20/05/2024
Kursus Tauliah Penyembelih Siri 1/2024
Tarikh : 19, 20 dan 21 Mei 2024 (Ahad, Isnin dan Selasa)
Tempat : Masjid Nur Bakti , Gong Badak - Teori , Peperiksaan dan temuduga
Kompleks Abatoir Kuala Terengganu - Amali Sembelihan
Kursus dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi memberikan Tauliah Penyembelih kepada mereka yang terlibat dan berkelayakan.
Antara gambar yang dikongsikan adalah gambar semasa amali dijalankan di Kompleks Abatoir Kuala Terengganu. Kesemua peserta perlu menyembelih seekor ayam sebagai latih amal .
Hari berikutnya peserta perlu menjawab peperiksaan dan juga sesi temuduga untuk melayakkan mendapatkan kad tauliah sembelihan dari JHEAT.
Panel penemuduga yang terlibat adalah :
1) Puan DR.Masitah Binti Idris -Penolong Pesuruhjaya (Pensijilan), Bahagian Pengurusan Halal
2) Puan Munira binti Zakaria - Pegawai Teknologi Makanan,Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
3) En. Musa bin Mohammad -Pengurus Kompleks Abatoir Kuala Terengganu , Jabatan Perkhidmatan Veterinar