31/05/2026
๐ข๐ฃ๐ฆ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ฃ๐๐๐จ: ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐ง๐ ๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐ ๐ฃ๐จ๐๐๐จ ๐ฅ๐๐๐๐ก๐
๐ฃ๐จ๐๐๐จ ๐ฅ๐๐๐๐ก๐, ๐ฎ๐ญ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan Ops Bersepadu di Pulau Redang menerusi tindakan penguatkuasaan oleh Bahagian Penguatkuasaan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Operasi yang bermula jam 7.00 pagi itu turut disertai oleh YBrs. Tuan Mohd Yusri bin Mohd Nor, Pengarah Imigresen Negeri Terengganu, PPK Mat Amin bin Hassan, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan) serta YBrs. Tuan Basri bin Othman, Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya.
Dalam operasi tersebut, empat lokasi melibatkan resort dan chalet di sekitar Kampung Pasir Panjang Besar, Pulau Redang telah diperiksa dengan seramai 127 individu menjalani pemeriksaan dokumen dan status imigresen.
Hasil pemeriksaan mendapati seramai 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan membabitkan 17 lelaki warga Myanmar, empat lelaki warga Bangladesh, tiga warga Indonesia terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan, seorang lelaki warga Thailand serta seorang lelaki warga Kemboja berusia antara 21 hingga 51 tahun. Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa serta pelanggaran syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Empat saman saksi turut dikeluarkan sepanjang operasi dijalankan.
Kesemua tahanan telah dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk tindakan lanjut dan siasatan mengikut peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa.
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguat kuasa berkaitan dalam mempergiat operasi bersepadu bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen serta membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin di negeri ini.