29/07/2023
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ini saya sempat meluangkan masa bersama Calon BN Kerajaan Perpaduan Ustaz Mohd Khir Bin Ramli bersama kepimpinan UMNO Bahagian Tanjong Karang dan kepimpinan parti-parti komponen di Majlis Penamaan Calon & Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Sungai Burong di Command Centre berdekatan Padang Astaka.
Gelombang BIRU BN masih mampu menunjukkan sokongan padu rakyat DUN Sungai Burong kepada Calon BN Kerajaan Perpaduan N08 Ustaz Mohd Khir, insyaAllah dengan sokongan yang berteruskan ini N08 DUN Sungai Burong akan KEKAL milik BN pada 12hb Ogos nanti.
Terima kasih rakyat Sungai Burong yang selama ini menyokong, memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk menjadi wakil rakyat selama ini, saya berharap rakyat DUN Sungai Burong akan sentiasa bersama Parti Keramat ini Barisan Nasional (BN) Saya mendoakan agar seluruh rakyat di N08 DUN Sungai Burong di beri kesihatan yang sihat, di berkati dan di rahmati serta kita semua berada dalam lindungan Allah s.w.t
Saya mengambil kesempatan ini menyusun 10 jari memohon kemaafan sekiranya sepanjang saya menjadi wakil rakyat N08 DUN Sungai Burong, ada kekhilafan yang saya tidak sedari, mohon halalkan makan minum serta semoga ukhwah silaturrahim kita kekal selamanya, insyaAllah.
Terima Kasih N08 Sungai Burong
Ikhlas Dari :
Dato' Haji Mohd Shamsudin Bin Haji Lias