Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu, Public & Government Service, Kuala.

Address: Jalan Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
Hours:
Thursday 8am–3:30pm
Friday Closed
Saturday Closed
Sunday 8am–5pm
Monday 8am–5pm
Tuesday 8am–5pm
Wednesday 8am–5pm
Suggest an edit



Phone: 09-622 2345

05/05/2026
05/05/2026

Menjelang Sambutan Hari Belia Negara 2026 yang bertemakan “Menggerak Belia”.

Saksikan perkongsian eksklusif Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari sempena Himpunan Mega Belia MADANI Hari Belia Negara yang akan berlangsung pada 15 hingga 17 Mei 2026.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan sambutan ini bertempat di D'Tempat & X Park, Sendayan, Negeri Sembilan.

05/05/2026

🎉 Sambutan Hari Belia Negara 2026 kini kembali!
Ayuh bersama-sama menyemarakkan sambutan HBN melalui pelbagai program menarik yang akan berlangsung di seluruh negara:

📍 Peringkat Daerah
✨ Semarak Belia 2026
🗓️ 1 – 15 Mei 2026

📍 Peringkat Kebangsaan
🚀 Himpunan Mega Belia MADANI Belia Negara 2026
🗓️ 15 – 17 Mei 2026
📌 D’Tempat dan X Park, Sendayan, Negeri Sembilan.

📍 Peringkat Negeri
🎊 Festival Belia 2026
🗓️ 22–23 / 23–24 Mei 2026

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaksanaan program di peringkat daerah dan negeri, ikuti laman media sosial rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri di seluruh negara.

05/05/2026
05/05/2026

🌍 Level up pengalaman belia ke pentas dunia!

Dana Antarabangsa Belia KBS (International Youth Fund, IYF@KBS) 2026 inisiatif Kerajaan MADANI bagi membuka peluang belia Malaysia menyertai mesyuarat, forum, persidangan dan simposium di peringkat antarabangsa.

Bina jaringan global, tambah pengalaman, dan bawa suara belia Malaysia ke mata dunia 🇲🇾✨

Layari www.kbs.gov.my/iyf atau imbas kod QR untuk maklumat lanjut.

05/05/2026
05/05/2026

Untuk makluman semua 🌟

Penyertaan bagi Pertandingan Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 kini telah ditutup secara rasmi 🎉

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah mendaftar serta menunjukkan komitmen dan semangat untuk menyertai cabaran ini 💪🔥

Jumpa anda di pertandingan nanti! Semoga berjaya kepada semua peserta 🌈🏆

AKTIVITI CARI DAN MUSNAH KAWASAN AEDES DI KAMPUNG NIBONG10 Mac, Jumaat - Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan ...
11/04/2026

AKTIVITI CARI DAN MUSNAH KAWASAN AEDES DI KAMPUNG NIBONG

10 Mac, Jumaat - Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2026 Siri 1 anjuran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Kuala Terengganu dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan aktiviti gotong-royong mencari dan membasmi kawasan aedes di sekitar Kampung Nibong, Kuala Terengganu bagi mengawal kes denggi di kawasan tersebut.

Program dimulakan dengan taklimat ringkas dan pembahagian tugasan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu bagi aktiviti cari dan musnah di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti tempat pembiakan denggi.

Program ini telah mengumpulkan 50 orang peserta termasuk 30 orang sukarelawan di kalangan pelajar UiTM Chendering, MAYC Kg.Nibong dan belia setempat.

Turut hadir sama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Encik Mohd Qayyum bin Rahman dan Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Kuala Terengganu, Encik Azwan Nazzul bin Mohamad.









Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Majlis Penutup dan  Penyampaian Sijil Program KLAS Renang Fasa 3/2025 Kategori OKU Peringkat Daerah Kuala Terengganu.KLA...
30/01/2026

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Program KLAS Renang Fasa 3/2025 Kategori OKU Peringkat Daerah Kuala Terengganu.

KLAS Renang Fasa 3/2025 kategori OKU (Orang Kelainan Upaya) Peringkat Daerah Kuala Terengganu bertempat di Akademi Perikanan Malaysia ChenderingKuala Terengganu telah dilaksanakan bermula pada 19 Januari-26 Januari 2026 yang melibatkan seramai 40 orang peserta.

Secara keseluruhannya, kelas renang ini telah berjaya mencapai objektif utamanya iaitu memperkenalkan asas renang (Learn to swim) kepada peserta dalam suasana yang selamat, menyeronokkan dan berstruktur. Melalui pendekatan mesra dan bimbingan jurulatih berpengalaman, para peserta menunjukkan peningkatan ketara dalam keyakinan diri, keberanian dalam air, serta penguasaan asas teknik renang.

Majlis ini telah disempurnakan oleh En Mohd Qayyum Bin Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus

Jutaan terima kasih kepada pihak Akademi Perikanan Malaysia kerana telah memberikan komitment yang baik sepanjang sesi ini dilaksanakan, pihak tenaga pengajar Kelab Renang Pendekar Air serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan KLAS Renang Fasa 3 Tahun 2025 peringkat Daerah Kuala Terengganu.

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

27 Disember 2025, SABTU- Telah dilaksanakan Latihah Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 3/2025 kategori  60 - 75 tahun (Warga ...
31/12/2025

27 Disember 2025, SABTU- Telah dilaksanakan Latihah Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 3/2025 kategori 60 - 75 tahun (Warga Emas) Peringkat Daerah Kuala Terengganu bertempat di Akademi Perikanan Malaysia Chendering, Kuala Terengganu yang bermula pada 25-27 Disember 2025.
Secara keseluruhannya, kelas renang warga emas ini telah berjaya mencapai objektif utamanya iaitu memperkenalkan asas renang (Learn to swim) kepada peserta dalam suasana yang selamat, menyeronokkan dan berstruktur. Melalui pendekatan mesra dan bimbingan jurulatih berpengalaman, para peserta menunjukkan peningkatan ketara dalam keyakinan diri, keberanian dalam air, serta penguasaan asas teknik renang.

Jutaan terima kasih kepada pihak Akademi Perikanan Malaysia kerana telah memberikan komitment yang baik sepanjang sesi ini dilaksanakan, pihak tenaga pengajar Kelab Renang Pendekar Air serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan KLAS Renang Fasa 3 Tahun 2025 peringkat Daerah Kuala Terengganu.

KBSMalaysia
JBSNegara
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu



/kn

Address

Kuala
21100

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 04:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu:

Share