Penerangan Wanita UMNO Terengganu

Penerangan Wanita UMNO Terengganu Page Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Terengganu

05/09/2025
30/08/2025
Pelancaran Semarak Merdeka 2025
06/08/2025

Pelancaran Semarak Merdeka 2025

12/07/2025

Antara pembohongan besar para pentaksub politik adalah kononnya syarikat kerajaan Terengganu seperti EPIC Berhad sentiasa rugi pada zaman pentadbiran lama

Ini adalah fitnah besar. Takutlah sikit pada Allah. Jangan buat fitnah ke atas pegawai-pegawai EPIC yang berdedikasi

Berdasarkan rekod kewangan EPIC Berhad yang dibahaskan di DUN Terengganu, keuntungan EPIC dahulu adalah seperti berikut:

2014: Untung RM75 juta
2015: Untung RM45 juta
2016: Untung RM15 juta
2017: Untung RM24 juta

Walaupun berlaku fenomena oil crash pada 2015-2016 di sluruh dunia, namun EPIC masih berjaya mencatat keuntungan

Hentikan buat fitnah. Rugi dunia akhirat. Memacaikan diri seperti ini hanya akan menjatuhkan maruah yang sedia rendah

06/06/2025
13/04/2025

URANG SABAH JELASKAN KENAPA SAMSURI "DITAHAN" DI KKIA SABAH

Sebagai urang Sabah, mari saya jelaskan kenapa MB Terengganu Samsuri Mokhtar "ditahan" di KKIA.

Ketika Persekutuan Malaysia dibentuk pada tahun 1963, Sabah (dan Sarawak) dijanjikan beberapa kuasa autonomi seperti autonomi bahasa, autonomi agama dan sebagainya.

Kuasa-kuasa autonomi Sabah dan Sarawak ini termasuk autonomi imigresen dan disenaraikan di bawah "20 Points Agreement" (Sabah) dan "18 Points Agreement" (Sarawak).

Ini bererti, walaupun imigresen merupakan kuasa Kerajaan Persekutuan, kuasa imigresen di Sabah dan Sarawak adalah di bawah kuasa Ketua Menteri Sabah dan Ketua Menteri (sekarang "Premier") Sarawak.

Sebab itu, semasa orang Semenanjung ke Sabah atau Sarawak, imigresen Sabah atau Sarawak akan bagi satu slip yang membolehkan orang Semenanjung berada di Sabah atau Sarawak untuk suatu tempoh tidak melebihi 3 bulan.

Begitu juga keadaannya sekiranya orang Sabah ke Sarawak, atau orang Sarawak ke Sabah. Orang Sabah ke Sarawak, tertakluk di bawah kuasa imigresen Ketua Menteri (sekarang "Premier") Sarawak. Orang Sarawak ke Sabah, tertakluk di bawah kuasa imigresen Ketua Menteri Sabah.

Mudah kata, ibarat ada tiga imigresen lah.
1. Imigresen Semenanjung di bawah Kerajaan Persekutuan.
2. Imigresen Sabah di bawah Ketua Menteri Sabah.
3. Imigresen Sarawak di bawah Ketua Menteri (sekarang "Premier") Sarawak.

Jadi kenapa Samsuri "ditahan" kerana dilabel TCO?

Samsuri bukannya “ditahan” oleh PDRM.
Samsuri "ditahan" oleh Imigresen Sabah.
PDRM dan Imigresen adalah unit yang berbeza.

Saya jangka, Imigresen Sabah cuma meminta Samsuri menunggu sebentar kerana nampak status TCO PDRM Samsuri.

Penjawat awam Sabah tahu Samsuri ialah VIP, cuma mungkin, mereka tidak kenal siapa VIP ini.
Samsuri bukan PM.
Samsuri bukan Menteri Persekutuan.
Samsuri bukan Cristiano Ronaldo.
Samsuri pun bukan Lionel Messi.

Jauh-jauh di Terengganu, Samsuri ingat seluruh dunia seluruh Malaysia termasuk di Sabah Sarawak kenal dia ke?

Tapi apa pun, sebagai langkah SOP, penjawat awam cuma minta VIP dari Terengganu ini menunggu sementara Imigresen Sabah check siapakah VIP ini dan menyiapkan dokumentasi keselamatan dan sebagainya.

Samsuri tidak digari.
Samsuri tidak dkepung.
Samsuri tidak dilayan seperti penjenayah.
Samsuri tidak dihalang masuk.
Samsuri cuma diminta menunggu sebentar, sementara penjawat awam menyelesaikan kerja & tanggungjawab mereka.

Saya cukup yakin bahawa penjawat awam cuma menjalankan tugas dan amanah dalam memastikan VIP dari Terengganu tidak ditimpa apa-apa masalah keselamatan. Tu je. Mana lah tau, VIP dari Terengganu ini bakal PM Malaysia? Jadi, kalaupun tak kenal, pastikan dulu VIP Terengganu ini selamat. Itu tanggungjawab & amanah yang dilaksanakan oleh penjawat awam.

Dah penjawat awam tahu buat kerja penjawat awam, bakal PM pun kene lah tahu kerja sebagai PM.

Sebagai contoh, bakal PM kene tahu kuasa autonomi Sabah Sarawak.

Sebab Persekutuan Malaysia bukan Semenanjung Malaysia sahaja.
Persekutuan Malaysia dibentuk oleh Semenanjung Malaysia + Sabah + Sarawak.

PN boleh memainkan sentimen agama dan kaum di Semenanjung, tetapi sentimen ini tidak berkesan sama sekali di Sabah Sarawak.

Mungkin ini juga sebabnya sejak 1957/1963, tidak PAS tidak pernah memenangi walau satu pun kerusi DUN atau Parlimen di Sabah Sarawak.

Masuk semua pilihan raya sejak 1957/1963, bungkus makan telur dalam semua pilihan raya.

Ketidakfahaman Samsuri tentang kuasa autonomi inilah antara sebabnya kami di Malaysia Timur bilang...... "PAS tidak relevan di Sabah Sarawak".

02/05/2024
10/11/2022

P A D U

Address

Kuala Terengganu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerangan Wanita UMNO Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share