20/03/2026
https://www.facebook.com/share/16zcMu251t/?mibextid=wwXIfr
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI β¨
Salam Aidilfitri dihulurkan kepada seluruh umat Islam yang menyambut hari kemenangan 01 syawal ini. Setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan yang mulia,
Sesudah sebulan kita menahan lapar dan dahaga,
mendidik jiwa dengan sabar dan keinsafan,
kini tibalah saat untuk kita kembali kepada fitrah
menghulur kemaafan, mengeratkan silaturahim,
dan menyemai kasih sesama insan.
Di hari yang penuh kemenangan ini,
Saya mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada seluruh saudara Muslimin muslimat khususnya warga Kuala Pilah yang dikasihi serta rakan taulan seperjuangan sekalian.
Dan..Dalam kita bergembira, jangan dilupa mereka yang diuji,
yang serba kekurangan, yang memerlukan perhatian,
semoga Aidilfitri ini menjadi titik untuk kita terus berganding dan bersama
membina masyarakat yang lebih adil, penyayang dan bersatu hati.
Di kesempatan ini, mewakili Barisan Pimpinan KeADILan Cabang Kuala Pilah ,
saya menyusun sepuluh jari dengan penuh tawaduk memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekhilafan dan kekurangan sepanjang menggalas amanah dalam perjuangan bersama.
Akhir kalam ..Dengan Harapan yang tulus ..
Semoga Sinar Aidilfitri ini mengeratkan lagi ukhuwah silaturahmi keinsanan, perkukuhkan perpaduan serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat dan kekeluargaan.
Semoga segala amalan kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT.
Amiin..
SALAM AIDILFITRI 1447
π Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin π
ALLAHHU AKBAR WALILLAHHILHAMD..
Ikhlas daripada,
Ts Ismail Muhamad Nor
Ketua Cabang KeADILan
Dan Barisan
Pimpinan Cabang KEADILAN
Kuala Pilah
Anwar Ibrahim
Fuziah Salleh
Cabang Kuala Pilah
AMK Kuala Pilah
Wanita KEADILAN Cabang Kuala Pilah