Pejabat Daerah & Tanah Kuala Pilah

Pejabat Daerah & Tanah Kuala Pilah Goverment Service

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Tanggal 16 September merupakan detik yang sentiasa mekar dalam lipatan sejarah negara. Ia buka...
15/09/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Tanggal 16 September merupakan detik yang sentiasa mekar dalam lipatan sejarah negara. Ia bukan sekadar tarikh, tetapi simbol penyatuan teguh, keharmonian masyarakat majmuk, dan semangat patriotisme kita sebagai rakyat Malaysia.

Seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya buat warga daerah Kuala Pilah yang dikasihi.

Ayuh kita terus pertahankan perpaduan, perkukuhkan keharmonian, dan bersama-sama membina masa depan negara yang lebih gemilang. Kekuatan kita terletak pada kesatuan kita!

"Berkhidmat Untuk Negara"

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA (PDKP 44/2026)Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera di ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ฃ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด...
11/09/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA (PDKP 44/2026)

Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera di ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ฃ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) dan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) yang masih sah laku tempohnya adalah dipelawa untuk perkhidmatan berikut:

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA (PDKP 45/2026)Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera di ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ฃ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด...
11/09/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA (PDKP 45/2026)

Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera di ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ฃ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) dan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) yang masih sah laku tempohnya adalah dipelawa untuk perkhidmatan berikut:

๐Ÿ“ข HEBAHAN KAUNTER BERGERAK CUKAI TANAHSelamat sejahtera,Dimaklumkan bahawa, Kaunter Bergerak Cukai Tanah Pejabat Daerah ...
11/09/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN KAUNTER BERGERAK CUKAI TANAH

Selamat sejahtera,

Dimaklumkan bahawa, Kaunter Bergerak Cukai Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah akan beroperasi seperti berikut ;

๐Ÿ“† Tarikh : 12 September 2026 (Sabtu)
โฐ Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petang
๐Ÿ“ Tempat : Dewan Orang Ramai Renggoh, Johol (Sempena Program Career Fair Yayasan Undang Johol).

Tunaikan tanggungjawab anda sebagai pemilik tanah.
โ€œCukai tanah anda, tanggungjawab andaโ€

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‡ ๐‡๐€๐’๐ˆ๐‹ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐˜๐ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Š๐„๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“-๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐‡Bilik Gerakan PDTKP | 9 ...
09/09/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‡ ๐‡๐€๐’๐ˆ๐‹ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐˜๐ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Š๐„๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“-๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐‡

Bilik Gerakan PDTKP | 9 September 2026 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah (PDTKP) berbesar hati menerima kunjungan delegasi sempena Program Jelajah Hasil Negeri oleh YB Pegawai Kewangan Negeri ke Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah. Sesi perjumpaan dan perbincangan strategik ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Gerakan PDTKP.

Rombongan bagi siri jelajah ke daerah Kuala Pilah ini telah diketuai oleh YBrs. Dr. Noraini binti Ismail, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, yang sudi turun padang bersama-sama dengan barisan pegawai daripada Pejabat Pegawai Kewangan Negeri.

Secara umumnya, objektif utama program jelajah ini diadakan adalah untuk meneliti prestasi semasa, memperkasakan strategi kutipan, serta menyelaras gerak kerja dan isu-isu berkaitan pengurusan hasil negeri. Sesi libat urus seumpama ini amat penting bagi memastikan kelancaran operasi dan pencapaian sasaran kutipan hasil, khususnya bagi daerah Kuala Pilah.

Seluruh warga kerja PDTKP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Dr. Noraini binti Ismail serta delegasi atas perkongsian maklumat, buah fikiran, dan amanat yang telah disampaikan. Semoga sinergi di antara kedua-dua jabatan ini akan terus utuh demi meningkatkan kecekapan pengurusan hasil Negeri Sembilan.

Berkhidmat Untuk Negara!

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ & ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐๐ˆ๐‹๐€๐‡ ๐๐ˆ๐‹.๐Ÿ‘/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Bilik Ger...
09/09/2026

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ & ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐๐ˆ๐‹๐€๐‡ ๐๐ˆ๐‹.๐Ÿ‘/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Bilik Gerakan PDTKP | 9 September 2026 - Berlangsungnya Perhimpunan Pagi Jabatan di antara Pegawai Daerah dan seluruh warga kerja Pejabat Daerah & Tanah Kuala Pilah (PDTKP) bagi siri ke-3 tahun 2026. Perhimpunan ini merupakan platform penting untuk mengeratkan ukhuwah serta menyelaras gerak kerja jabatan.

Majlis pada pagi ini diserikan dengan satu sesi Perkongsian Ilmu yang padat dan bermanfaat bertajuk "Permohonan Tanah: Leasehold & Freehold", yang telah disampaikan oleh En. Mohd Hafizi. Semoga pencerahan ini dapat meningkatkan lagi kefahaman dan kualiti penyampaian perkhidmatan kita kepada rakyat. ๐Ÿ“š๐Ÿ’ก

Dalam majlis yang sama, pihak jabatan turut berbesar hati meraikan kecemerlangan warga kerja. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima Sijil Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) edisi kali ini! ๐Ÿ†๐Ÿ‘
1๏ธโƒฃ En. Rahmat Wijaya bin Insyafiee (Unit BKP)
2๏ธโƒฃ En. Muhammad Al Amin bin Md Sha'adun (Unit Pembangunan)
3๏ธโƒฃ Cik Fatin Nusyazana binti Rosidan (Unit Tanah)

Majlis turut merakamkan detik bermakna dengan perkongsian ucapan daripada dua insan istimewa. Tanda ingatan dan selamat maju jaya diucapkan kepada En. Zamziram bin Samsuri (KADO) yang akan melanjutkan pelajaran bermula bulan Oktober ini. ๐ŸŽ“

Turut mengundang sebak adalah ucapan perpisahan daripada Pn. Rosita binti Sabtu yang bakal menamatkan perkhidmatan dan bersara pada 1 Oktober 2026. Jutaan terima kasih atas segala jasa, keringat, dan bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat. Selamat bersara, Puan Rosita! Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. ๐Ÿ’

Bagi memeriahkan lagi suasana, perhimpunan kali ini diakhiri dengan sambutan Hari Kelahiran buat semua warga kerja PDTKP yang lahir pada bulan Mei hingga September. Sanah Helwah, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan sentiasa dalam rahmat-Nya! ๐ŸŽ‚๐Ÿฅณ

Teruskan kecemerlangan dalam menjalankan amanah demi kesejahteraan bersama. Berkhidmat Untuk Negara

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐‰๐๐Š๐Š ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐๐ˆ๐‹๐€๐‡ ๐๐„๐๐†๐†๐€๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ– ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐€...
08/09/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐‰๐๐Š๐Š ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐๐ˆ๐‹๐€๐‡ ๐๐„๐๐†๐†๐€๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ– ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐€๐๐„๐‹ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ (๐‰๐๐๐€)

8 September 2026 (Selasa) - Jawatankuasa Penilaian Panel Anggota (JPPA) Daerah Kuala Pilah telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan pelantikan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi penggal 2026โ€“2028 pada petang tadi.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Nawal binti Mohamed Amin, Pegawai Daerah Kuala Pilah dan turut dihadiri oleh YB Dato' Haji Saiful Yazan bin Sulaiman, ADUN Johol mewakili Barisan Nasional; En. Nazaruddin bin Abdul Rahman, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan Tn. Hj. Rahim mewakili Perikatan Nasional.

Penilaian ini melibatkan pertimbangan terhadap prestasi dan pencapaian pengerusi serta setiausaha JPKK yang sedang berkhidmat sebagai asas kepada cadangan untuk meneruskan pelantikan bagi penggal baharu.

Sesi ini turut menjadi platform untuk menilai komitmen, keberkesanan pengurusan serta peranan JPKK dalam membantu menyelaras pembangunan dan kebajikan masyarakat di peringkat akar umbi.
Semoga proses penilaian dan pelantikan ini dapat memastikan barisan kepimpinan JPKK yang terus komited, berintegriti dan dekat dengan masyarakat, seterusnya memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta pembangunan komuniti di seluruh daerah Kuala Pilah.

05/09/2026
๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ ๐ƒ๐˜๐Œ๐Œ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ-๐๐„๐‘๐“๐”๐€๐ ๐๐„๐’๐€๐‘ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐‹๐”๐€๐Š ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐†๐€๐๐ƒ๐”๐๐†Ulu Jempol | 4 September ...
04/09/2026

๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ ๐ƒ๐˜๐Œ๐Œ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ-๐๐„๐‘๐“๐”๐€๐ ๐๐„๐’๐€๐‘ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐‹๐”๐€๐Š ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐†๐€๐๐ƒ๐”๐๐†

Ulu Jempol | 4 September 2026 - Menjunjung kasih di atas keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah mencemar duli menunaikan solat fardu Jumaat bersama rakyat jelata di Masjid Kariah Kampung Tengkek, hari ini. Keberangkatan baginda diiringi oleh Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Muhriz.

Turut hadir mengiringi keberangkatan baginda adalah YAB Dato' Hj Ismail bin Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan; YB Dato' Adnan bin Abu Hassan, Ahli Parlimen Kuala Pilah; Puan Nawal binti Mohamed Amin, Pegawai Daerah Kuala Pilah; YM Penghulu-Penghulu Luak Tanah Mengandung; Encik Akhmal bin Abu Basar, Timbalan Pentadbir Tanah Kuala Pilah; Ahli-Ahli Majlis Dato'-Dato' Kurnia Negeri Sembilan, Ketua-ketua Jabatan, serta seluruh ahli kariah Kampung Tengkek.

Intipati Khutbah Jumaat: "Hidup Sihat Jaga Nyawa Jaga Amanah"
Khutbah Jumaat pada hari ini telah memfokuskan kepada betapa pentingnya mensyukuri nikmat kesihatan dan nyawa yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kesihatan tubuh badan adalah satu amanah besar yang wajib dipelihara dan tidak boleh disia-siakan. Mimbar mengingatkan para jemaah agar mengamalkan gaya hidup sihat, menjauhi amalan atau tabiat yang boleh memudaratkan diri, dan memastikan tubuh badan sentiasa cergas agar kita dapat melaksanakan ibadah serta tanggungjawab harian dengan sempurna sebagai khalifah di muka bumi.

Selesai menunaikan solat fardu Jumaat, DYMM Tuanku telah berkenan untuk menyampaikan kurniaan kepada anak-anak kariah Kampung Tengkek. Sejurus selepas majlis kurniaan tersebut, baginda berserta rombongan telah berangkat ke DAS Pulau Cabin bagi majlis santapan tengah hari, sambil beramah mesra dan menyantuni rakyat jelata di kawasan setempat.

Segenap warga Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah serta seluruh rakyat jelata merafak sembah mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga DYMM Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, dan kekal berada dalam keadaan sihat walafiat.

Daulat Tuanku!

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐„๐‹๐„๐†๐€๐’๐ˆ ๐‹๐„๐Œ๐๐€๐†๐€ ๐‡๐€๐’๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ (๐‡๐€๐’๐ข๐‹) ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐Š๐„ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐๐ˆ๐‹๐€๐‡Kual...
03/09/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐„๐‹๐„๐†๐€๐’๐ˆ ๐‹๐„๐Œ๐๐€๐†๐€ ๐‡๐€๐’๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ (๐‡๐€๐’๐ข๐‹) ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐Š๐„ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐๐ˆ๐‹๐€๐‡

Kuala Pilah | 3 September 2026 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah (PDTKP) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) Negeri Sembilan.

Sesi pertemuan ini bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi, di samping membincangkan pelbagai aspek tadbir urus dan perkhidmatan demi kesejahteraan serta kemajuan pentadbiran di Daerah Kuala Pilah.

Delegasi HASiL Negeri Sembilan telah diketuai oleh Encik Mohamad Razli Bin Mohamad Ali (Pengarah Negeri), Encik Nasharul Kamal Bin Sidek -Pengarah Operasi Negeri (Khidmat Pelanggan), Tuan Haji Ahmad Zafran Bin Abdullah @ Zawawi โ€“ Pengarah Operasi Negeri (Perisikan & Profiling), Encik Selvadass A/L P Asirvatham โ€“ Pengarah Operasi Negeri (Duti Setem & CKHT) dan Encik Nazri Bin Ahmad โ€“ Eksekutif Hasil Kanan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh delegasi HASiL Negeri Sembilan atas kunjungan ini. Semoga sinergi dan kolaborasi jitu antara PDTKP dan HASiL terus terjalin erat demi mutu perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Address

Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Kuala Pilah
72000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah & Tanah Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share