23/04/2026
Seiring dengan berlangsungnya sidang Dewan, Unit Hansard terus menggalas peranan yang amat penting sebagai nadi kepada rekod rasmi persidangan.
Hansard merupakan laporan verbatim yang merekodkan setiap ucapan, perbahasan, soalan dan jawapan sepanjang sidang berlangsung disusun dengan teliti agar setiap fakta dan maksud yang disampaikan kekal tepat serta tidak tersasar daripada konteks asal.
Di sebalik kelancaran sidang, Unit Hansard bekerja dengan penuh dedikasi dan ketekunan. Setiap butir ucapan yang dilafazkan akan ditranskripsi, disemak dan diperhalusi dalam tempoh yang singkat, menuntut kecekapan tinggi serta tumpuan yang berterusan.
Tugasan ini bukan sahaja memerlukan kemahiran bahasa yang baik, malah kefahaman mendalam terhadap istilah legislatif dan disiplin kerja yang tinggi bagi memastikan ketepatan rekod.
Kesungguhan yang dizahirkan oleh Unit Hansard ini bukan sekadar memenuhi keperluan dokumentasi, tetapi turut memelihara integriti Dewan sebagai institusi perundangan.
Melalui rekod yang sahih dan berwibawa inilah, segala perbahasan dapat dirujuk semula oleh ahli Dewan, penjawat awam mahupun rakyat, sekali gus memperkukuh ketelusan dan akauntabiliti dalam sistem pentadbiran negeri.
“TerengganuMajuBerkatSejahtera”