JAKOA Rompin

JAKOA Rompin Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Rompin. KM 1, Jalan Sabak,
26800 Kuala Rompin,
Pahang D.M.

24/08/2026
21.08.2026, JumaatZiarah Kebajikan Mangsa KebakaranJAKOA Daerah Rompin diketuai En Hamidi Bin Md Piah, Pegawai Kemajuan ...
21/08/2026

21.08.2026, Jumaat

Ziarah Kebajikan Mangsa Kebakaran

JAKOA Daerah Rompin diketuai En Hamidi Bin Md Piah, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Rompin telah mengadakan ziarah kebajikan ke rumah Pn Wani A/P Kemeli yang telah mengalami kebakaran sehingga mengakibatkan kediaman beliau musnah sepenuhnya.

Turut serta dalam ziarah ini ialah wakil dari Pejabat ADUN Tioman dan Ybrdt. Batin Rosman.

Dalam kunjungan ini, En Hamidi turut menyampaikan sumbangan dari JAKOA berupa barangan keperluan harian bagi membantu meringankan sedikit beban Pn Wani dan sekeluarga. En Hamidi juga ada menerangkan bantuan-bantuan yang boleh dimohon, inisiatif-inisitaif dari kerajaan Pahang serta menyerahkan borang permohonan Rumah Rakyat Pahang ( RRP) kepada Pn Wani.

Diharap Pn Wani dan sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian ini.







19/08/2026

Istilah diperuntukkan secara khusus bawah Akta Orang Asli ialah 'kawasan Orang Asli' dan 'rizab Orang Asli', yang boleh diisytiharkan oleh pihak berkuasa negeri.

18/08/2026
PENYAMPAIAN BANTUAN SUSU FORMULA DAN SESI LIBAT URUS SERTA LAWATAN TAPAK PROJEK MEMBINA RETIKULASI SISTEM BEKALAN AIR LU...
14/08/2026

PENYAMPAIAN BANTUAN SUSU FORMULA DAN SESI LIBAT URUS SERTA LAWATAN TAPAK PROJEK MEMBINA RETIKULASI SISTEM BEKALAN AIR LUAR BANDAR ( BALB ) NEGERI PAHANG 2024

15 OGOS 2026 I JUMAAT I 09.00AM

===========================================

Penyerahan bantuan Susu Formula telah disampaikan oleh Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Rompin, En Hamidi Bin Md Piah, juga diiringi oleh Ybdt Batin serta Pengerusi JPKKOA KOA Kg Denai kepada penerima SABRI A/L WIN dari Kampung Orang Asli Denai, Rompin. Untuk pengatahuan semua, dibawah peruntukuan JAKOA Malaysia, ada menyediakan bantuan khas kepada pesakit yang memerlukan ubat, susu,rawatan khas dan peralatan sokongan sekiranya diperlukan. Inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban masyarakat Orang Asli.

===========================================

Selesai penyerahan bantuan susu, En Hamidi Bin Md Piah turut serta dalam sesi libat urus dan lawatan tapak PROJEK MEMBINA RETIKULASI SISTEM BEKALAN AIR LUAR BANDAR ( BALB ) NEGERI PAHANG di Kampung Orang Asli Denai, Rompin.

Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) adalah inisiatif di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk menyediakan air bersih di kawasan luar bandar yang sukar disambung ke sistem paip utama, menggunakan kaedah seperti paip retikulasi atau sistem pam/perigi yang diselenggara secara komunal, bertujuan meningkatkan kualiti hidup dan kesihatan penduduk pedalaman yang terpencil.

Turut serta dalam lawatan ini adalah PEGAWAI dari JAKOA NEGERI PAHANG, PEGAWAI DARI PEJABAT TANAH DAERAH ROMPIN, PEGAWAI DARI PENGURUSAN AIR PAHANG BERHAD NEGERI PAHANG, PEGAWAI DARI PENGURUSAN AIR PAHANG BERHAD DAERAH ROMPIN, pihak consultant MUDAJAYA JURUTERA, Ybrdt. Batin dan Pengerusi JPKKOA KOA Denai.







10/08/2026

Kenyataan Kerja Undi
Jabatan Kemajuan Orang Adli Negeri Pahang

Perkarangan Pejabat Jakoa Daerah Rompin
10 Ogos 2026
03.00 Petang

09/08/2026

โœจ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐€๐ฌ๐ฅ๐ข ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐ŸŽ‰

Hari ini, 9 Ogos, tanggal yang cukup bermakna dalam meraikan kewujudan, identiti, budaya serta warisan masyarakat Orang Asli di seluruh dunia.

Di Malaysia, seramai 224,559 masyarakat Orang Asli daripada 18 suku kaum hidup bersama dalam sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian bangsa, budaya dan tradisi. Setiap suku kaum mempunyai keunikan adat, bahasa, seni, warisan dan cara hidup yang menjadi sebahagian daripada khazanah budaya negara.

Dari tahun ke tahun, kehidupan masyarakat Orang Asli terus berkembang dan berubah ke arah yang lebih baik. Dalam masa yang sama, semakin ramai anak-anak Orang Asli mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang dan di pelbagai peringkat, sekali gus membuktikan bahawa masyarakat Orang Asli mempunyai potensi besar untuk terus maju dan berdiri sama tinggi dalam pembangunan negara.

Hari ini bukan sekadar kita meraikan keunikan budaya dan warisan masyarakat Orang Asli, tetapi turut menghargai sumbangan mereka sebagai sebahagian daripada keluarga besar Malaysia.

Semoga sambutan Hari Orang Asli Sedunia ini terus menyemarakkan rasa bangga terhadap identiti dan warisan Orang Asli, di samping memperkukuh semangat perpaduan, saling menghormati dan keharmonian antara seluruh lapisan masyarakat yang telah sekian lama hidup bersama.

Selamat Hari Orang Asli Sedunia!

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja JAKOA.







06/08/2026

Address

KM 1, Jalan SABAK
Kuala Rompin
26800

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6094145234

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JAKOA Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JAKOA Rompin:

Shortcuts

Share