06/11/2016
CALON SPM: 5 TIPS TERAKHIR SEBELUM MENGHADAPI SPM
Tinggal beberapa jam sahaja peperiksaan SPM akan bermula. Lima tips terakhir ini mungkin bermanafaat.
1. MOHON RESTU DAN DOA
Sebagai anak kita pasti ada salah silap dan dosa kepada kedua ibu dan ayah. Peluk mereka. Mohon ampun, mohon restu dan minta ibu ayah doakan. Sekiranya mereka sudah tiada hadiahkan bacaan Al Quran serta doakan keampunan buat mereka.
Sebagai murid kita juga pasti ada kesalahan kepada guru-guru. Hubungilah mereka untuk mohon maaf, minta halalkan ilmu, dapatkan restu dan juga doa cikgu buat kita anak didiknya.
Sebagai adik atau abang/kakak kita sudah tentu ada berkasar bahasa, bergaduh dan terguris hati. Bermaafanlah dan mohon abang/kakak malah adik-adik kecil untuk mendoakan kita.
Sebagai kawan kita juga sudah tentu ada berselisih faham dan menyimpan dendam. Bersihkan sengketa sebelum kita sama - sama menghadapi ujian.
Maafkan semua orang supaya hati lebih tenang.
2. DEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH
Allah adalah tempat kita bergantung. Pada saat penting ini kita dekatkanlah diri kita denganNya sedekat-dekatnya.
Yang paling utama ialah solat. Baiki solat. Tunaikan di awal waktu, berjamaah malah tambah dengan solat malam dan solat hajat.
Berdoa bersungguh-sungguh. Banyakkan istighfar mohon ampun, sentiasa berzikir mengingatiNya dan berusaha untuk membaca sekurang-kurangnya satu mukasurat Al Quran.
Bila Allah dekat di hati, kita akan sentiasa diberkati.
3. JAGA EMOSI
Bila kita lakukan dua perkara di atas emosi kita akan stabil. Sentiasa jaga emosi supaya positif, yakin dan ceria.
Jangan biar masalah kecil mengganggu perasaan. Bila emosi negatif menguasai diri, otak kita lambat berfikir. Biar aura positif mengisi emosi dan perasaan kita.
Fokus perasaan dan tumpukan pemikiran kita untuk lakukan yang terbaik.
4. JAGA KESIHATAN
Kita perlu berada dalam tahap kesihatan yang terbaik untuk menjalani musim peperiksaan ini. Jaga pemakanan dan pastikan mendapat rehat yang secukupnya.
Tidur lebih awal dari biasa untuk bangun sebelum waktu subuh. Mandi awal pagi dan mulakan hari dengan yakin.
5. ELAKKAN RASA PANIK
Kita telah berusaha dan lakukan yang terbaik. Buat ulangkaji ringan, lihat nota-nota ringkas dan contoh-contoh soalan.
Jangan biar rasa panik menguasai diri. Biar kita panik kita tidak dapat berfikir dengan baik
Ulang tips-tips ini. Semoga kejayaan bersama kita.
Doa dn harapan semoga ....KEJAYAAN milik anda
Ipinkaunselor@smtt