Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu

Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu ditubuhkan mengikut Kebenaran Perjawatan Negeri Terengganu Bil. 2/1988 dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1988.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan diterima sebagai amal soleh dan menyemai s...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.

Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan diterima sebagai amal soleh dan menyemai semangat kebersamaan serta kasih sayang sesama kita.

10 Zulhijjah 1447H | 27 Mei 2026M

Bengkel Pemahaman Arahan Amalan JKSM & Semakan Prosedur Kerja JKSTR Siri 1 Tahun 2026 yang berlangsung pada 6-7 Mei 2026...
11/05/2026

Bengkel Pemahaman Arahan Amalan JKSM & Semakan Prosedur Kerja JKSTR Siri 1 Tahun 2026 yang berlangsung pada 6-7 Mei 2026.

myVCC - my Video Conference Consultation ialah kemudahan runding cara secara persidangan video untuk urusan mahkamah tan...
11/05/2026

myVCC - my Video Conference Consultation ialah kemudahan runding cara secara persidangan video untuk urusan mahkamah tanpa perlu hadir secara fizikal ke Mahkamah Syariah Terengganu. Tempah myVCC sekarang!

https://sites.google.com/esyariah.gov.my/jkstr-myvcc

BESUT, 6 Mei 2026 - Lawatan tapak bagi melihat tahap kerja-kerja baik pulih struktur bumbung bangunan Mahkamah Rendah Sy...
07/05/2026

BESUT, 6 Mei 2026 - Lawatan tapak bagi melihat tahap kerja-kerja baik pulih struktur bumbung bangunan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Besut oleh YAA Tuan Haji Wan Abd Malik bin Wan Sidek, Ketua Hakim Syarie Terengganu bersama Dato' Haji Abdul Kahar bin Abdul Latif, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM).

Turut hadir ialah Encik Ahmad Rafiqi Firdaus bin Ramli, Pengarah Khidmat Pengurusan, pegawai-pegawai dari Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu serta pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu.

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026
03/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026

Bengkel Pengemaskinian myPortfolio bagi kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu Siri 1 & Siri 2
29/04/2026

Bengkel Pengemaskinian myPortfolio bagi kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu Siri 1 & Siri 2

DAULAT TUANKUMERAFAK SEMBAH MENJUNJUNG KASIH DAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-64 HARI KEPUTER...
26/04/2026

DAULAT TUANKU

MERAFAK SEMBAH MENJUNJUNG KASIH DAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-64 HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU PADA 26 APRIL 2026 BERSAMAAN 8 ZULKAEDAH 1447H.

Dengan ingatan tulus ikhlas dan sembah takzim daripada YAA Ketua Hakim Syarie Terengganu dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.

Dirgahayu Tuanku!

Tahniah YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham atas pencapaian 100 hari Pentadbiran sebagai Setiausaha Kerajaan Teren...
20/04/2026

Tahniah YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham atas pencapaian 100 hari Pentadbiran sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu.

PROGRAM SINERGI WARGA JKSTR BERSAMA YAA KHS TERENGGANU"Rapatkan Ukhuwah, Teguhkan Pasukan"
19/04/2026

PROGRAM SINERGI WARGA JKSTR BERSAMA YAA KHS TERENGGANU
"Rapatkan Ukhuwah, Teguhkan Pasukan"

BENGKEL PEMULIHAN REKOD SIRI 2 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI TERENGGANUJabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu (J...
12/04/2026

BENGKEL PEMULIHAN REKOD SIRI 2 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI TERENGGANU

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu (JKSTR) telah menganjurkan Bengkel Pemulihan Rekod Siri 2 bertempat di Bilik Gerakan JKSTR. Bengkel yang berlangsung selama dua hari bermula pada 8 hingga 9 April 2026 ini merupakan inisiatif berterusan jabatan dalam memperkasakan tadbir urus rekod rasmi.

Program kali ini mendapat kerjasama dan bimbingan teknikal secara langsung daripada Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu, Puan Raabiatul Adawiyah binti Mat Tari dan dua (2) orang Pembantu Arkib, Puan Wan Nur Fazlina binti Wan Abdullah serta Encik Mohamad Hazir bin Abdu Samad.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan Sesi Taklimat iaitu teori pengurusan rekod dan piawaian pemuliharaan dokumen kerajaan. Manakala semasa Sesi Amali peserta diberi latihan praktikal teknik pemuliharaan rekod yang mengalami kerosakan bagi memastikan jangka hayat dokumen lebih lama dan selamat untuk dirujuk.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kakitangan mengenai kaedah saintifik dalam menyelamatkan serta memulihkan rekod-rekod penting jabatan, khususnya fail-fail perundangan dan pentadbiran syariah.

Harapan Jabatan agar perkongsian ilmu ini dapat membudayakan amalan pengurusan arkib yang sistematik di JKSTR. Adalah menjadi aspirasi jabatan agar setiap rekod yang merupakan khazanah sejarah perundangan Islam di Negeri Terengganu dapat dipelihara dengan sempurna demi rujukan generasi akan datang dan kelestarian integriti maklumat.

Pihak JKSTR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu atas kesediaan berkongsi kepakaran sepanjang bengkel ini berlangsung.

"KEADILAN SYARIAH, AMANAH DIPELIHARA"

Keadilan Tanpa Sempadan: Rumah Diisytiharkan Kamar Mahkamah Demi Menyantuni PesakitSatu prosiding mahkamah yang penuh de...
01/04/2026

Keadilan Tanpa Sempadan: Rumah Diisytiharkan Kamar Mahkamah Demi Menyantuni Pesakit

Satu prosiding mahkamah yang penuh dengan tertib, ihsan, dan nilai kemanusiaan telah berlangsung pada 31 Mac 2026 di sebuah kediaman di Jalan Kelantan, Kuala Nerus.

Pengisytiharan Sebagai Kamar Mahkamah
Suasana di ruang tamu rumah tersebut bertukar menjadi rasmi apabila diisytiharkan sebagai kamar Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Nerus. Prosedur ini dilakukan bagi memastikan perjalanan kes mengikut lunas undang-undang yang sah, walaupun dijalankan di luar bangunan mahkamah.

Ujian Berat Buat Responden
Inisiatif "Mahkamah Bergerak" ini diambil memandangkan responden kini sedang diuji dengan masalah kesihatan yang sangat mencabar. Beliau yang menghidap penyakit kencing manis dan komplikasi buah pinggang kini terlantar sakit serta bergantung kepada bantuan oksigen. Kekangan fizikal ini menjadikannya agak mustahil untuk beliau hadir ke bangunan mahkamah.

Penyelesaian Kes & Status Diri
Hasil keperihatinan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Nerus, Tuan Haji Ahmad Najib Bin Mohd, perbicaraan pengesahan lafaz cerai ini dapat diselesaikan dengan sempurna. Langkah ini amat penting bagi:
• Menyelesaikan pengesahan lafaz cerai secara rasmi mengikut hukum syarak.
• Menentukan status diri pihak-pihak yang terlibat (suami/isteri).
• Mengelakkan status perceraian tergantung, sekali gus memberikan ketenangan dan kejelasan hala tuju buat kedua-dua belah pihak.

Ihsan dalam Perundangan
Melihat Tuan Hakim menjalankan tugas di sisi katil pesakit membuktikan bahawa sistem keadilan Islam itu bersifat rahmah. Ia bukan sekadar teks hukum, tetapi satu sistem yang sangat peduli akan kebajikan umatnya melalui komitmen penyelesaian kes secara menyantuni pihak-pihak terlibat.

Doa dan Harapan
Sama-samalah kita mendoakan agar responden diberikan ketabahan yang luar biasa dan diringankan kesakitan yang ditanggungnya. Semoga keputusan yang dicapai hari ini memberikan kelegaan buat semua pihak.

Sekalung penghargaan kepada Tuan Hakim dan seluruh warga Mahkamah Rendah Syariah Kuala Nerus di atas dedikasi dan sifat santun ini.

Address

Bangunan Mahkamah Syariah
Kuala Terengganu
21100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096232323

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu:

Share

Category