengkel Keselamatan Taska dan Asas Pertolongan Cemas kepada guru-guru Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK).

Bengkel pada 14 Mei 2026 yang bertempat di Kompleks Ibu Tunggal Chendering telah dihadiri oleh seramai 32 orang guru taska YPK. Manakala bengkel yang sama pada 18 Mei 2026 bertempat di Ibu Pejabat YPK telah dihadiri oleh 30 orang guru taska dari seluruh negeri Terengganu.

Sesi bengkel dimulakan dengan tajuk Keselamatan di Taska/Pusat Asuhan, diikuti dengan ceramah Pertolongan Cemas, CPR dan Pengurusan Kecemasan. Seterusnya, para peserta diberikan ceramah berkaitan rawatan awal luka, patah dan pendarahan. Pada sesi petang p**a, peserta didedahkan secara amali mengenai CPR dan asas pertolongan cemas.

Penceramah yang terlibat ialah:

Dr. Nurfarhanni Mohamad
Dr. Shahidatul Maisarah binti Mohd Zaki
PPP Muhammad Zainol bin Aminordin
PPP Muhammad Ridzuan bin Mohamad Razani
PPP Muhammad Ilham Muqri bin Mazlan

Program ini diharap dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru taska dalam aspek keselamatan serta pengendalian kecemasan di taska dan pusat asuhan.

ONE HOUR MALAYSIAN CLEAN UP DAN AKTIVITI CARI DAN MUSNAH AEDES COMBI KAMPUNG BUKIT KUBANG JAMBUTARIKH: 9 Mei 2026Unit Pr...
11/05/2026

ONE HOUR MALAYSIAN CLEAN UP DAN AKTIVITI CARI DAN MUSNAH AEDES COMBI KAMPUNG BUKIT KUBANG JAMBU

TARIKH: 9 Mei 2026
Unit Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan aktiviti One Hour Malaysian Clean Up Dan Aktiviti Cari dan Musnah di lokaliti COMBI pada 9 Mei 2026, Jumaat sebagai langkah pencegahan kes denggi.

Sukarelawan Mychampion COMBI telah mengedarkan plastik sampah kepada sukarelawan dan penduduk kampung untuk menjalankan GORO di sekitar kediaman masing - masing. Hebahan gotong royong juga dijalankan sehari sebelum gotong royong dijalankan untuk makluman kepada penduduk sekitar kampung mengenai gotong royong yang akan dijalankan . Aktiviti pendidikan kesihatan juga di jalankan seperti hebahan denggi di sekitar kampung. Sampah-sampah yang telah dikumpulkan akan dikutip dan dibuang.

Terima kasih diucapkan kepada penduduk kampung dan sukarelawan COMBI yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini.

Program Pengurusan Berat Badan, Saringan Kesihatan KOSPEN, Kempen M-Quit & Program Komuniti Minda Sihat Sejahtera (K-Min...
09/05/2026

Program Pengurusan Berat Badan, Saringan Kesihatan KOSPEN, Kempen M-Quit & Program Komuniti Minda Sihat Sejahtera (K-Mindset) Sempena Festival Santai Rekreasi 2026 KRT Pangsapuri Ladang Gemilang

Tarikh : 8 Mei 2026 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Taman Permainan, Pangsapuri Ladang Gemilang

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan :
πŸ’œ Regangan & Senam Aerobik oleh Team Fisioterapi KKC & KKPD
πŸ’œ Saringan Kesihatan KOSPEN kepada penduduk Pangsapuri Ladang Gemilang oleh team Sukarelawan KOSPEN
πŸ’œ Kaunseling Saringan Kesihatan oleh Team iNCD KKC
πŸ’œ Saringan Minda Sihat dan Alkohol oleh team Sukarelawan KOSPEN
πŸ’œ Pameran Interaktif & Edaran Pamplet tentang Rokok/ V**e oleh team NCD daerah
πŸ’œ Perjumpaan dengan peserta Program Pengurusan Berat Badan 'Jom Kurus Sihat' & Ucapan Aluan oleh Dr. Nurul Nadirah bt Ramli, MO NCD daerah
πŸ’œ Sesi taklimat Pengenalan kepada Program Pengurusan Berat Badan KOSPEN oleh Pn. Fatihah Hanim bt Ghani, PSP KKC
πŸ’œ Sesi taklimat Aplikasi BookDoc oleh PPKP Ahmad Nadzirul b Mohd Azman, Unit HE
πŸ’œ Sesi taklimat Merancang Matlamat Penurunan Berat Badan oleh Cik Nurul Azliyana bt Mahah, Kaunselor KKH
πŸ’œ Sesi Penyerahan Plak RBAR kepada penduduk Pangsapuri Ladang Gemilang

Penyertaan program ini adalahseramai 150 orang yang terdiri daripada penduduk Pangsapuri Ladang Gemilang.
Jumlah Saringan Kesihatan: 31 orang
Jumlah dirujuk ke KK: 5 orang
Saringan 3A: 5 orang
Daftar Klinik Berhenti Merokok (KBM): 1 orang

Address

Kuala
20100

Telephone

+6096223355

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu:

Share