Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu

Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, Government Official, Kuala Trengganu.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447HMaaf Zahir dan BatinIkhlas dari kamiWarga Kerja Lembaga Tabung Amanah Warisa...
20/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H
Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas dari kami
Warga Kerja Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu


Kuala Terengganu - 5 Mac 2026 - Alhamdulillah, Majlis Iftar Jamaie yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi Peg...
16/03/2026

Kuala Terengganu - 5 Mac 2026 - Alhamdulillah, Majlis Iftar Jamaie yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pegawai dan Kakitangan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh keberkatan dan kemesraan,

Majlis ini diadakan sebagai flatform untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga LTAWNT, khususnya dalam menghayati keberkatan bulan ramadhan yang mulia ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat keberkatan serta ganjaran yang baik.

Selamat menunaikan ibadah puasan dan Selamat Menyambur Hari Raya Aidilfitri 1447H, Maaf Zahir dan Batin.

Salam Nuzul Al-Quran 1447HSemoga dengan keberkatan Nuzul Al-Quran ini dapat mengingatkan kita untuk senantiasa mendekati...
07/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 1447H

Semoga dengan keberkatan Nuzul Al-Quran ini dapat mengingatkan kita untuk senantiasa mendekati Al-Quran, membaca, memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan.

Ikhlas daripada
Setiausaha dan seluruh warga kerja
Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 1447HTULUS IKHLAS DARIPADA SETIAUSAHA DAN WARGA KERJA LEMBAGA TABUNG AMANAH ...
19/02/2026

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 1447H

TULUS IKHLAS DARIPADA SETIAUSAHA DAN WARGA KERJA LEMBAGA TABUNG AMANAH WARISAN NEGERI TERENGGANU

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh rakyat berbangsa Cina. "GONG XI FA CHAI!"
16/02/2026

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh rakyat berbangsa Cina.

"GONG XI FA CHAI!"

Kuala Terengganu, 4 Februari 2026- Majlis Watikah Pelantikan Ketua Kontingen, Timbalan Ketua Kontijen, Bapa Angkat dan J...
05/02/2026

Kuala Terengganu, 4 Februari 2026- Majlis Watikah Pelantikan Ketua Kontingen, Timbalan Ketua Kontijen, Bapa Angkat dan Jabatan Angkat SUKMA XXII Selangor 2026 di Dewan Ar-Riyadah Residence, Gong Badak, Kuala Nerus.

SUKMA XXII Selangor 2026

Terengganu Nelang

Alhamdulillah, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu telah dilantik sebagai Jabatan Angkat dan YB Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim, Ahli Parlimen Kuala Terengganu sebagai bapa angkat bagi Sukan Badminton di temasya SUKMA XXII Selangor 2026.

Harapan kami semua agar semangat Terengganu Nelang dapat ditunjukkan dalam temasya SUKMA XXII Selangor 2026.




Kuala Terengganu, 3 Februari 2026 - Program Pengukuhan Integriti Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu 2026 te...
05/02/2026

Kuala Terengganu, 3 Februari 2026 - Program Pengukuhan Integriti Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu 2026 telah berjaya di adakan di Permai Hotel Kuala Terengganu.

Terima kasih kepada penceramah YBrs. En. Ahmad Fakrudin bin Azizan, (Pengarah Keselamatan Kerajaan Terengganu dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia ( CGSO), Pn Nur Hanani binti Rusli, (Pegawai Eksekutif PERKESO Negeri Terengganu) dan juga Pn Mazuni binti Mustafa ( Pegawai Eksekutif PERKESO Negeri Terengganu) di atas perkongsian maklumat yang terbaik mengenai Pengurusan dan Pengendalian Rahsia Rasmi Dalam Perkhidmatan Awam serta Akta 4 ,Akta 789, Akta 800 dan Akta 838 ( Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan)

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran YB Dato' Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pegawai Kewangan Negeri dan Meran...
29/01/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran YB Dato' Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pegawai Kewangan Negeri dan Merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT).

Sempena hari yang penuh bermakna ini, seluruh warga kerja LTAWNT merakamkan setinggi - tinggi ucapan Selamat Hari Jadi kepada YB Dato'.

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, kebahagian berpanjangan, ketenangan jiwa serta keberkatan usia. Didoakan agar YB Dato' terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan kemudahan dalam memimpin serta melaksanakan amanah dengan cemerlang.

Semoga segala jasa, bakti dan sumbangan YB Dato' menjadi amal jariah dan diberkati Allah SWT.

KUALA TERENGGANU, 19 JANUARI 2026 - MAJLIS AMANAT YB PEGAWAI KEWANGAN NEGERI TERENGGANU DAN MAJLIS PERTUKARAN MANTAN PEG...
21/01/2026

KUALA TERENGGANU, 19 JANUARI 2026 - MAJLIS AMANAT YB PEGAWAI KEWANGAN NEGERI TERENGGANU DAN MAJLIS PERTUKARAN MANTAN PEGAWAI KEWANGAN NEGERI TERENGGANU

Majlis telah diadakan dengan kerjasama Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu bertempat di The Langit Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu dengan dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan juga Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu.

Amanat dan pesanan yang disampaikan oleh YB Pegawai Kewangan Negeri Terengganu dan mantan YB Pegawai Kewangan Negeri Terengganu mengenai tanggungjawab bersama dalam melaksanakan tugas dengan penuh integriti, profesionalisme dan keikhlasan. Terima kasih YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohammad Daham atas tunjuk ajar terdahulu dan selamat datang kepada YB Dato' Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak di atas pelantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Terengganu yang baharu.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan keberkatan kepada semua.

DUNGUN, 20 Januari 2026- DYTM Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Wathiqu Billah Sultan Mizan Z...
21/01/2026

DUNGUN, 20 Januari 2026- DYTM Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli melawat tapak Lombong Bijih Besi di Bukit Besi, Dungun sempena program lawatan Di raja ke Daerah Dungun.

Lawatan baginda turut diiringi oleh Pentadbir Tanah Dungun, Setiausaha Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Terengganu, Pegawai-pegawai dan Pengarah Eksekutif Syarikat Fortress Mineral Limited.

JASA DIKENANG, BAKTI DISANJUNGSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ ...
07/01/2026

JASA DIKENANG, BAKTI DISANJUNG

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Nara Setia, Setiausaha Kerajaan Terengganu atas segala jasa, bakti dan kepimpinan yang telah dicurahkan dengan penuh dedikasi sepanjang tempoh perkhidmatan.

Selamat Bersara.




KEMAS KINI MAKLUMAN CUKAI PERKHIDMATAN Dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) telah mengeluarkan siaran ...
07/01/2026

KEMAS KINI MAKLUMAN CUKAI PERKHIDMATAN

Dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) telah mengeluarkan siaran media bertarikh 5 Januari 2026 berhubung dasar Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang dikemas kini.

Perkara utama yang berkaitan perkhidmatan sewaan atau pajakan ialah kadar SST telah diturunkan daripada 8% kepada 6% dan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Selain itu, Kerajaan turut mengumumkan beberapa penambahbaikan lain meliputi kenaikan had jualan tahunan PMKS yang dikecualikan SST kepada RM1.5 juta, pemberian pengecualian SST selama satu (1) tahun kepada PMKS baharu, pengecualian Cukai Jualan ke atas input kritikal sektor pertanian dan penternakan, pelanjutan tempoh pengecualian SST bagi perjanjian pembinaan tertentu, serta pengecualian SST bagi pembinaan bangunan ibadat.

Sehubungan itu, makluman terdahulu berkaitan kadar 8% adalah tertakluk kepada ketetapan lama sebelum pengumuman rasmi ini. Makluman ini adalah selaras dengan ketetapan terkini Kerajaan Persekutuan dan akan diguna pakai mulai tarikh kuat kuasa yang ditetapkan. Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut.

Rujukan: Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia, 5 Januari 2026.

Address

Kuala Trengganu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu:

Share