JPKK KOLAM

JPKK KOLAM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JPKK KOLAM, Government Organization, Kuala Terengganu.

Assalamualaikum wbt🔴 *MAKLUMAN KEMATIAN* 🔴*_▶️ JPKK Kampung Kolam Mengabang Telipot👤 Nama Arwah :Rohani bt Salleh(Mek po...
15/03/2026

Assalamualaikum wbt

🔴 *MAKLUMAN KEMATIAN* 🔴

*_▶️ JPKK Kampung Kolam Mengabang Telipot

👤 Nama Arwah :Rohani bt Salleh
(Mek pokwel@mek Pok Him)

📆 Tarikh : 16/3/2026

⏰ Masa Solat Jenazah : Selepas Solat Zohor

🕌/🏡 Tempat Solat Jenazah : Masjid Mengabang Telipot

Tanah Perkuburan Gong Awang Lib(kubur Hajar)

‎اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَ...

Al-Fatihah...
‎ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
‎آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang² yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat..

‎آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...

Alhamdulillah 🤲Hari ini seorang ahli komuniti Kampung Kolam telah menerima sumbangan katil hospital daripada ADUN Batu R...
04/02/2026

Alhamdulillah 🤲

Hari ini seorang ahli komuniti Kampung Kolam telah menerima sumbangan katil hospital daripada ADUN Batu Rakit, YB Ustaz Haji Shafizi Ismail sendiri yang hantar ke rumah pesakit.

Puan Yohani binti Salleh, atau lebih dikenali sebagai Mek Ok Hin, sedang mengalami kanser paru-paru. Minggu lalu, beliau turut mengalami patah tulang bahu akibat keadaan tulang yang rapuh. Sumbangan ini amat membantu dalam memudahkan urusan penjagaan dan rawatan beliau di rumah.
Lawatan ke 2 kerumah Pok ayub (Abd Rashid bin Abd Hamid) ziarah orang sakit.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB ADUN Batu Rakit atas keprihatinan dan kecaknaan terhadap kebajikan rakyat, tanpa mengira fahaman atau parti politik.

Semoga segala kebaikan ini mendapat ganjaran daripada Allah SWT. 🤍

Asalamualaikum..Jom sek awok,Bawak anak- anak laki kita pakat mari bojeng rambut percuma  Di PKM Ustaz Shaharizukirnain ...
07/01/2026

Asalamualaikum..
Jom sek awok,Bawak anak- anak laki kita pakat mari bojeng rambut percuma Di PKM Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir Ahli Parlimen Setiu di Batu Rakit sebelah Balai Polis Batu Rakit

Alhamdulillah selesai jamuan untuk komuniti. Sama-sama kongsi rezeki Allah. Terima kasih pada semua  AJK  dan isteri yan...
02/01/2026

Alhamdulillah selesai jamuan untuk komuniti. Sama-sama kongsi rezeki Allah. Terima kasih pada semua AJK dan isteri yang masak menu untuk tetamu.

Jom warga kampung,Semua dijemput hadir..
02/01/2026

Jom warga kampung,Semua dijemput hadir..

KERJA-KERJA CUCI GALI PARIT DI KAWASAN KAMPUNG KOLAMKerja-kerja cuci gali parit di kawasan Kampung Kolam sudah siap dija...
03/11/2025

KERJA-KERJA CUCI GALI PARIT DI KAWASAN KAMPUNG KOLAM

Kerja-kerja cuci gali parit di kawasan Kampung Kolam sudah siap dijalankan sebagai langkah persediaan menghadapi musim tengkujuh yang akan tiba tidak lama lagi.
Tujuan utama pelaksanaan kerja ini adalah bagi mengelakkan air bertakung serta memastikan sistem saliran berjalan lancar demi kesejahteraan penduduk setempat.

JPKK Kampung Kolam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB DUN Batu Rakit, Ustaz Shafizi Ismail atas kecaknaan dan keprihatinan beliau dalam menyalurkan peruntukan bagi kerja-kerja cuci gali parit ini.

Ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran pelaksanaan kerja ini.

Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat dan keselesaan kepada seluruh penduduk Kampung Kolam.

16/05/2025
02/03/2025

Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Terengganu dengan penuh rasa syukur menganjurkan Program Madinah Ramadan, sebuah inisiatif istimewa bagi menyemarakkan semangat Ramadan di negeri Darul Iman..

Program Madinah Ramadan bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu usaha berterusan untuk menghidupkan suasana Ramadan yang sebenar dengan aktiviti keagamaan, kebajikan dan pelbagai pengisian yang menarik.

Jemput bersama-sama kami hangatkan ramadan kali ini di Madinah Ramadan!!

15/01/2025

Jalan Runtuh : Menjawab Penulisan 'The Greater Dangk*l'

Membaca tulisan sebuah halaman yang kini diambil alih oleh parti politik tertentu, membuatkan hati kecil ini tergelitik.

Niatnya jelas, untuk menanam persepsi bahawa "kerajaan negeri lepas tangan, tak baiki jalan yang rosak akibat hakisan pantai walaupun menerima peruntukan jalan dan petroleum yang besar".

Namun, mari kita lihat fakta:

1. Peruntukan Jalan Bukan untuk Satu Tempat Sahaja

Peruntukan jalan negeri yang disebut adalah untuk seluruh negeri pada tahun 2023. Kita sekarang sudah berada di 2025. Peruntukan itu bukan hanya untuk satu lokasi. Proses pembaikan jalan di kawasan lain telah dan sedang berjalan.

Soalan penting, adakah bajet pembaikan jalan untuk tahun 2025 sudah diterima? Kalau sudah, masuk ke akaun negeri atau ke akaun agensi Persekutuan?

Tambahan lagi, bayaran royalti petroleum masih tertunggak lebih RM1.5 bilion. Royalti yang diterima p**a terpaksa digunakan untuk menyelesaikan hutang tinggalan kerajaan lama sebelum 2018.

2. Apa Punca Sebenar Jalan Rosak?

Jalan yang rosak itu bukan sebab cuai dibiarkan, tetapi akibat hakisan pantai.

Sebelum membaiki jalan yang terhakis, langkah pertama adalah membina perlindungan (protection) daripada ombak kuat yang terus menghempas kawasan pantai.

3. Perlindungan Pantai Adalah Tanggungjawab Persekutuan

Perlindungan seperti benteng pemecah ombak dan Rock revetment semua ini berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

Jika langkah perlindungan ini tidak diselesaikan dahulu, pembaikan jalan hanyalah kerja sia-sia. Malah, kerosakan akan menjadi lebih teruk.

Kenapa 'page The Greater Dangk*l' menyorok fakta ini?.

4. Sejarah Perlu Dijadikan Pengajaran

Kita tidak mahu tragedi seperti tambakan lapangan terbang dahulu berulang – kononnya untuk 'untung besar melalui projek segera', tetapi akhirnya menghancurkan alam sekitar dan kelestarian jangka panjang.

Patutlah dulu banyak bangunan runtuh, kerana ada penasihat yang hanya memikirkan projek siap cepat dan dapat untung, bukan faktor keselamatan dan kesan alam sekitar.

5. Apa Tindakan Kerajaan Negeri?

Kerajaan Negeri tidak hanya duduk diam:

RM80,000 telah diluluskan daripada akaun sendiri sebagai langkah segera untuk menangani hakisan pantai sementara menunggu peruntukan Persekutuan.

Ada juga YB dan Exco mengeluarkan duit poket sendiri menyewa 'excavator' dan lori, Anak Syarikat Kerajaan Negeri p**a menyumbang batu besar untuk diletakkan sebagai penghalang ombak.

Kerja pembinaan benteng pemecah ombak sedang dilaksanakan di banyak kawasan pantai di Terengganu. Di Batu Rakit, 16 'breakwater' sedang dibina.

Pelbagai permohonan peruntukan tambahan telah dikemukakan untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera kepada kerajaan Persekutuan.

Terbaru permohonan peruntukan sebanyak RM600,000 sudah diangkat kepada pihak yang bertanggungjawab.

Kesimp**annya, sebelum terus menuding jari dan menyebarkan persepsi dangk*l, pastikan fakta dipahami.

cc : TeganuKita

06/01/2025

Dah hampir setahun ia wujud rupenye..

11/12/2024

𝐈𝐬𝐢 𝐂𝐮𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭

🌟 KEM SMART MUSLIM KEMBALI LAGI

Cuti sekolah panjang ini, jom isi masa anak-anak anda dengan aktiviti penuh manfaat di Kem Smart Muslim DUN Batu Rakit 2024.

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢👇🏻:
http://www.wasap.my/60177449227/DaftarKemSM(Anip)

http://www.wasap.my/60182425227/DaftarKemSM(Izzat)

𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐈𝐬𝐢 𝐃𝐢 𝐆𝐨𝐨𝐠𝐥𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐦 𝐈𝐧𝐢👇🏻
https://forms.gle/DGBJLPouo2bVwjk88

Address

Kuala Terengganu

Telephone

+60139333057

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK KOLAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share