KRT PPR Padang Hiliran Zon B

KRT PPR Padang Hiliran Zon B Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KRT PPR Padang Hiliran Zon B, Social service, PPR Padang Hiliran, Kuala.

PROGRAM BUBUR ASYURA KRT PPR HILIRAN ZON B19 JULAI 2025      SABTUProgram BUBUR ASYURA KRT PPR Hiliran Zon B.Program mas...
21/07/2025

PROGRAM BUBUR ASYURA KRT PPR HILIRAN ZON B
19 JULAI 2025 SABTU
Program BUBUR ASYURA KRT PPR Hiliran Zon B.
Program masak Bubur Asyura bermula jam 7.30 pg. Program telah diadakan di perkarangan Blok B.
Alhamdulillah, Sebanyak 2 kawah Bubur Asyura telah dimasak untuk diagihkan kepada penghuni Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Hiliran Zon B telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kekeluargaan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga ukhwah dan kerjasama dalam kalangan Komuniti Blok B Bersama semua terus kukuh demi semangat kejiran untuk blok kita.
Ikhlas,
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 & 𝐀𝐣𝐤
𝐊𝐑𝐓 𝐏𝐏𝐑 𝐇𝐢𝐥𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐙𝐨𝐧 𝐁— bersama Norwahida Alias dan
3 yang lain
di KRT PPR Padang Hiliran Zon B.

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝑲𝑹𝑻 𝑷𝑷𝑹 𝑯𝑰𝑳𝑰𝑹𝑨𝑵 𝒁𝑶𝑵 𝑩 𝟮𝟬𝟮𝟱2𝟓 𝐀p𝐫i𝐥 𝟐0𝟐5 | J𝐔M𝐀A𝐓 Alhamdulillah, Majlis Sambutan Har...
28/04/2025

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝑲𝑹𝑻 𝑷𝑷𝑹 𝑯𝑰𝑳𝑰𝑹𝑨𝑵 𝒁𝑶𝑵 𝑩 𝟮𝟬𝟮𝟱
2𝟓 𝐀p𝐫i𝐥 𝟐0𝟐5 | J𝐔M𝐀A𝐓

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kekeluargaan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Kehadiran dan semangat anda semua menceriakan lagi suasana Syawal.

Semoga ukhwah dan kerjasama dalam kalangan Warga Blok B terus kukuh demi semangat kejiran untuk blok kita.

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢, 𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫 & 𝐁𝐚𝐭𝐢𝐧

Ikhlas,
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 & 𝐀𝐣𝐤
𝐊𝐑𝐓 𝐏𝐏𝐑 𝐇𝐢𝐥𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐙𝐨𝐧 𝐁

31 Ogos 2023~Khamis~2.30. PtgMerdeka !!! Merdeka !!! Merdeka !!!Tanggal 31 Ogos 2023 seluruh rakyat Malaysia menyambutny...
05/09/2023

31 Ogos 2023~Khamis~2.30. Ptg

Merdeka !!! Merdeka !!! Merdeka !!!

Tanggal 31 Ogos 2023 seluruh rakyat Malaysia menyambutnya dengan meriah...pelbagai acara dan program di aturkan bagi merasai suasana kemerdekaan.

Justeru itu, KRT PPR Padang Hiliran Zon B telah mengadakan Program Ambang Merdeka di perkarangan taman permainan Blok B dengan pertandingan mewarna dan Dam Haji bagi kategori Tunas jiran, Jiran Muda, Jiran Wanita dan Jiran Warga Emas...

Terima kasih kepada YM Sharifah Zahariah Binti Syed Abd. Rahman selaku Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu kerana sudi bersama-sama menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan dan pemenang cabutan bertuah.

Terima kasih juga buat Pengerusi KRT dan warga KRT yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Kami dari pihak pengurusan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan kami memohon maaf andai ada terkurang dan salah silap dari kami...

Kami simpan memori ini disini buat tatapan dan kenangan buat anda semua...❤️




19 Jun 2023 (Isnin)Wacana ilmu wanita inspirasiku "wins" anjuran bersama KEMAS dan RTM Tahun 2023Bertempat di Dewan Konv...
27/06/2023

19 Jun 2023 (Isnin)

Wacana ilmu wanita inspirasiku "wins" anjuran bersama KEMAS dan RTM Tahun 2023

Bertempat di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Jiranita KRT PPR Padang Hiliran Zon B telah mengambil peluang dan bahagian dalam jualan produk usahawan KEMAS Terengganu.

Pelbagai aneka kuih muih dan makanan tradisi Negeri Terengganu di jual diperkarangan dewan tersebut.

Alhamdulillah..dengan adanya program sebegini dapat lah Jiranita berkongsi rezeki dan pengalaman bersama pihak KEMAS.

02/06/2023 (Jumaat)Ziarah kasih Jiranita KRT PPR Padang Hiliran Zon B bersama Tuan Pengerusi En Zabri Awang dan Timbalan...
06/06/2023

02/06/2023 (Jumaat)

Ziarah kasih Jiranita KRT PPR Padang Hiliran Zon B bersama Tuan Pengerusi En Zabri Awang dan Timbalan Pengerusi Encik Azlan Ismail menyantuni ziarah ke rumah keluarga Arwah Faizol Aziz di Kampung Seberang Baruh. Arwah juga salah seorang jiran kami di Blok B PPR Padang Hiliran.

Kami dimaklumkan arwah sakit ketika dalam bulan Ramadhan lagi, tetapi Allah lebih menyayanginya, arwah telah menghembuskan nafas pada pukul 1.57 pagi pada 19/05/2023...

Salam Takziah buat keluarga arwah dari kami warga KRT PPR Padang Hiliran Zon B

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

27/05/2023 - SabtuProgram Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Terengganu 2023 telah melabuhkan tirai yang berlang...
31/05/2023

27/05/2023 - Sabtu

Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Terengganu 2023 telah melabuhkan tirai yang berlangsung selama 3 hari di Arena square, Dataran Dewan Merdeka . Daerah Dungun diberikan tanggungjawab menjadi tuan rumah kali ini. Pejabat Perpaduan dna intergrasi Daerah Dungun dan dibantu oleh KRT kawasan Dungun diberikan mandat bagi menjayakan program tersebut.

Majlis Perasmian juga turut dihadiri oleh YB Cikgu Haji Alias bin Harun, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu merangkap ADUN Rantau Abang, YB Cikgu Haji Wan Hapandi bin Wan Nik, ADUN Sura, YB Haji Roslee bin Daud, Encik Mohdrosli Alias Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu, Tuan Haji Abd Hadi bin Mohd Salleh Pengarah Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN), JPNIN, Encik Baitiyamin bin Mamat Ketua Penolong Setiausaha KPN, Encik Ahmad Nazif bin Mohamad Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Terengganu, Encik Fairul Hisyam wakil Pegawai Daerah Dungun, Pegawai-pegawai dan Penolong-penolong Pegawai Perpaduan Negeri dan Daerah, Ketua-ketua Jabatan/wakil, Pengerusi-pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga serta semua pengunjung yang hadir.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, YB Hanafiah Mat, berkata perhubungan yang baik antara masyarakat berbilang agama, bangsa dan budaya membolehkan kehidupan yang selesa dan makmur dapat dikecapi hari ini.

Tambah beliau, masyarakat perlu menegakkan kepentingan nasional berbanding keperluan sesama sendiri dan yakin rakyat negeri Terengganu cintakan perpaduan dan benci perpecahan.

“Diharapkan semangat muafakat yang diamalkan perlu dipraktikkan dalam setiap diri individu supaya dapat dicontohi oleh golongan muda pelbagai kaum,” katanya.

'Minggu Perpaduan Platform Terbaik Eratkan Hubungan Kaum'

Terima kasih dan tahniah semua atas komitmen yang diberikan.

"𝙋𝙚𝙧𝙥𝙖𝙙𝙪𝙖𝙣 𝘿𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙆𝙚𝙥𝙚𝙡𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞𝙖𝙣"

19hb Mei 2023 (Jumaat)Air Cuka Tumpah Di Anjung,Anak Sembilang Buat Hiasan, Rumah Terbuka Mari Berkunjung, Makanan Terhi...
20/05/2023

19hb Mei 2023 (Jumaat)

Air Cuka Tumpah Di Anjung,
Anak Sembilang Buat Hiasan,
Rumah Terbuka Mari Berkunjung,
Makanan Terhidang Tolong Habiskan...

Di penghujung syawal Team KRT PPR Padang Hiliran Zon B telah mengadakan satu majlis jamuan raya di perkarangan taman permainan Blok B dengan suasana yg agak meriah..
Pelbagai juadah disumbangkan oleh penghuni² blok B yang sporting untuk dijamu bersama² dan berkongsi rezeki...
Alhamdulillah aktiviti setiap tahun di musim perayaan kami sentiasa ada untuk komuniti bagi menjalinkan ukhwah sesama kita..
Juga tidak ketinggalan, kami menjemput AJK antara blok, ajk masjid ppr padang hiliran, pegawai² PPD, PERMINT dan KPKT bagi meraikan majlis kami...terima kasih semua atas kehadiran kalian...





25/02/2023 - SabtuPROGRAM GERAK RAHMAH JOM SIHATAlhamdulillah, dengan izin Allah swt program yang dijalankan seawal pagi...
26/02/2023

25/02/2023 - Sabtu
PROGRAM GERAK RAHMAH JOM SIHAT

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt program yang dijalankan seawal pagi dipermudahkan dan berjalan dengan lancar...

Bermula 8.00 pagi acara zumba beramai² sambil mengeluarkan peluh dengan kolaborasi bersama krt zon A, krt zon B, krt zon C dan krt sri tanjung...sementara itu, peserta lelaki telah turun padang untuk tunjuk bakat dengan bermain bola padang bersama dengan anak² muda....kecergasan peserta yg sudah berumur membuatkan kita yang ada disana bersemangat utk sertai bersama..

Tidak ketinggalan juga peserta wanita tunjuk bakat dalam acara tarik tali...wahhh menarik ni..tak kira tua muda semua boleh dengan semangat kejiranan apatah lagi dengan adanya sukan seperti ini dapat juga mereka mengenali antara satu sama lain selain dari dapat keluarkan peluh untuk kesihatan yg lebih baik....

Terima kasih kepada Encik Zabri Bin Awang selaku pengerusi jpkk hiliran masjid yang dapat luangkan sedikit masa utk merasmikan program gerak rahmah jom sihat...

Ayuh kita sihatkan tubuh badan sambil jaga persekitaran kejiranan...




03hb Januari 2023 - SelasaZIARAH PRIHATINBanyaknya hikmah dan kelebihan dalam menziarahi orang sakit kerana Ia dapat men...
03/01/2023

03hb Januari 2023 - Selasa

ZIARAH PRIHATIN

Banyaknya hikmah dan kelebihan dalam menziarahi orang sakit kerana Ia dapat menghubung dan merapatkan lagi ikatan persaudaraan sesama islam sebagai satu langkah memperbaiki dan mempertingkatkan silaturahim sesama insan.

Alhamdullilah dgn izin Allah SWT, kami bersama Tuan Pengerusi Encik Azlan Ismail serta ketua Biro Jiranita Puan Salimah (mama) dan Penolong Setiausaha Puan Nazima berkesempatan menziarah Encik Zabri Awang iaitu JPKK PPR Padang Hiliran yang baru selesai membuat pembedahan pada mata sebelah kanan baru-baru ini.

Berat dugaannya apabila diuji , tetapi ketabahan dan keredhaan atas ketentuanNya, beliau menerima dengan ikhlas...

Semoga Allah berikan kesembuhan kepada En Zabri dan sentiasa dalam perlindungan dan dipermudahkan segala urusan...

Aamiin.....Yaa Rabbal Aalamiin.. 🤲

NABI SAW bersabda:

إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ، أَوِ الْمَيِّتَ، فَقُولُوا خَيْرًا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ
Maksudnya: “Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.” [Riwayat Muslim (919)]

27/11/2022 - AhadAlhamdulillah....Kami dari KRT PPR Padang Hiliran Zon B sempat menziarah adik daniel yang baru lepas pe...
28/11/2022

27/11/2022 - Ahad

Alhamdulillah....

Kami dari KRT PPR Padang Hiliran Zon B sempat menziarah adik daniel yang baru lepas pembedahan baru² ini..

Sedikit sumbangan dari kami yang diserahkan oleh Tuan pengerusi Encik Azlan Ismail untuk adik daniel...

Sama-sama kita doakan agar adik daniel pulih seperti sediakala dan diberikan kesembuhan sempurna oleh Allah Yang Maha Penyembuh.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

“Wahai Tuhanku, Tuhan seluruh manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Engkaulah Yang Maha Penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Engkau dengan kesembuhan yang tidak mengembalikan penyakit itu lagi”.

Aamiin ya rabbal aalamiin 🤲..

PERTANDINGAN KOIR PERPADUAN KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2022TARIKH : 18HB OKTOBER 2022MA...
19/10/2022

PERTANDINGAN KOIR PERPADUAN KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2022

TARIKH : 18HB OKTOBER 2022
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN AL FARABI, IPG KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL, KUALA NERUS.

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah swt...

Pertandingan yang diadakan ini adalah hasil kerjasama bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta Dewan Bahasa dan Pustaka.

Peserta seramai 20 orang terdiri daripada gabungan Jiranita KRT PPR Padang Hiliran Zon A, KRT PPR Padang Hiliran Zon B dan KRT PPR Padang Hiliran Zon C. Sebanyak 11 buah Kumpulan Koir yang berentap merebut hadiah pada pertandingan kali ini. Pertandingan yang diadakan di setiap negeri ini bukan sahaja ingin menyemai rasa cintakan bahasa namun demi menyemarakkan lagi semangat jati diri dalam diri masing-masing.

Pengalaman pertama bagi kami menyertai pertandingan Koir Perpaduan....peluang yang dinantikan dan akhirnya dapat juga mencipta memori indah ini bersama rakan-rakan JIRANITA..

Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Hajah Zuraida binti Md Noor, ADUN Wanita Terengganu. Turut hadir, Pengarah Perpaduan Negeri Terengganu, Encik Rosli B Alias.

Tahniah dan terima kasih kpd semua rakan koir juga pada cik Rita Ank Pak Asim yang banyak korbankan masa dan tidak lokek ilmu untuk memberi tunjuk ajar. Semoga kita dapat berkolabrasi lagi..In sya Allah..

Terima kasih diucapkan kepada para juri yang turut sama hadir bagi mengadili pertandingan yang berlangsung.




Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,Dalam kelembutan lidah ada juga keter...
22/05/2022

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau senda sudah tentu ada khilaf dan dosa.

Yang jauh itu WAKTU,
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA,
Yang panjang itu AMAL SOLEH,
“Yang indah itu SALING MEMAAFKAN“

Dah 2 Tahun Raya Cancelled. Eh, Bukan Cancel Tapi "Raya Tertangguh" sebab PKP banyak menda kita kena ikut tetapan yang telah di tetapkan oleh kerajaan. Akhirnya masuk fasa endemik jadi berpeluanglah kita merasai suasana raya "KEMBALI" walaupun masih lagi hidup dengan COVID-19. KRT PPR Padang Hiliran Zon B dengan kerjasama semua penghuni di blok B PPR Padang Hiliran dapat menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri 2022 / 1443H dengan suasan yang tersangat sporting, tersangat hebat, tersangat meriah, semua yang menyokong tersangat tinggi semangat kejiranan semua tidak kira secara langsung mahupun tidak langsung dan tersaangat berterima kasih pihak gerak kerja KRT PPR Padang Hiliran Ucapkan 😭😭😭. Jika ada terkurang dari setiap sudut yang di rasai mohon ampun serta mohon halalkan apa yang di sumbangankan tidak kira kudrat, dana yang diniatkan untuk majlis jamuan raya mahupun makanan. Kami daripada seluruh gerak kerja KRT PPR Padang Hiliran menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada salah silap sepanjang program dan sepanjang kami seliakan KRT PPR Padang Hiliran Zon B.

Ikhlas Daripada
KRT PPR Padang Hiliran Zon B

Address

PPR Padang Hiliran
Kuala
21000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT PPR Padang Hiliran Zon B posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category