Persatuan Kebajikan & Sukan WISMA Persekutuan Terengganu

Persatuan Kebajikan & Sukan WISMA Persekutuan Terengganu Diharapkan dengan adanya platform ini, segala aktiviti PKSWP dapat berjalan dengan lancar serta semua ahli dapat berkongsi pengalaman mereka.

Saluran facebook ini diwujudkan bertujuan untuk memudahkan komunikasi antara ahli-ahli PKSWP serta sebagai satu saluran bagi memberikan maklumat terkini berkenaan aktiviti PKSWP.

BICARA ILMU FARIDH KUPAS CABARAN DAN PENYELESAIAN DALAM DUNIA MODENKUALA TERENGGANU, 8 Februari 2026 – Kelab Kebajikan d...
08/02/2026

BICARA ILMU FARIDH KUPAS CABARAN DAN PENYELESAIAN DALAM DUNIA MODEN

KUALA TERENGGANU, 8 Februari 2026 – Kelab Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutuan Kuala Terengganu telah menganjurkan Bicara Ilmu bertajuk “Faraidh Dalam Dunia Moden, Cabaran dan Penyelesaian” bertempat di Bilik Mesyuarat Orkid, Tingkat 6, Wisma Persekutuan, pagi ini.

Program ilmu tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Khusairi Saleh, Presiden Pertubuhan Du’ah Faraidh Malaysia, yang mengupas secara mendalam isu-isu pengurusan harta pusaka menurut hukum faraidh serta cabaran pelaksanaannya dalam konteks masyarakat masa kini.

Dalam sesi perkongsian, beliau menekankan kepentingan kefahaman ilmu faraidh bagi mengelakkan pertikaian keluarga, memastikan keadilan pembahagian harta serta memelihara keharmonian waris. Pendekatan praktikal dan contoh situasi sebenar turut diketengahkan bagi membantu peserta memahami penyelesaian yang boleh diaplikasikan.

Program yang bermula jam 10.00 pagi itu mendapat sambutan menggalakkan daripada warga Wisma Persekutuan serta peserta jemputan, sekali gus mencerminkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan perancangan dan pewarisan harta secara Islamik.

Penganjuran bicara ilmu ini diharap dapat meningkatkan literasi masyarakat berkaitan faraidh serta menjadi pemangkin kepada pengurusan harta pusaka yang lebih tersusun dan patuh syariah.

MESYUARAT KHAS PKSWP & SERAHAN TUGAS PENGERUSI PKSWPKuala Terengganu | 5 Februari 2026Satu Mesyuarat Khas Persatuan Keba...
05/02/2026

MESYUARAT KHAS PKSWP & SERAHAN TUGAS PENGERUSI PKSWP

Kuala Terengganu | 5 Februari 2026
Satu Mesyuarat Khas Persatuan Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutuan (PKSWP) telah diadakan pada hari ini bertempat di Restoran Plan A, Kuala Terengganu.

Mesyuarat ini diadakan bersempena serahan tugas Pengerusi PKSWP daripada Dr. Faridah binti Mat, Pengarah KEMAS Negeri Terengganu yang akan melapor diri dan bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Putrajaya, kepada Puan Rokiah binti Mohamad, selaku Pengerusi Interim PKSWP.

Puan Rokiah binti Mohamad yang juga merupakan Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Cawangan Negeri Terengganu telah dipersetujui sebulat suara untuk memangku jawatan Pengerusi PKSWP bagi memastikan kelangsungan tadbir urus dan pelaksanaan aktiviti persatuan berjalan dengan lancar.

Dalam mesyuarat tersebut, Dr. Faridah turut merakamkan penghargaan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa PKSWP atas kerjasama, komitmen serta sokongan yang diberikan sepanjang tempoh beliau menerajui persatuan. Beliau turut berharap agar PKSWP terus bergerak aktif sebagai wadah kebajikan dan perpaduan warga Wisma Persekutuan.

Mesyuarat diakhiri dengan sesi perbincangan hala tuju persatuan serta ucapan terima kasih kepada Dr. Faridah atas sumbangan dan kepimpinan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi PKSWP.

TAKLIMAT KEPENTINGAN PEWARISAN HARTA ISLAM & KLINIK PUSAKAPersatuan Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutuan Kuala Terengga...
29/01/2026

TAKLIMAT KEPENTINGAN PEWARISAN HARTA ISLAM & KLINIK PUSAKA

Persatuan Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutuan Kuala Terengganu (PKSWP) dengan kerjasama Syarikat Wasiyyah Shoppe Berhad telah menganjurkan Taklimat Kepentingan Pewarisan Harta Islam dan Klinik Pusaka bertempat di Bilik Mesyuarat Orkid, Tingkat 6, Wisma Persekutuan Kuala Terengganu, hari ini.

Penganjuran taklimat ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan umat Islam mengenai kepentingan perancangan dan pengurusan pewarisan harta menurut syariah Islam. Selain sesi taklimat, turut diadakan klinik pusaka bagi memberi peluang kepada peserta mendapatkan khidmat nasihat secara langsung berkaitan isu-isu pewarisan.

Diharapkan program seumpama ini dapat membantu masyarakat merancang harta dengan lebih teratur, seterusnya mengelakkan pertikaian dan menjaga keharmonian keluarga pada masa hadapan.

MAJLIS PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN AJK BIRO PKSWP SESI 2025/2028Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJ...
14/01/2026

MAJLIS PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN AJK BIRO PKSWP SESI 2025/2028

Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro di bawah PKSWP Sesi 2025/2028 telah berlangsung pada Rabu, 14 Januari 2026, jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat ORKID, Tingkat 6, Wisma Persekutuan Kuala Terengganu.

Majlis dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Pengerusi, diikuti dengan penyerahan Surat Pelantikan kepada AJK Biro yang dilantik bagi sesi 2025/2028. Pelantikan ini bertujuan memperkukuh struktur organisasi serta memperkasa peranan biro-biro dalam menjayakan agenda dan hala tuju PKSWP.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan Sesi Ta’aruf dan Perbincangan KPI Biro Tahun 2026, yang memberi ruang kepada semua AJK untuk berkenalan, bertukar pandangan serta menyelaras perancangan dan sasaran kerja bagi memastikan pelaksanaan program yang lebih tersusun, berimpak dan berkesan.

Majlis ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada komitmen, kerjasama dan kesepaduan dalam kalangan AJK Biro demi mencapai objektif PKSWP selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam yang cemerlang.

🤝 MESYUARAT PKSWP BIL. 4/2025KUALA TERENGGANU, 4 November 2025 – Mesyuarat Persatuan Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutu...
04/11/2025

🤝 MESYUARAT PKSWP BIL. 4/2025

KUALA TERENGGANU, 4 November 2025 – Mesyuarat Persatuan Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutuan (PKSWP) Kuala Terengganu Bil. 4/2025 telah berlangsung pada jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat KEMAS Terengganu, Tingkat 10 Wisma Persekutuan Kuala Terengganu.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Faridah binti Mat, Pengerusi PKSWP Kuala Terengganu, melibatkan kehadiran ahli jawatankuasa mewakil jabatan dan agensi. Mesyuarat membincangkan pelbagai agenda termasuk pembentukan Ahli Jawatankuasa Kecil bagi setiap biro untuk memperkukuh pengurusan aktiviti kebajikan dan sukan di bawah PKSWP.

Langkah ini dijangka dapat mempertingkat penyelarasan serta penglibatan aktif semua agensi di Wisma Persekutuan Kuala Terengganu dalam menjayakan program bersama.

BENGKEL TRANSFORMASI KETERAMPILAN DAN PERSONALITI DIRI PENJAWAT AWAM 202521 Ogos 2025 (Khamis)Bilik Mesyuarat Orkid, Tin...
24/08/2025

BENGKEL TRANSFORMASI KETERAMPILAN DAN PERSONALITI DIRI PENJAWAT AWAM 2025

21 Ogos 2025 (Khamis)
Bilik Mesyuarat Orkid, Tingkat 6, Wisma Persekutuan Kuala Terengganu

Persatuan Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutuan (PKSWP) telah menganjurkan Bengkel Transformasi Keterampilan dan Personaliti Diri Penjawat Awam Tahun 2025 dengan objektif memperkasakan imej serta profesionalisme penjawat awam di Wisma Persekutuan Kuala Terengganu.

Bengkel ini memberi tumpuan kepada aspek keterampilan, keyakinan diri, penampilan serta pembinaan personaliti positif yang selaras dengan peranan dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Melalui program seumpama ini, PKSWP berhasrat untuk meningkatkan kompetensi diri, mengukuhkan budaya kerja cemerlang, dan seterusnya menyumbang kepada mutu perkhidmatan awam yang lebih berkesan kepada masyarakat.

MESYUARAT JAWATANKUASA PKSWP BIL. 2 SESI 2025/2028Mesyuarat Jawatankuasa PKSWP Bil. 2 Sesi 2025/2028 telah diadakan pada...
24/08/2025

MESYUARAT JAWATANKUASA PKSWP BIL. 2 SESI 2025/2028

Mesyuarat Jawatankuasa PKSWP Bil. 2 Sesi 2025/2028 telah diadakan pada 19 Ogos 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat KEMAS Negeri Terengganu.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr. Faridah binti Mat, Pengerusi PKSWP, dan membincangkan pelbagai agenda penting berkaitan perancangan aktiviti, kebajikan ahli serta hala tuju persatuan bagi memastikan PKSWP terus relevan dan berdaya saing dalam memperkasakan kakitangan sokongan Wilayah Persekutuan.

Antara perkara yang diberi penekanan termasuklah pelaksanaan program tahunan, pengukuhan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak serta usaha memperkasa kebajikan ahli agar lebih menyeluruh.

PKSWP komited untuk terus menjadi wadah penyatuan, penyokong utama kebajikan ahli, dan rakan strategik yang efektif dalam membangunkan organisasi.

🤝 Sama-sama kita terus menyokong usaha PKSWP demi manfaat bersama!

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗪𝗜𝗦𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 (𝗣𝗞𝗦𝗪𝗣) 𝗕𝗜𝗟. 𝟭 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱/𝟮𝟬𝟮𝟴Kuala Terengganu, 12...
12/08/2025

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗪𝗜𝗦𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 (𝗣𝗞𝗦𝗪𝗣) 𝗕𝗜𝗟. 𝟭 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱/𝟮𝟬𝟮𝟴

Kuala Terengganu, 12 Ogos 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutuan (PKSWP) Bil. 1 bagi sesi 2025/2028 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Orkid, Tingkat 6, Wisma Persekutuan Kuala Terengganu.

Mesyuarat dimulakan dengan ucaptama Pengerusi PKSWP, Dr. Faridah binti Mat yang menekankan kepentingan kerjasama erat antara ahli jawatankuasa dalam melaksanakan program persatuan. Majlis turut menyaksikan penyerahan Surat Lantikan Jawatankuasa PKSWP sesi 2025/2028 sebagai tanda rasmi pelantikan.

Selain itu, mesyuarat membincangkan cadangan program persatuan serta penubuhan jawatankuasa kecil bagi setiap biro bagi memperkukuh pelaksanaan aktiviti di bawah portfolio masing-masing.

Dengan semangat baharu dan pasukan yang komited, PKSWP yakin dapat menganjurkan program yang memberi manfaat kepada warga Wisma Persekutuan Kuala Terengganu sepanjang sesi ini.

MESYUARAT AGUNG TIGA TAHUNAN PKSWP KALI KE-10 DIRASMIKAN DENGAN JAYANYAKuala Terengganu – Mesyuarat Agung Tiga Tahunan P...
31/07/2025

MESYUARAT AGUNG TIGA TAHUNAN PKSWP KALI KE-10 DIRASMIKAN DENGAN JAYANYA

Kuala Terengganu – Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Persatuan Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutuan Kuala Terengganu (PKSWP) Kali Ke-10 telah berlangsung dengan penuh semangat dan kesepakatan.

Majlis yang berlangsung meriah ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pengerusi Ketengah Holding Sdn. Bhd. yang turut menyampaikan ucapan berinspirasi kepada semua ahli persatuan. Kehadiran beliau amat dihargai dan menjadi simbol sokongan padu terhadap usaha kebajikan dan pembangunan sukan warga kerja di Wisma Persekutuan.

Mesyuarat kali ini bukan sahaja menjadi medan muafakat untuk membincangkan pelan dan hala tuju persatuan, malah turut menyaksikan pemilihan Jawatankuasa baharu bagi sesi 2025–2027. Dalam pemilihan tersebut, Dr. Faridah binti Mat telah dikekalkan sebagai Pengerusi PKSWP, menandakan keyakinan berterusan para ahli terhadap kepimpinan beliau.

Mesyuarat ini juga telah memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga kerja pelbagai jabatan dan agensi yang bernaung di bawah satu bumbung.
Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan terus memberi komitmen dalam memperkasakan PKSWP sebagai wadah kebajikan, kesukanan dan kebersamaan.
Bersatu Kita Teguh, PKSWP Terus Kukuh!





📢 JEMPUTAN RASMI KE MESYUARAT AGUNG PKSWP KUALA TERENGGANU KALI KE-10Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan dan S...
28/07/2025

📢 JEMPUTAN RASMI KE MESYUARAT AGUNG PKSWP KUALA TERENGGANU KALI KE-10

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutuan Kuala Terengganu (PKSWP) akan mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-10 bagi Sesi 2023–2025 seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: Rabu, 30 Julai 2025
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat Orkid, Tingkat 6, Wisma Persekutuan Kuala Terengganu

📌 Aturcara Program:
▪️ 9.00 pagi – Pendaftaran Ahli
▪️ 9.15 pagi – Ketibaan Pengerusi
▪️ 9.30 pagi – Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama MBSB
▪️ 10.15 pagi – Mesyuarat Agung Bersidang
▪️ 11.30 pagi – Perasmian Mesyuarat Agung oleh YBhg. Dato’ Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku,Pengerusi Ketengah Holdings Sdn. Bhd.
▪️ 12.15 tengah hari – Cabutan Bertuah
▪️ 12.30 tengah hari – Bersurai

Sehubungan itu, semua ahli PKSWP dan warga Wisma Persekutuan Kuala Terengganu dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat ini serta memperkukuh semangat kebajikan dan kesatuan di peringkat jabatan dan agensi.

Kerjasama dan kehadiran tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Dan Sukan Wisma Persekutuan Kuala Terengganu (PKSWP) Bil.07 sesi 2023/2025. B...
27/07/2025

Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Dan Sukan Wisma Persekutuan Kuala Terengganu (PKSWP) Bil.07 sesi 2023/2025. Bertempat di bilik Mesyuarat KEMAS Negeri Terengganu.

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗨𝗔𝗟 𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗗𝗘𝗡 𝗖𝗨𝗘𝗣𝗔𝗖𝗦Alhamdulillah, pada 16 Julai 2025 (Rabu) telah berlangsung Majlis Bual Mesra b...
16/07/2025

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗨𝗔𝗟 𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗗𝗘𝗡 𝗖𝗨𝗘𝗣𝗔𝗖𝗦

Alhamdulillah, pada 16 Julai 2025 (Rabu) telah berlangsung Majlis Bual Mesra bersama YBhg. Dato' Dr. Haji Adnan Bin Mat, Presiden CUEPACS bersama penjawat awam Wisma Persekutuan Kuala Terengganu.

Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan & Sukan Wisma Persekutuan (PKSWP) Kuala Terengganu, bertempat di Bilik Mesyuarat Orkid, Tingkat 6 Wisma Persekutuan.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi PKSWP, YBrs. Dr. Faridah binti Mat yang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Presiden CUEPACS atas kesudian hadir dan bertemu secara langsung bersama penjawat awam negeri Terengganu. Beliau menegaskan komitmen PKSWP untuk terus menjadi platform yang memperjuangkan kebajikan, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan warga Wisma Persekutuan.

"PKSWP akan terus menjadi jambatan penghubung kepada seluruh warga penjawat awam di sini. Semoga sesi ini menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih kukuh antara CUEPACS dan penjawat awam di peringkat akar umbi," – Dr. Faridah binti Mat.

Majlis diteruskan dengan sesi perkongsian dan perbincangan santai bersama YBhg. Dato' Dr. Haji Adnan bin Mat yang menyentuh pelbagai isu semasa perkhidmatan awam serta aspirasi masa depan penjawat awam Malaysia.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga sinergi yang terjalin akan terus memperkasakan perkhidmatan awam ke arah Malaysia MADANI.

🤝 "Bersama Menjulang Aspirasi Penjawat Awam"









Address

Wisma Persekutuan Kuala Terengganu
Kuala Terengganu
20200

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan & Sukan WISMA Persekutuan Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share