21/05/2026
๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐ฝ๐ผ๐
๐๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฟ ๐๐๐ผ๐๐ผ ๐๐๐๐ผ๐
Kuala Pilah & Seremban | 21 Mei 2026 (Khamis), PERKEP IPD Kuala Pilah telah melaksanakan lawatan kebajikan ke atas beberapa keluarga warga IPD Kuala Pilah yang menerima cahaya mata baharu serta anggota yang sedang menerima rawatan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral daripada PERKEP Kuala Pilah.
Lawatan tersebut diketuai oleh YBhg Puan Faridah Binti Taharim selaku Pemangku Pengerusi PERKEP IPD Kuala Pilah bersama Sjn 129681 Rosnira Binti Ibrahim (Penolong Setiausaha PERKEP Kuala Pilah), Sjn 165133 Nabihah Binti Razak (Biro Kebajikan PERKEP Kuala Pilah) serta Konst 233399 Kisnaputra Binti Yidin (Kebajikan IPD Kuala Pilah).
Antara penerima lawatan kebajikan ialah Puan Juraini Binti Ab Mubin (BPJKK), isteri kepada Konst 234922 Muhammad Bin Abdul Malek, Puan Siti Fatimah Binti Omar (KDNKA), isteri kepada L/Kpl 202694 Azman Bin Suleiman, Puan Siti Anizah Binti Awang (BSJD), isteri kepada Kpl 174720 Farid Arif Bin Mohamad, Puan Siti Munirah Binti Hassan Basri dari Balai Polis Tanjung Ipoh, isteri kepada Kpl 196889 Nur Hafizuddin Bin Khamis, Puan Nurasyimah Binti Mohamad Zainudin (BSJD), isteri kepada Kpl 184692 Mohd Shafiq Bin Mahad serta Puan Siti Nur Syaidatul Elyana Binti Mohd Asri dari Balai Polis Kuala Pilah, isteri kepada Konst 230345 Haffiz Arfandi Bin Basharuddin.
Dalam masa yang sama, lawatan kebajikan turut diadakan ke atas Konst 233711 Suhaida Binti Jalal dari BP Melang yang sedang menerima rawatan penyakit hati di KPJ Seremban.
Sepanjang lawatan berlangsung, pihak PERKEP Kuala Pilah telah menyantuni ahli keluarga dengan bertanyakan khabar di samping memberikan kata-kata semangat serta sokongan moral kepada penerima lawatan. Selain itu, sumbangan ikhlas turut disampaikan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga yang diziarahi.
Program lawatan kebajikan ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, malah mencerminkan komitmen PERKEP Kuala Pilah dalam menjaga kebajikan warga PDRM dan keluarga secara berterusan.