11/11/2020
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم.
'Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani'
Segala puji bagi Allah SWT, tuhan sekalian alam.
"Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggung jawaban atas orang-orang yang dipimpinnya."
(Hadis Sahih Bukhari)
Hadis Rasulullah SAW ini memberi gambaran bahawa besarnya amanah yang dipikul oleh setiap daripada kita sebagai seorang pemimpin samaada dalam negara, masyarakat, kawasan kejiranan mahupun keluarga dan sanak saudara kita.
Ayuh sama berganding bahu memikul amanah ini agar yang berat mahu sama-sama kita pikul, yang ringan sama-sama kita kita jinjing.
InshaAllah komitmen kami untuk menjadi sebahagian mata rantai perjuangan membela rakyat dan penghubung yang baik di antara pihak kerajaan, badan bukan kerajaan dan masyarakat setempat.
Buat anak muda yang ingin bersama kami, tiada balasan emas permata mampu kami tawarkan, hanya Allah SWT mampu membalasnya. Boleh PM @ klik button WhatsApp di atas untuk berhubung.
Sekian.
Salam Perkenalan, Salam Ukhwah
'Siru Ala Barakatillah'
Biro Perhubungan Awam
ARMADA Terengganu