11/05/2026
ALHAMDULILLAH, ROLL & ROCK BOWLING CHALLENGE 2026 TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA!
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, ahli jawatankuasa, penaja serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan event ini.
Tahniah kepada semua pemenang dan juga seluruh peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta sporting yang sangat terbaik sepanjang event berlangsung 🎳🏆
Walaupun datang daripada pelbagai tempat dan latar belakang, semangat yang ditunjukkan jelas membuktikan bahawa sukan mampu mengeratkan silaturahim dan menyatukan semua dalam suasana yang positif dan harmoni 🤝✨
Semoga event ini menjadi kenangan manis buat semua dan kita berjumpa lagi dalam event akan datang dengan lebih meriah, lebih havoc dan lebih padu!
Terima kasih semua.
ROLL & ROCK BOWLING CHALLENGE 2026 by KELAB BELIAWANIS BANDAR BARU PRIHATIN 🎳🔥