Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Facebook rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‹๐Ž๐‚๐€๐‹ ๐€๐†๐„๐๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ (๐‹๐€ ๐Ÿ๐Ÿ) - ๐Œ๐€๐‘๐€๐๐†๐๐‘๐ˆ๐’๐Š๐–๐€๐‹๐Š ๐๐€๐๐“๐€๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐‡, ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐„๐‰๐€๐‡๐“๐„๐‘๐€Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara...
14/06/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‹๐Ž๐‚๐€๐‹ ๐€๐†๐„๐๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ (๐‹๐€ ๐Ÿ๐Ÿ) - ๐Œ๐€๐‘๐€๐๐†
๐๐‘๐ˆ๐’๐Š๐–๐€๐‹๐Š ๐๐€๐๐“๐€๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐‡, ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐„๐‰๐€๐‡๐“๐„๐‘๐€

Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara (PHDTU) dengan kerjasama Unit Silvikultur dan Perlindungan Hutan telah menjayakan ๐™‹๐™ง๐™ค๐™œ๐™ง๐™–๐™ข ๐™‡๐™ค๐™˜๐™–๐™ก ๐˜ผ๐™œ๐™š๐™ฃ๐™™๐™– 21 (๐™‡๐˜ผ 21) - ๐™ˆ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ ๐˜ฝ๐™ง๐™ž๐™จ๐™ ๐™ฌ๐™–๐™ก๐™ : ๐™‹๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ž ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™จ๐™ž๐™, ๐™†๐™ค๐™ข๐™ช๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž ๐™Ž๐™š๐™Ÿ๐™–๐™๐™ฉ๐™š๐™ง๐™– yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Marang Rasmi.

Program tersebut telah berlangsung di Taman Rekreasi Keluarga Pulau Kekabu, Marang, Terengganu pada 13 Jun 2026 (Sabtu). Program ini telah dirasmikan oleh Encik Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang.

Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, beberapa agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Program ini merupakan satu inisiatif strategik ke arah memperkukuh kelestarian alam sekitar, memperkasa kesejahteraan komuniti serta membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

Sebanyak 47 batang pokok telah ditanam di sekitar kawasan pantai tersebut yang terdiri daripada spesies tekoma (Tabebuia rosea), rhu pantai (Casuarina equisetifolia) dan ketapang (Terminalia catappa). Aktiviti penanaman pokok ini melibatkan para kenamaan (VIP) serta seramai 200 peserta program.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program, antaranya aktiviti briskwalk, plogging pantai serta gotong-royong pembersihan pantai yang
melibatkan kawasan pantai terbuka dan kawasan rekreasi. Selain itu, turut diadakan ceramah kesedaran mengenai pencegahan penularan demam denggi serta kaedah pencegahannya yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Diharapkan program ini dapat menjadi platform kolaborasi yang berkesan antara agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti dalam usaha meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan pesisir pantai negara demi kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.

๐€๐‹๐‡๐€๐Œ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ๐‹๐‹๐€๐‡, ๐‰๐”๐€๐‘๐€ ๐Œ๐€๐Š๐’๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“WE DID IT!Tahniah PERSUKAT dan seluruh warga Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu!Alham...
12/06/2026

๐€๐‹๐‡๐€๐Œ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ๐‹๐‹๐€๐‡, ๐‰๐”๐€๐‘๐€ ๐Œ๐€๐Š๐’๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

WE DID IT!

Tahniah PERSUKAT dan seluruh warga Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu!

Alhamdulillah, berkat usaha, semangat dan kerjasama semua pihak, kita berjaya muncul sebagai JUARA Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan Dan Sukan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (MAKSPER) tahun 2025.

Menang kalah adat pertandingan, tetapi semangat setiakawan dan kebersamaan yang dibina sepanjang kejohanan adalah kemenangan sebenar.

Terima kasih kepada semua atlet, penyokong dan warga kerja yang sentiasa memberikan yang terbaik.

PERSUKAT sekali lagi membuktikan bahawa kita mampu melangkah lebih jauh apabila bergerak sebagai satu pasukan.

Tahniah semua!

12/06/2026
10/06/2026
07/06/2026
๐——๐—œ๐—ฅ๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จMerafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang ...
01/06/2026

๐——๐—œ๐—ฅ๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu ser...
26/05/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu serta seluruh umat Islam.

Aidiladha bukan sekadar sambutan perayaan, malah mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan, kesabaran dan ketaatan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang dipikul.

Semoga semangat Aidiladha ini menjadi inspirasi untuk kita terus menyemai nilai kasih sayang, memperkukuhkan silaturahim dan mengeratkan hubungan sesama insan dalam suasana penuh harmoni dan keberkatan.

Semoga segala ibadah dan amalan yang dilaksanakan diterima serta dikurniakan kebahagiaan, kesejahteraan dan rahmat buat kita semua.

โ€œ๐˜ˆ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฉ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ซ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฎ.โ€

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐€๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ก ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡Hari Arafah merupakan antara hari yang paling istimewa dan penuh keberkatan buat seluruh umat Isl...
25/05/2026

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐€๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ก ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

Hari Arafah merupakan antara hari yang paling istimewa dan penuh keberkatan buat seluruh umat Islam. Hari yang mulia ini menjadi ruang terbaik untuk kita memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta amalan kebaikan dalam mengharapkan keampunan dan rahmat daripada ุงู„ู„ู‡ ๏ทป

Marilah kita bersama-sama merebut peluang yang penuh makna ini dengan memperbaiki diri, memperkukuhkan keimanan dan memohon kesejahteraan buat diri, keluarga serta seluruh masyarakat.

Semoga setiap doa yang dipanjatkan diangkat dan diperkenankan, segala urusan dipermudahkan, dilapangkan rezeki serta dikurniakan ketenangan dan keberkatan dalam kehidupan.

โ€œ๐™Ž๐™š๐™—๐™–๐™ž๐™ -๐™—๐™–๐™ž๐™  ๐™™๐™ค๐™– ๐™–๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™™๐™ค๐™– ๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž ๐˜ผ๐™ง๐™–๐™›๐™–๐™.โ€

๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐’๐“๐„๐Œ ๐’๐Œ๐Š๐€ ๐ƒ๐€๐“๐Ž' ๐‡๐‰ ๐€๐๐๐€๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara (PHDTU) dengan kerjasama Unit Silvikultur da...
18/05/2026

๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐’๐“๐„๐Œ ๐’๐Œ๐Š๐€ ๐ƒ๐€๐“๐Ž' ๐‡๐‰ ๐€๐๐๐€๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara (PHDTU) dengan kerjasama Unit Silvikultur dan Perlindungan Hutan telah menjayakan Karnival STEM di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abbas pada
18 Mei 2026.

Karnival ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya ChM Dr.
Maisara Abdul Kadir, Ketua e-Pembelajaran, Bahagian Pembelajaran Digital, Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Objektif Karnival STEM SMKA Dato' Hj. Abbas ini adalah untuk memupuk minat serta menambah ilmu pengetahuan kepada pelajar sekolah dalam usaha memulihara pokok-pokok di kawasan persekitaran sekolah.

Sebanyak 110 anak pokok telah berjaya ditanam di
perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abbas yang terdiri daripada spesies Kelat Paya (Eugenia papillosa Duthie), Nangka (Artocarpus heterophyllus), Mata Kucing (Dimocarpus longan) dan Mempelam (Mangifera indica) dengan penglibatan seramai 150 orang pelajar sekolah.

Selain itu, pihak jabatan turut mengadakan pameran perhutanan bertempat di Dewan Abbas bersama beberapa agensi lain seperti Universiti Malaysia
Terengganu serta beberapa agensi swasta.

Adalah diharapkan pelaksanaan Karnival STEM SMKA
Dato' Hj. Abbas 2026 ini dapat mencapai objektif yang telah dirancang serta mendidik pelajar supaya lebih menghargai alam sekitar dan menjaga kebersihan kawasan sekolah, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar.


Bermula 1 Januari 2026, penggunaan plastik sekali guna tidak lagi dibenarkan di Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri T...
13/05/2026

Bermula 1 Januari 2026, penggunaan plastik sekali guna tidak lagi dibenarkan di Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri Terengganu.

Jom sama-sama kita jaga alam

Tukar kepada pilihan yang lebih mesra alam seperti beg kitar semula, botol air sendiri dan straw reusable

Setiap langkah kecil kita hari ini, besar maknanya untuk hutan esok.

Address

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Tingkat 7 & 8 Wisma Negeri
Kuala
20200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share