Pas Cawangan Bukit Depu

Pas Cawangan Bukit Depu Facebook Rasmi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Cawangan Bukit Depu Kawasan Kuala Terengganu.

7 Zulkaedah 1445H | Khamis | 16 Mei 2024Guru adalah pahlawan tanpa balasan. Selamat Hari Guru untuk para pahlawan tanpa ...
16/05/2024

7 Zulkaedah 1445H | Khamis | 16 Mei 2024

Guru adalah pahlawan tanpa balasan. Selamat Hari Guru untuk para pahlawan tanpa sayap di luar sana. Terima kasih atas perjuanganmu dalam mendidik anak-anak bangsa.

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Terima kasih tak terhingga daripada kami Pas Cawangan Bukit Depu


Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69Adil, Prihatin & BerkebajikanSiru ala barakatillah 🤲
22/10/2023

Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69
Adil, Prihatin & Berkebajikan

Siru ala barakatillah 🤲

25 Syawal 1444H | Selasa | 16 Mei 2023Selamat Hari Guru kepada semua guru - guru & asatizah yang telah menabur jasa bakt...
16/05/2023

25 Syawal 1444H | Selasa | 16 Mei 2023

Selamat Hari Guru kepada semua guru - guru & asatizah yang telah menabur jasa bakti dalam membina jiwa - jiwa yang hidup dengan iman, islam dan perjuangannya.

"Guru Mithali Pemangkin Genarasi Rabbani"
Terima kasih guru!

4 Rejab 1444H | Jumaat | 27 Januari 2023Gotong-royong persiapan untuk Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Pas Cawangan Bukit ...
27/01/2023

4 Rejab 1444H | Jumaat | 27 Januari 2023

Gotong-royong persiapan untuk Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Pas Cawangan Bukit Depu Kali Ke 22

Bermula pagi tadi, Seluruh ahli Pas Cawangan hadir bersama sama untuk bergotong royong membersihkan kawasan Markas Cawangan.

Manakala di sebelah petang p**a, kami teruskan gotong-royong untuk menyediakan menu untuk majlis pada malam ini.

Beginilah jentera kami, hasil didikan dan asuhan pimpinan secara langsung atau tidak langsung maka hasilnya ialah kerja jemaah yang tersusun dengan jayanya.. Insya Allah.

Majlis malam ini adalah hasil sumbangan sedekah dan derma dari ahli - ahli Pas Cawangan 🤲




إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَSaya menerima perkhabaran saudara Ahmad Arshad Bin Mamat sekeluarga telah terlib...
20/01/2023

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Saya menerima perkhabaran saudara Ahmad Arshad Bin Mamat sekeluarga telah terlibat dalam kemalangan pagi tadi. Beliau dan isterinya telah meninggal dunia dalam kejadian tersebut manakala anak-anaknya dirawat di hospital.

Arwah seorang yang telah banyak berjasa untuk masyarakat. Seorang yang tidak lekang dari surau dan masjid. Saya dimaklumkan di akhir hayat beliau tidak berhenti menyebut kalimah Allah.. Allah..

Semoga Allahyarham Ahmad Arshad Bin Mamat dan isterinya Allahyarhamah Rozita Binti Mamat diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Takziah diucapkan kepada ahli keluarganya.




20/11/2022

Alhamdulillah dan Terima kasih kepada semua warga Bukit Depu yang telah menyokong PAS pada Pru 15.
Allahuakbar!

Alhamdulillah dan tahniah!!YB DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI di atas kejayaan ini.
30/10/2022

Alhamdulillah dan tahniah!!

YB DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI di atas kejayaan ini.



13 Zulhijah 1443H | Khamis | 14 Julai 2022Ride Ukhwah Pemuda Bukit DepuPagi ini anak-anak muda Bukit Depu mengadakan kon...
14/07/2022

13 Zulhijah 1443H | Khamis | 14 Julai 2022

Ride Ukhwah Pemuda Bukit Depu

Pagi ini anak-anak muda Bukit Depu mengadakan konvoi bermotosikal ke Johor seterusnya menziarahi Pondok Baitul Qura di Melaka bagi misi menyerahkan sumbangan wang ringgit dan naskah Al Quran.

Sebanyak 35 buah motosikal dan 2 buah pancuan 4 roda yang menyertai misi kali ini yang di Ketuai oleh Abdul Hadi Yusof selaku Ketua Pemuda Pas Cawangan.

Turut hadir melepaskan konvoi ini ialah YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi di iringi Ustaz Salleh Jusoh (Ketua Cawangan) dan Ust Zakaria Hamat (Pengerusi JPKK).

Selamat berkonvoi!


30 Zulkaedah 1443H | Khamis | 30 Jun 2022Ziarah KebajikanHari ini Pas Cawangan yang di Ketuai oleh Ust Salleh Jusoh menz...
30/06/2022

30 Zulkaedah 1443H | Khamis | 30 Jun 2022

Ziarah Kebajikan

Hari ini Pas Cawangan yang di Ketuai oleh Ust Salleh Jusoh menziarahi warga kampung Bukit Depu yang yang di uji keuzuran.

Semoga mereka tabah dan cepat sembuh.. Insya Allah. Turut hadir ialah Pengerusi JPKK Bukit Depu iaitu Ust Zakaria Hamat.



Jangan berdiam diri ketika Nabi kita di hina!!
10/06/2022

Jangan berdiam diri ketika Nabi kita di hina!!

29 Syawal 1443H | Isnin | 30 Mei 2022Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS Cawangan Bukit Depu kali ke 20Alhamdulillah.. ...
30/05/2022

29 Syawal 1443H | Isnin | 30 Mei 2022

Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS Cawangan Bukit Depu kali ke 20

Alhamdulillah.. Selesai sudah tugasan dan amanah bagi mengadakan mesyuarat agung pada kali ini.

Terima kasih kepada semua ahli yang telah hadir dan bersama berbincang, bermuhasabah serta memberi pandangan dan perkongsian idea bagi memastikan Muslimat Cawangan terus bergerak dengan lebih baik bagi menjayakan misi dan visi yang telah di gariskan.

Mesyuarat pada kali ini di rasmikan oleh Puan Sabariah Binti Mansor selaku AJK Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu di iringi Puan Siti Amisah Binti Shaikh Osman yang mewakili Muslimat Dun Batu Buruk.


8 Syawal 1443H | Isnin | 9 Mei 2022📍 Persiapan Majlis Hari Raya Dun Batu BurukHari ini Pas Cawangan Bukit Depu mengadaka...
09/05/2022

8 Syawal 1443H | Isnin | 9 Mei 2022

📍 Persiapan Majlis Hari Raya Dun Batu Buruk

Hari ini Pas Cawangan Bukit Depu mengadakan gotong-royong memasak juadah untuk Majlis Hari Raya Dun Batu Buruk yang akan di adakan pada hari esok.

Tahun ini kami di tugaskan untuk menyediakan ketupat nasi dan rendang.
Seronok sebenarnya berkumpul dan bergotong royong seperti ini.

Jemput semua ya!! Esok.. Di dataran Che Kundur Kampung Padang (Tapak Pasar Malam).



Address

Kuala Terengganu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pas Cawangan Bukit Depu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share