Tsunami Hijau N01 Pengkalan Kubor

Tsunami Hijau N01 Pengkalan Kubor Kempen bagi memenangkan Parti Islam Semalaysia (PAS) di Dun N.01 khususnya dan Parlimen P.019 Tumpat amnya.
PAS demi Islam dan Malaysia Sejahtera

30/07/2023

Cerita Semalam , Penamaan Calon N01 Dun Pengkalan Kubor !




11/12/2021
02/07/2020

Assalamu'alaikum wbt.

Jom daftar ag3n mommy happy bersama saya ๐Ÿ˜

- Keuntungan 15-25%
- Bonu5 bulanan
- Kelas on9 mingguan
- Group support Hq
- Group support leader
- Sistem tempahan on9

๐Ÿ’– 01121896468 ๐Ÿ’–
-Halimatun-

*Seruan puasa Khamis, munajat tolak wabak COVID-19*DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP)  menegaskan bahawa situasi negara selar...
25/03/2020

*Seruan puasa Khamis, munajat tolak wabak COVID-19*

DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) menegaskan bahawa situasi negara selarang ini dalam keadaan yang begitu serius dan semua rakyat perlunya memastikan tindakan mereka patuh kepada arahan semasa dari pihak Kerajaan Persekutuan dan informasi Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memutuskan rantaian jangkitan kesan penularan wabak COVID-19.

Di samping itu, DUPP juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bertugas khususnya mereka yang berada di barisan hadapan dalam isu ini sama ada dari sudut rawatan dan perubatan serta pihak kawalan dan keselamatan.

Segala keringat, penat lelah dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat pahala besar dan ganjaran jihad di sisi Allah SWT.
Justeru, umat Islam khususnya ahli PAS diseru untuk menjadikan hari Khamis ini sebagai munajat kepada Allah SWT untuk memohon nusrah dari-Nya agar dilenyapkan wabak ini.

Bermula dengan puasa sunat hari Khamis kemudian disusuli dengan solat Hajat dan bacaan Surah Yaasin selepas solat maghrib didirikan secara berjemaah di kediaman masing-masing.
Huzaifah meriwayatkan bahawa :

Maksudnya :โ€Adalah Nabi SAW jika terdapat urusan yang sukar, Baginda SAW akan solat.โ€ โ€“ riwayat Abu Daud

DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)
HARAKAHDAILY 24/3/2020

https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/24/seruan-puasa-khamis-munajat-tolak-wabak-covid-19/

20/09/2018

SURAT TERBUKA BUAT TUN MAHATHIR :FENOMENA PENJELASAN BATAS-BATAS IMAN DAN KUFUR BUKAN TAKFIRI

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Membaca tulisan sampah Tun terhadap PAS seolah membawa kami generasi berumur 40an melewati kembali terowong masa zaman pemerintahan sebagai Perdana Menteri yang keempat Malaysia. Era diktator yang akan menghumban penentang-penentang politik kerajaan BN kedalam jeriji besi ISA serta pesaing-pesaing politik Tun dalam UMNO terhumban keluar daripada persaingan merebut pengaruh ahli UMNO. Itulah kahak sejarah yang ditelan oleh TS Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim, manakala PAS sebagai parti politik yang paling menderita dizaman Tun Mahathir.

Naratif Tun terhadap PAS tidak pernah berubah, api kebencian yang terus menyala dan mungkin dibawa sehingga mati. Setelah gagal melaksanakan janji manifesto PH dengan erti kata lain ,menipu jutaan pengundi dengan memanip**asi kelemahan kerajaan BN maka Tun berlabun tentang mengapa beliau menentang PAS. PAS bagi Tun adalah pemecah belah orang Melayu dengan isu-isu agama, PAS mengkafirkan Tun!. Bijak Tun mengalih perhatian massa akan persaingan kuasa diantara Tun dengan Anwariyyun, langkah PD vs langkah pemerdagangan politikus UMNO .

Tun buat-buat lupa bagaimana ucapan-ucapan Tun sendiri dalam dekad 80an dan 90an , sinis bahkan melampaui batas terhadap Syariah, mempertikaikan periwayat hadith dan pelbagai koleksi ucapan meremehkan Islam. Tun jangan lupa permusuhan Tun pada agamawan sehingga dipecat M***i Selangor, Dato Ishak Baharom, dikucilkan tokoh-tokoh agama seperti Dato Dr Haron Din. Apa yang Tun lakukan pada sekolah-sekolah agama rakyat?, tindakan Tun memencilkan Kelantan yang dipimpin oleh almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz. kami generasi yang diperintah oleh Tun selama 22 tahun tak akan lupa sejarah hitam ini. PAS mengkafirkan Tun dan orang Islam kata Tun dalam tulisan sampahnya itu, ironisnya apabila PAS dipimpin oleh ulama haraki maka pengajian yang berteraskan ilmu akidah menjadi salah satu paten dalam majlis ilmu yang dianjurkan oleh PAS, juga institusi seperti masjid dan surau diseluruh negara. Pengajian akidah akan membenihkan ahli yang faham akan konsisten dengan perjuangan Islam. Namun ada sisi lain yang terserlah apabila pengajian akidah menggerakkan kesedaran secara besar-besaran tentang politik berteraskan akidah terutama yang membatalkan syahadah. Para asatizah mengajar bab batas-batas iman dan kufur, perkara-perkara yang membatalkan syahadah kerana masyarakat Melayu tipikal hanya biasa mendengar perkara membatalkan solat dan puasa. Kejahilan itulah yang membuka ruang keberanian mereka untuk bercakap mengenai hukum agama tanpa batasan, bahkan kepada kelompok elit seperti Tun sendiri.

Isu menjaga batas-batas iman ini juga telah digunakan sebagai senjata politik dan dimanip**asi oleh Tun Mahathir untuk memencilkan PAS daripada masyarakat umum. Mahathir dan avatar politiknya mempunyai niat terselindung untuk menuduh PAS menyebarkan fahaman takfiri dan di sisi lain gerakan Islam dituduh sebagai gerakan neo-Khawarij, inilah juga yang terjadi di Libya, Algeria, Mesir, Yaman dan sebagainya. Khawarij adalah firqah akidah, pelabelan ini akan memencilkan sesuatu kelompok daripada masyarakat yang lain. Dalam program BTN,tanpa berselindung PAS dituduh sebagai khawarij, proses indoktrinisasi ini untuk menjauhkan masyarakat daripada PAS.

Di tanahair kita, isu perpecahan akibat takfir dikesan pada tahun 1960an apabila isu politik diganding dengan isu akidah tetapi ia tidaklah separah dekad 1980an, kerana UMNO dizaman Mahathir telah mempolitikkan isu ini dengan semaksima mungkin bagi mewajahhitamkan PAS. Kebangkitan Islam yang sedang melanda tanahair,maka PAS akan mendapat laba yang besar maka usaha menjauhkan PAS daripada masyarakat umum terpaksa dilakukan. Walhal PAS berusaha memahamkan masyarakat tentang akidah dan garis sempadan , antaranya tokoh PAS telah menerbitkan kitab "Beberapa Mutiara yang Bagus Lagi Indah" karangan Sheikh Abdul Kadir Al-Mandili di Mekah dalam tahun 50an.Beliau adalah tokoh ulama yang mengajar di Masjidil Haram yang juga merupakan Ketua Cawangan PAS di Mekah.

Dalam usaha regim Mahathir mengekang PAS dalam dekad 80an, Kerajaan BN tidak bertindak dengan hujah tetapi menggunakan ISA untuk berhadapan dengan pimpinan PAS dalam isu ini. Kononnya berlaku gejala takfir di Besut, isu ini cuba dibendung oleh kerajaan Mahathir dengan menangkap pemimpin PAS Besut seperti Ustaz Mohammad@Stimat Jusoh dan Ustaz Abdul Latif Mohamad di bawah Enakmen Kediaman Terhad Seksyen 2 . Almarhum Ustaz Abdul Latif dalam pertemuan peribadi dengan penulis pada tahun 1994 menegaskan beliau hanya menerangkan batas-batas iman dan kufur kepada masyarakat bukan mengkafir pengikut UMNO. Beliau mengajar secara berkitab dan tidak ada ulama UMNO yang berani menyanggah dengan hujah apa yang disebut dengan nas al-Quran dan al-Hadis .

Tuduh-menuduh antara PAS-UMNO, siapa yang mencetuskan fenomena takfir hampir menyeret keduanya ke meja debat terbuka dizaman Mahathir berkuasa, untuk rakyat menilai isu ini dengan terbuka. Pimpinan PAS telah bersedia dengan apa tajuk sekalipun. Sebelum debat ini dijadualkan berlangsung ada wakil NGO dan tokoh umat Islam meminta supaya debat itu tidak diadakan, sebaliknya berunding. Antaranya Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad bin Mohamed Ibrahim (UIA), wakil ABIM dan sebagainya.

Debat bertajuk "PAS mengkafirkan UMNO" yang dicadangkan pada 11 November 1984 telah disensasikan dan menjadi buah mulut rakyat negara ini. Namun sebelum berlangsung ianya dibatalkan dengan campur tangan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Pihak PAS berpandangan pembatalan debat ini satu bukti yang ampuh regim Mahathir takut berhadapan dengan PAS dalam isu ini yang dimanip**asi dengan gaya paling hodoh untuk masyarakat membenci PAS, bahkan inilah naratif yang diulang kembali oleh Tun Mahathir sehari dua ini.

Menurut Tuan Guru Haji Hadi Awang, isu takfir yang dimainkan terhadap PAS semakin reda, masyarakat mula menghargai menghargai ikrar syahadah mereka yang tidak boleh dipermainkan sesuka hati kerana syahadah boleh terbatal samada dengan iktikad, lisan atau perbuatan. Ucapan menghina Islam dan syariatnya semakin sirna apabila masyarakat difahamkan dengan ilmu akidah.

Penulis merasa agak bersimpati dengan tulisan Perdana Menteri ketujuh yang masih terjebak dalam lumpur falasi dan tuduhan Perdana Menteri keempat yang menyebut bahawa PAS membudayakan politik takfiri. PAS tetap istiqomah memberikan ilmu akidah kepada rakyat kerana ini adalah sebahagian obligasi teras sebagai sebuah gerakan Islam. Membimbing rakyat mengenali Islam dan syariatNya, juga menjadi jurubicara kepada ummah dan membentenginya daripada terjahan aqidah yang sesat.

(Penulis adalah AJK PAS Pusat, Pengerusi Lujnah Kesenian dan Kebudayaan Pusat)

07/09/2018

HARI INI PRK N32 SERI SETIA..
DOAKAN KEMENANGAN BUAT PAS !
TUNJUKKAN PROTES ANDA TERHADAP KEBOBROKAN KERAJAAN PH !

06/09/2018

Minda Presiden PAS

KALAU ANAKKU MENCURI

Kisah benar yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W apabila seorang wanita bertaraf bangsawan disabitkan kesalahan mencuri. Tanpa apa-apa sebab yang meragukan dia dijatuhkan hukuman Hudud Islam, yakni dipotong tangannya. Tiba-tiba ada dari kalangan bangsawan merayu kepada Rasulullah S.A.W supaya tidak dijatuhkan hukuman Hudud kerana dia seorang bangsawan yang dihormati masyarakat.

Usamah bin Zaid R.A ditugaskan supaya menyampaikan rayuan itu kepada Rasulullah S.A.W. Dia ditugaskannya kerana dia cucu angkat kesayangan dimanjakan oleh Rasulullah S.A.W. Tiba-tiba Baginda S.A.W menunjukkan kemurkaan atau kemarahan kepada Usamah dengan bersabda:

โ€œAdakah kamu meminta syafaat (tolong membebaskan) dalam perkara hukum Hudud yang telah ditetapkan oleh Allah?โ€.

Kemudian Rasulullah S.A.W terus ke masjid, bangkit berdiri dan bersabda:

"ุฅู†ูŽู‘ู…ูŽุง ุฃูŽู‡ู’ู„ูŽูƒูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽูƒูู…ู’ ุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ูู…ู’ ูƒูŽุงู†ููˆุง ุฅูุฐูŽุง ุณูŽุฑูŽู‚ูŽ ูููŠู‡ูู…ู ุงู„ุดูŽู‘ุฑููŠูู ุชูŽุฑูŽูƒููˆู‡ูุŒ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุณูŽุฑูŽู‚ูŽ ูููŠู‡ูู…ู ุงู„ุถูŽู‘ุนููŠูู ุฃูŽู‚ูŽุงู…ููˆุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู„ุญูŽุฏูŽู‘ุŒ ูˆูŽุฃูŠู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ูุŒ ู„ูŽูˆู’ ุฃูŽู†ูŽู‘ ููŽุงุทูู…ูŽุฉูŽ ุจูู†ู’ุชูŽ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ุณูŽุฑูŽู‚ูŽุชู’ ู„ูŽู‚ูŽุทูŽุนู’ุชู ูŠูŽุฏูŽู‡ูŽุง". ุฃุฎุฑุฌู‡ ู…ุณู„ู… ูˆุงู„ู†ุณุงุฆูŠ

โ€œSesungguhnya telah dibinasakan umat terdahulu daripada kamu, berlakunya apabila seorang bangsawan dari kalangan mereka melakukan kesalahan mencuri mereka bebaskan tanpa hukuman. Dan apabila seorang yang lemah dari kalangan mereka mencuri, lalu mereka jatuhkan hukuman Hudud terhadapnya. Demi Allah, kalaulah Fatimah binti Muhammad (puteri kesayanganku) mencuri, nescaya aku hukumnya dengan dipotong tanganโ€. (Disebut oleh Muslim dan An-Nasaโ€™ie)

Wanita yang dihukum itu menginsafkan dirinya sehingga menjadi wanita yang solehah berkunjung ke rumah Rasulullah S.A.W dan masyarakat yang menyaksikannya melihat betapa wujudnya keberkatan apabila syariat Allah dilaksanakan.

Cerita benar menunjukkan kedaulatan Islam yang adil terhadap semua dan kehebatan undang-undang Syariat Allah mendidik masyarakat sehingga tiada yang kebal atau dikecualikan. Sesiapa sahaja yang terbukti melakukan kesalahan pasti dihukum. Kalau tiada bukti dibebaskan atau tidak mencukupi buktinya pasti diringankan hukumannya.

Inilah konsep ketelusan undang-undang syariat yang berteraskan aqidah kepercayaan kepada Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Adil Lagi Maha Bijaksana, disertakan beriman kepada Hari Akhirat, menjadikan tiada sesiapa mengatasi undang-undang sehingga dikecualikan dan dilangkah sahaja tanpa halangan atau undang-undang laksana sarang labah-labah yang dibolosi oleh makhluk perosak yang besar dan kuat. Hanya memerangkap makhluk perosak serangga kecil. Namun, boleh ditembusi makhluk perosak yang bersaiz besar dan kuat, apatah lagi helang yang besar atau jerung yang ganas.

Itulah contoh konsep zaman keemasan Islam, diwarisi petunjuknya era Khulafa Ar-Rasyidin dan selepasnya juga yang mengikut jejak langkah kepimpinan melalui teladan yang pernah dijadikan slogan pada zaman dahulunya, yang dilupakan oleh Melayu mudah lupa. Namun, Allah berfirman:

ู„ู‘ูŽู‚ูŽุฏู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽูƒูู…ู’ ูููŠ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูุณู’ูˆูŽุฉูŒ ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉูŒ ู„ู‘ูู…ูŽู† ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽุฑู’ุฌููˆ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูˆูŽุงู„ู’ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ุขุฎูุฑูŽ ูˆูŽุฐูŽูƒูŽุฑูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูƒูŽุซููŠุฑู‹ุง (ุณูˆุฑุฉ ุงู„ุฃุญุฒุงุจ: 21)

โ€œDemi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu contoh ikutan yang baik menjadi teladan. Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia p**a menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)โ€. (Surah Al-Ahzab: 21)

Inilah Rasulullah S.A.W yang dilantik Allah, mengatasi raja-raja yang ditabalkan oleh manusia, perlantikan Presiden atau Perdana Menteri dan Ketua Menteri yang dipilih rakyat. Bahkan jauh sekali kalau hanya sekadar Peguam Negara.

Zaman mutakhir sejarah Islam memerintah direkodkan peristiwa perundangan Islam dengan contoh yang sangat banyak. Antaranya kisah Khalifah Umar bin Al-Khattab R.A yang mengaku salah apabila ditegur oleh seorang wanita. Khalifah Ali bin Abi Talib R.A yang kalah di mahkamah dalam kisah baju rantainya dicuri oleh seorang bukan Islam. Sultan Muhammad Al-Fateh dijatuhkan hukuman oleh hakim pada zamannya kerana melakukan kekerasan terhadap seorang rakyat bukan Islam.

Saya pernah membaca kisah Sultan Hamengkubuwono, Raja Jogjakarta Indonesia, satu-satunya Sultan yang diiktiraf terus bertakhta di situ dalam Negara Republik kerana akhlaknya yang mulia dan sangat dihormati rakyat.

Ceritanya, Baginda telah melakukan kesalahan trafik, lalu diberi surat saman oleh seorang anggota polis yang baru bertugas yang tidak mengenalinya. Tiba-tiba Baginda datang ke Balai Polis untuk membayar samannya. Ketua Balai terkejut kerana Sultan yang datang membayar dendanya. Tiba-tiba p**a Baginda meminta supaya polis yang bertindak menyamannya dipanggil. Maka alangkah takutnya polis yang baru mendapat kerja apabila diketahui orang yang disamannya adalah Sultan. Fikirnya sudah tentu dia akan dipecat. Tiba-tiba Sultan meminta supaya dinaikkan pangkatnya.

Apa yang dilakukan adalah kesan ajaran Islam yang mewujudkan aspek rohani, menjadikannya masih tersemat di dalam dirinya, walaupun ciri kedaulatan negara Islamnya dihapuskan. Tegasnya masih percaya ada dosa dan pahala daripada semua tingkah laku manusia. Mereka yang tidak beriman dan budiman, tiada rasa takut kepada Allah serta tidak percayakan dosa dan pahala, hilang juga rasa malunya sesama manusia.

Bandingkan kisah tersebut dengan berita terkini yang mengejutkan SPRM, Perdana Menteri juga terkejut dan mengejutkan mereka yang bukan SPRM apabila seorang yang kini bertaraf menteri dihentikan proses kehakimannya laksana emergency brake yang ditekan segera sehingga menghantukkan kepala penumpangnya. Kalau sebelumnya dia cepat dihukum kerana tarafnya pembangkang, tetapi kini cepat p**a dibebaskan kerana dia bertaraf menteri dalam kerajaan.

Namun, kita tetap berpegang kepada konsep Islam bahawa seseorang yang dituduh tidak boleh dihukum salah selagi tidak dibuktikan. Tetapi tidak harus dilepaskan dengan percuma tanpa proses kehakiman yang diselesaikan dengan adil dan telus.

Bagi penganut Islam, kami diajar oleh Rasulullah S.A.W dengan pesanan yang banyak. Antaranya:

ู…ูŽู†ู’ ูˆูŽู„ููŠูŽ ุงู„ู’ู‚ูŽุถูŽุงุกูŽ ููŽู‚ูŽุฏู’ ุฐูุจูุญูŽ ุจูุบูŽูŠู’ุฑู ุณููƒู‘ููŠู†ู (ุฑูˆุงู‡ ุฃุจูŠ ุฏุงูˆุฏ)

โ€œSesiapa yang mengendalikan urusan kehakiman, maka dia laksana disembelih tanpa pisauโ€. (Riwayat Abi Daud)

Walaupun orang itu seorang bukan Islam yang tidak percayakan dosa dan pahala, namun mereka yang Islam telah memilihnya serta mengangkatnya ke jawatan itu sudah tentu percaya adanya dosa dan pahala atau sekurang-kurangnya ada rasa malu kepada manusia. Sekalipun tiada perasaan malu kepada Allah dan para malaikat yang tidak dapat dilihat.

Oleh kerana banyak yang terkejut atau mengejutkan dalam peristiwa kehakiman negara ini, maka saya menyokong cadangan yang menamakan bulan ini Bulan Terkejut.

โ€œSejahtera Bersama Islamโ€

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 25 Zulhijjah 1439 / 6 September 2018

Mabruk ! Mabruk ! Mabruk Ust Lan !   :)Admin Ucapkan Selamat Bekerja Dengan Penuh Amanah.Pege dan Kacip Kemah Molek Kale...
11/05/2018

Mabruk ! Mabruk ! Mabruk Ust Lan ! :)

Admin Ucapkan Selamat Bekerja Dengan Penuh Amanah.
Pege dan Kacip Kemah Molek Kale Kubo Ni.Jange Duk Bui Doh Ko Barise Lepas Ni..
Ingat..Betapo susohnyo nok dapat semula dari BN selepas 14 tahun mereka berkuasa..

!

09/05/2018

Alhamdulillah..
Akhirnya Penat Lelah Antum Semua Allah Dah Bayar Malam Ni !! :)
Siiru' Alaa Barakatillah :)

Address

Kuala Terengganu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tsunami Hijau N01 Pengkalan Kubor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share